Monday, November 14, 2016

Seoul -> Busan - Day 1 - Busan Station

Assalamualaikum...

Lama dah cik tuan tanah ni tak bersihkan blog dia kan.. asal muncul jer mesti nak up entry pergi bercuti la tu.. hehe.. berkongsi pengalaman bercuti jer la yang cik tuan tanah mampu belanja semua readers.. 

Kali ni aku bercuti panjang selama 2 minggu di Korea Selatan.. Aku ke Busan dan Seoul. Kenapa Korea lagi?? kenapa seoul lagi??? Jawapannya aku tak puas lagi explore seoul... misi kali ni nak kejar oppa Infinite memandangkan dieorang tengah promosi comeback.. Harap-harap berjaya la capai misi tu.. amin.. *mata dah bling2 tengok gambar oppa2 infinite*..

Trip kali ni aku pergi berdua jer secara backpacers.. tak menggunakan agent memandangkan aku dah kali ke 2 dan my travel partner dah kali ke 3 turun korea.. Harap-harap trip kali ni berjalan lancar.. So, bermula la pengembaraan aku selama 14 hari dengan bajet yang hanya 5k.. 

Tiba masanya nak berlepas
Tada!! ni la travel partner kita.. comel kan...
Fly to Busan
Trip kali ni aku turun ke Busan dan balik pun ikut Busan, planing asal sebenarnya lain.. Tapi takpe la, at least dah jejak kat Gimhaee International Airport kan.. Sampai Busan memang akan direct pergi ke Seoul.. Jelajah Seoul dulu baru ke Busan.. Sampai ke kat airport, muka dah blur kejap sebab nak cari metro subway punya terminal.. Keluar masuk airport domestic pastu akhirnya jumpa metro terminal dan topup T-Money.. lepas tu terus on wifi untuk check laluan ke Busan Station.. Dan akhirnya sampai di Busan Station. Untuk pengetahuan anda, Metro subway dengan Busan Station ni lain bangunan.. Tapi takde la jauh bebenor.. seberang taman sikit jer..
Busan Station


Dah bergambar depan Busan Station, meh la kita bergerak beli tiket.. On the sport beli. Ada juga terbaca orang cakap kena tempah online dulu tapi tak ingat pula tiket yang mana.. Harga 1 tiket per person 59,800 won = RM 234.00 untuk sehala.. mahal kan.. ok.. keretapi laju la katakan..selepas beli tiket, kiteorang terus turun bawah kat pintu gate sebab memang waktu lebih kurang 35  minit sebelum berlepas..  

train ktx sebelah kiri ok..

cari seat dan duduk..

So far, semua dah tengok movie Train To Busan kan? ok, dalam train memang sebijik la sama.. ruangan duduk ok.. takde la sempit sangat.. siap ada meja kecil yang macam dalam kapal terbang tu.. memandangkan luggage aku agak besar dan aku malas nak letak atas sebab aku ni rendah.. susah nanti nak ambil luggage masa keluar train.. so. jalan terbaik selit je luggage tu kat ruang kaki.. Nasib baik luggage kecil jer..
Ni la tiketnya

Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit.. ada juga stop beberapa station.. ok, aku tak ingat ada stop berapa kali sebab sempat zzzzzz.. last station memang di Seoul Station.. Alhamdulillah.. selamat sampai walaupun badan ni penat dan punggung ni dah naik panas sebab asyik duduk jer.. hehe.. tapi mesti sampai je Seoul, check in terus keluar cari makan.. 

Fuh.. perut memang tengah berdansa dengan macam-macam tarian tu.. last aku makan roti masa dalam bas dari Johor ke KL.. kat airport nak makan tapi masih kenyang lagi.. Pastu ingat turun Gimhee Airport, nak beli banana uyu, sekali dah busy cari metro subway.. terus lupa.. haha.. 

Ok.. to be continue bila dah sampai Seoul ok..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law