Changwon House takde la jauh sangat dari tempat kami bergambar tadi.. Aktiviti kat sini, selain kenal budaya tradisional korea, kami berpeluang melihat dan merasai Tea Ceremony.. Macam mana nak buat air tea yang memang asli.. takde la nak letak gula atau guna tea uncang ye.. memang guna daun tea..
tour guide ada terangkan tapi lupa.. yang aku bole ingat kayu tu ada gander man and women..
Cantik tempat ni.. sunyi jer.. seronok dapat duduk lama2 kat sini..
Changwon House ni merupakan rumah tradisional Korea sejak dari Joseon Dynasty di mana Ducheol pernah tinggal di sini selama 5 keturunan sbeelum Ahn Taek-young. Rumah ni mempamerkan 14 bangunan dan peralatan pertanian termasuk sebuah pintu tinggi, pintu dalaman, pintu bersebelahan, rumah berkembar, rumah utama, Muzuim Rakyat Korea, Pavillion, Pavillion berbentuk oktagon dan batu-batuan..
Changwon House ni digunakan untuk beberapa majlis rasmi, tempat nak belajar budaya tradisi Korea, tempat majlis perkahwinan pun ada..
ada rumah lain dipintu sebelah..
pavilion.. tak sempat nak ke sana..
Ok, kami masuk ke rumah utama untuk mempelajari tea ceremony..
Sesi memperkenalkan guru..
bergilir-gilir untuk mencuba..
apakah yang ada disebalik kain merah itu??
Tadaaa!! (peralatan, daun tea dalam bekas yang bertutup, dan air panas, buloh tu sebagai sudu ok)
Guru tu akan buat demo sambil menerangkan apa yang kami perlu buat.. nak pegang, nak tuang semua ada adatnya.. keseponan memang diperlukan ye.. gerak tangan dan juga cara penyediaan juga dititiberatkan.. mula2 aku buat tapi wawa lupa nak snap.. TTTT.. memang agak kalut juga la aku buat.. bukan tak dengar arahan cuma terlebih leka.. Hahaha.. caranya, mudah jer.. tuang air panas dalam termos tu ke makngkuk kecil sebelah teko dan masukkan dalam teko comel.. biarkan seketika air panas sebagai mencuci teko dan buang semula air tu ke dalam maksuk sebelah pastu, lepastu isi semula air panas dan ambil sedikit daun tea (ikut berapa ramai tetamu), ambil daun tea guna batang buloh tu dan masukkan ke dalam teko.. air tea tu dibiarkan seketika dan sambil tu korang bole la berehat sekejap dengan menutup mata.. ambil aura dari air tea.. hehe..
Selepas merehatkan minda, korang dah bole tuangkan air tea ke dalam cawan comel tu.. dan bagi ke pada tetamu.. nak angkat cawan dan bagi kepada tetamu pun ada caranya.. hehe.. nak pegang cawan pun ada caranya.. nak minum pun ada caranya... bila korang dah dapat pegang cawan tu, korang kena hidu dan rasa sedikit dulu.. minum kali ke baru bole minum banyak sikit.. jangan minum sekali gus, tak sopan katanya..
Jernih jer air tea...
cewah akak ni minum..
Apa rasanya?? of course la rasa tea.. Hahaha.. tapi memang betul2 rasa tea.. agak pahit sedikit dan memang tawar sangat... yelah, kita ni lidah dah biasa minum manis.. tapi ianya memnag pengalaman berharga yang sukar dijumpai.. bole mencuba tapi mesti la bayaran mahalkan..
selesai sesi belajar, kami diberi peluang melihat bagaimana membuat air tea dari bunga.. (aku tak ingat nama bunga tu) tapi memang besar bunga tu.. dan merasa juga.. rasanya memang berbeza dengan air daun tea tu.. yang ni lebih sedap sikit..
selesai sudah.. jom balik..
sempat bergambar dengan 2 guru yang baik dan comel..
Berjaya jejak di Changwon House!!!
Aku ni tak sah kalau tak bergambar dengan tembok ni.. Aku suka sebab tembok ni melambangkan tradisional budaya Korea dan seni bina yang berbeza.. asal design lain dari kebiasaan, memang akan aku bergambar.. bukti ko dah sampai korea ok..
petang-petang ni sy nak berjalan ke hati awk bole???
Lepas ke Changwon House, kami terus pergi makan.. Kami berjalan kaki sahaja memandangkan jalan ni agak kecil untuk masuk bas.. takde la jauh mana pun dari Changwon House.. menu dinner sebenarnya Grilled Bulgogi.. tapi memandangkan kami tak makan daging, dia bagi kami Grilled Fish.. dan side dish yang banyak.. rata-rata semuanya sayur..
lepas kami habiskan makan nasi, ahjumma restaurants tu bagi stew tofu sebab cuaca memang sejuk... aku rasa kami yang muslim ni dilayan dengan begitu istimewa pula.. hehe.. banyak makanan yang tak terhabis sebab ahjumma keluarkan lambat.. hehe.. tapi kami tetap merasa la..
yang merah tu bukan daging tapi lobak putih yang sudah dijadikan jeruk..
Perasaan lepas dinner ni yang memuncak sebab nak pergi konsert.. first time bagi aku.. KPOP World Festival ni bukannya banyak idol tapi ianya sebenarnya mempersembahkan finalis peserta dance yang membawakan lagu kpop di serata dunia.. Malaysia pun jadi finalis tau.. ok, apa yang best kat situ??? Jom ke sana!!!
No comments:
Post a Comment