Saturday, November 19, 2016

Seoul -> Busan - Day 3 Banpodaegyo Bridge Rainbow Fountain

Assalamualaikum...

Lepas lepak kat taman, kita lepak pula kat area jambatan ye.. orang cakap tempat ni cantik waktu malam sebab ada pancutan air dan lampu berwarna warni.. 

Aku dengan wawa, tak pernah lagi sampai sini.. dari apa yang aku research, tempatnya jauh sikit tapi memang betul jauh perjalanan tau.. lenguh juga kaki.. hahaha.. memang jauh la dari keluar station tu.. namun demi nak melihat keindahan yang dibayangkan tetap jua gagahkan diri.. Hehehe..

Setelah mengharungi pelbagai rintangan sebab nak ke sini berjalan kaki dengan keadaan sekeliling yang agak suram bila sebelah jalan hanya ada tembok jer.. lepas tu lalu laluan perjalan kaki bawah tanah.. mula tu rasa macam dah sesat tapi teruskan juga sebab kat jalan ada tulis tanda arah dan berapa meter korang akan sampai jambatan tu.. hehe..

Akhirnya berjaya sampai... masa tu jam lebih kurang dekat pukul 8 mlm.. 

  sampai dah..

welfie dulu sebelum air pancut keluar..

suasana yang tenang..

Air pancutan ni ada masanya dan ikut musim tau.. so, korang kena la buat research dulu sebelum main terjah.. kang penat2 dan jauh2 sampai, sekali dan terlepas nak tengok, hampa nanti.. masa aku mai, bulan 9., hari rabu.. so, air tu akan keluar dalam pukul 8.30 malam.. pancutan tu lebih kurang 20 minit.. tapi aku tak duduk lama sangat..

 

Masa tu orang pun dah mulai ramai... duduk lepak dengan kawan2.. ada yang berbasikal.. ada yang berjogging dan ada yang berdating... hehehe.. 

Cantik kan pemandangan..

Cruise tu kalau tak silap aku..


dapat tangkap berdate..
 
Lepas snap beberapa gambar, kami pun gerak balik sebab nak pergi ke Myeongdong.. nak cari makan.. lapar dah ni sebab makan tengahari jer tadi siang.. masa nak balik tu terjumpa la 2 orang mak cik ni dari msia.. dieorang datang sini dengan family.. sempat la bertegur sapa.. seronok pula bila travel ke negara luar, terjumpa dengan warganegara kita ni.. yang penting yang sombong pula bila terserempak dengan kaum sendiri..


Macam mana nak ke Banpodaegyi Bridge
Subway: Express Bus Terminal, Exit 8-1. Jalan terus sampai simpang 4 dan belok kanan. jalan je terus walaupun masih tak nampak bayangan jambatan sehingga korang nampak zebra crossing dan cross the road. pastu akan melalui laluan perjalan kaki bawah tanah.. Jalan jer terus sehingga nampak 1 taman di tepi tu ada 1 sungai sangat besar.. so, wo go..

Jadual pancutan Air:
April-June, September-October (Duration: 20 min)
Weekdays: 12:00, 20:00, 20:30, 21:00
Weekends: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00
July-August (Duration: 20 min)
Weekdays: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00
Weekends: 12:00, 19:30, 20:00, 20:30, 21:00, 21:30

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law