Assalamualaikum...
Pagi yang sejuk di Seoul.. Jika tengok cuaca macam akan hujan.. Lupa pula nak bawa payung dari Msia.. Pagi hari ke 2 diteruskan ke Bukchon Hanok Village.. Tempat ni sangat popular dikalangan pelancong luar. Ditambah pula free je jalan di sini TAPI tak bole buat bising.. memandangkan ni adalah kawasan perumahan yang masih ada orang tinggal dan mereka mengekalkan rumah tradisional Korea iaitu Hanok..
Last year pun tak sempat pergi sini.. Sampai jer area Bukchon ni, hujan pun turun.. Nak tak nak kena la beli payung.. dah jauh-jauh datang takkan nak patah balik kan.. Settle beli payung, maka bermula la pengembaraan di Bukchon.. Bukchon Hanok Village ni besar juga dan jalan serta lorongnya banyak.. berhati-hati la yer.. Hehehe..
Check point utama..
Serius pemandangan kat sini memang cantik.. ditambah pula banyak Korean drama buat penggambaran guna rumah di sini.. cuma korang kena cari la check point mana rumah dalam drama tu.. aku sempat jumpa 2 rumah jer.. tu pun melilau cari.. ada peta tapi takde tulis check point rumah yang masuk dalam korean drama.. hampeh..
aku suka sangat nak seni bina rumah hanok ni..
Di sini ada juga museum dan beberapa hanok yang dibuat sebagai tempat untuk tarikkan pelancong masuk.. kami ni busy sangat mencari check point sampaikan berulang alik turun naik bukit.. Ingat di sini jalannya memang turun naik bukit.. turun naik tangga ye..
tak berkesudahan baca map.. dah kat mana la dia duduk tu..
Ha!!! Dah sesat la tu... kita kat mana? jalan apa??
Lepas jalan-jalan kat Bukchon Hanok tu, merayap la area berdekatan.. Ingatkan bole la tembus ke metro subway.. tapi jalan punya jalan, jumpa jalan besar tapi macam laluan lain jer.. hahaha.. Nampak tak di situ apa dah jadi??
Motif utama nampak poster GD..
Kedai ni pernah masuk dalam Running Man tau..
Kiteorang jalan jer la kat area jalan Bukchon tu.. tengok kedai baru nak buka.. ada cafe .. ada kedai baju.. berjalan dalam hujan ni menyebabkan pergerakkan perlahan ye.. so, sambil-sambil tu, tangan pun snap la beberapa gambar..
Memandangkan tak nak pergi jauh lagi takut sesat, makanya kami jalan ulang alik.. dah turun jalan sebelah kanan, seberang jalan di kiri dan patah balik.. Hahaha..
Ingat nak masuk tapi tak jadi sebab fikir duit..
gambar mesti berlatarbelakangkan hanok..
kesian awak hujan, meh saya payungkan..
Teddy bear pun nak tengok orang luar juga..
Walaupun lukisan tu macam tak menjadi, tetap nampak kreatif
Konsep cafe...
Memandangkan jam pun dah masuk waktu tengahari.. dalam keadaan hujan renyai ni kami pun buat keputusan nak beli churro tu.. nampak sedap dimakan panas-panas dalam waktu hujan macam ni..
pak polisi jaga bangunan sebelah tu.. bukan kedai Churro 101 ye..
Baru perasan yang kedai Churro 101 ni pernah menjadi fenomena dalam rancangan variety show macam we got married under MBC.. kami oder take away je.. dan aku ambil set 3.. 1 batang churro + 1 cup coffee..
ice cream + churro tu wawa punya..
Sedap makan time hujan..
Berada di sini jer dah makan half day.. Hehe.. disebabkan hujan, kiteorang jalan lambat sikit dan disebabkan tersalah lorong, akhirnya jumpa juga jalan nak ke metro subway... ok, lepas ni ke mana ke kita???
Macam mana nak ke Bukchon Hanok Village:
Subway: Anguk Station, Exit 2.. Korang jalan je terus selepas keluar exit 2.. lebih kurang 300 meter akan sampai kawasan Bukchon Hanok Village..
No comments:
Post a Comment