Lepas makan, perjalanan diteruskan ke Sang Sang Gil.. Ni pun tempat yang wa teringin sangat nak pergi.. sebab dia nak cari nama dia kat sini.. nama aku?? takde... TTTTT.... sob..sob.. Sang Sang Gil atau nama lain Changdong Street of Imagination (Imaginary Road) ni merupakan jalan yang dibina ada nama orang.. maksudnya korang akan pijak jalan tu dan ada nama atas jalan tu.. nama idol ada orang biasa pun ada..
Masa kami sampai masih hujan tapi takde la lebat sangat.. cuma pergerakkan terbatas bila nak bergambar..
pintu utama
tak dapat muka, kasut pun jadi la bukti aku dah sampai sini..
Masa tour di sini kami diberi peluang untuk membuat Handicraft.. kraf tangan buatan sendiri la.. korang akan dibagi 1 kristal comel yang pelbagai bentuk dan korang kena design ikut kepakaran dan bakat lukisan kreatif korang.. dan handicraft tu korang bole bawa balik..
dengar taklimat dulu.. jangan main redah jer..
Ni la kristal aku pilih.. tak tahu la apa akan jadi nanti..
Sesi melukis sedang dijalankan..
Antara art dari kawan-kawan.. kreatif betul dieorang ni..
Pengalaman yang susah nak dapat tau.. seronok join tour ni.. kawan semua dari pelbagai negara.. masa buat art tu masing-masing buat dengan fokus... hehe.. aku tak sempat merayap untuk tengok art kawan-kawan sebab asyik fikir nak lukis apa.. nak letak warna apa.. haha.. lepas korang warnakan, batu kristal tu akan dikeringkan warnanya dengan pengering rambut.. so, kena tunggu lebih kurang 10~15 minit bergantung tebal atau nipis warna yang korang gunakan..
Bergambar sebelum balik..
Bye... maybe 1 day akan ke sini lagi..
Lepas belajar buat art, kami berjalan di sepanjang perjalanan tu.. tapi takde la pergi jauh sangat.. hehe.. sambil berjalan, sambil dengar celoteh tour guide berkenaan sejarah tempat ni.. tempat ni memang cantik.. banyak art yang cantik.. tapi nak selfie memang tak sempat la ditambah tengah gerimis.. aduhyai rugi juga la.. so, sempat snap gambar yang mana nampak cantik sangat.. maybe next time bole datang ke sini sendiri kan..
posto..posto...posto..
Ni siaran radio kat sini..
banyak benda bole buat sebenarnya..
Dah jom balik...
Selepas tu, ke destinasi seterusnya .. ke Changwon House.. tapi sebelum sampai ke Changwon House, kami diberi peluang untuk berjalan sekejap di sekitar Changwon city.. rasanya diberi masa 15~20 minit jer.. nak hidup udara segar.. kebetulan berdekat situ ada 1 taman cantik.. kiteorang pun berjalan dan berselfie la.. hehe..
Cantik kan tamannya walaupun simple jer.. hehe.. meredah lecak juga sebenarnya tu... Hahaha... Dah sampai masanya kembali ke bas ok...
No comments:
Post a Comment