Monday, November 14, 2016

Seoul -> Busan - Day 1 - Yoogane Restaurants, Myeongdong

Assalamualaikum...

Bertemu kembali.. Alhamdulillah selamat dah sampai ke Seoul Station dengan baiknya.. Before that tak pernah sampai ke Seoul Station ni sebab takde sebab musabab nak turun di sini.. Hahaha.. Seoul station ni sama juga macam Busan Station.. Besar dan banyak exit dan banyak laluan.. So, korang kena alert la dengan papan tanda arah.. Untuk ke Metro subway, lain bangunan tetapi tak macam di Busan.. Di seoul station ni korang just turun bawah melalui pintu gate utama (pintu masuk-keluar) Seoul Station.. Ada excelator.. Jangan risau ok.. 

Dari Seoul Station terus gerak pergi hostel memandangkan jam dah menunjukkan hampir pukul 3 petang.. hostel aku stay tu namanya Sinseoldong Station Residence. Ni kira motel juga.. sangat budjet sebab kiteorang nak lebihkan duit kat makanan.. Bab hostel ni nanti aku cerita entri lain ye..

Berbalik ke tajuk utama, selepas check in semua, rehat la sekejap dalam 30 minit.. Terus keluar ke Myeongdong.. Lapar dah perut.. Nak cari makanan.. So, yang aku tahu benda paling senang dan mengeyangkan pergi je ke Yoogane Restaurants ni.. Last year aku pernah makan, so dah tak kisah.. Tapi si wawa ni first time.. 

https://dashared.files.wordpress.com/2013/08/yoogane.jpg
pinjam dari Google

Kat myeongdong, Yoogane ni ada 2 branch kalau tak silap aku.. kalau korang tanya, halal or tak, jawapan aku memang restaurants ni NON HALAL tapi korang just oder Marinated Seafood Fried Rice.. Bole juga nak tambah cheese or dokboki or ramyeon noodles tapi harga lain.. so kena tengok apa yang korang nak makan.. 

http://www.theseoulguide.com/wp-content/uploads/2013/09/yoogane_myeongdong_branch_menu_page_2.jpg
Ni menu yang korang bole tengok..

dieorang akan masak depan korang..

Panas-panas makan ni memang sedap.. lagi satu memang kenyang.. oder untuk 2 orang pun tak habis makan.. jeruk lobak putih tu korang bole ambil free jer.. nak topup banyak kali pun bole.. aku ambil sikit je sebab wawa tak makan.. air masak dieorg bagi.. jangan risau, air masak memang free di mana-mana restaurants di Seoul..

Perut dah lapar, so, siap je masak.. aku bedal terus.. tu pun dah nak habis, semput nak habis kan.. akhirnya kecundang jua.. tinggal sikit2 jer.. wa pun dah tak mampu nak masuk.. al-maklum la bila perut dah masuk angin, dah tak bole masuk banyak makanan..

ada lagi saki baki tu..

Bagaimana nak ke restaurants ni?? Sebenarnya dah banyak blog tulis tempat ni.. kiranya restaurants ni dah popular di kalangan pelancong malaysia.. tapi aku sertaka juga la apa yang penting untuk korang makan di sini.. 

MYEONGDONG BRANCH
1. 66-6 Chungmuro 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul
2. 3-1 Myeongdong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul
ada 2 branch dan branch dieorg pun tak jauh antara 1 sama lain
Myeongdong station exit 8, jalan terus je..

Pinjam dari Google


Ok.. Done pasal kedai ni.. ke mana kita lepas ni???? Nantikan entry seterusnya..














No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law