Assalamualaikum...
Hye semua.. Ni la kalau dah syok menulis, 1 hari bole up beberapa entry.. Kalau dah takde mood nanti, berhabuk la blog tu.. Hahaha..
Last tempat untuk malam pertama *pergh.. ayat 'malam pertama'.. Hahaha.. aku masuk Dotta Shopping Mall sebab nak kejar DOTS Exhibition.. Misi menjejaki Captain Yoo Si Jin..
belum melangkah masuk dah jumpa... Love u la..
DOTS Exhibition ni sudah bermula sejak ogos lalu dan dilanjutkan sehingga november tahun ni kalau tak silap aku.. aku dapat tahu pun melalui FB Images of Korea.. pengaruh drama ni memang memberi impak yang besar dalam dunia hiburan drama di Korea dan di Asia.. ditambah pula heronya adalah Song Joong Ki yang tampan baru lepas keluar dari menjalani latihan ketenteraan.. Sesuai sangat watak tu dibawa oleh dia.. apa yang ada dalam tu?? Meh, kita terjah!!
Oppa bagi batu jodoh... err..
diapit oleh mereka..
Dalam hall ni banyak standee captain Yoo dan juga ada la standee Joong Ki.. lepas tu ada la dekorasi beberapa set yang best dalam drama tu.. contoh?? bole review scroll ke bawah.. hehe
awak dah bagi, saya akan simpan batu ini..
siapa ingat tempat ni scene apa??
meja makan dieorg dlm DOTS
Scene ni aku tak ingat yang mana 1 ada kerusi macam ni..
part di mana Cap. Yoo Si Jin buka tingkap..
Last gambar sebelum balik.. dan rasanya Captain Yoo Si Jin nak bawa aku ke mana la tu.. siap tarik tangan i bagai.. ish... ish..
hamba turuti apa yang kamu minta..
Lepas berdrama habis di Dotta Mall, maka aku kembali ke dunia realiti.. Haha.. sebelum balik ke hostel, sempat la ambil gambar depan Dongdaemun Design Plaza dalam waktu malam.. Hahaha.. tadi masa mai, lupa nak snap sebab teruja sangat nak jumpa captain Yoo..
Ni la Dongdaemun Design Plaza..
Maka berakhir la, hari pertama di Seoul.. Sebenarnya selepas keluar dari Dotta Mall tu kami pergi ke Good Morning City Sparex sebab kawan wa ada tempah botol pepsi yang edisi IKON.. benda tu kena beli 1 set besar air pepsi + popcorn.. Berjam juga la duduk kat cinema sebab nak habiskan popcorn.. padahal bukan tengok movie pun.. Pastu, tengok jam dekat pukul 11 malam, cepat-cepat kiteorang keluar.. tak tak pasal pasal balik jalan kaki... Ke mana perancangan hari ke 2???
No comments:
Post a Comment