Monday, November 28, 2016

Seoul -> Busan - Day 6 Jinhae Original Downtown (Tour ke Changwon) Part 2

Assalamualaikum..

Last place yang kami pergi ke Jinhae Original Downtown.. Kiranya macam pekan kecil di Changwon.. kenapa ke sini? sebab seingat aku la pekan ni merupakan penempatan awal di Changwon.. part lain2 dah lupa.. sebab masuk juga museum tu cuma penerangan yang singkat menyebabkan aku terlupa banyak benda yang aku dengar.. Haha.. sorry guys.. takpe.. bole google ok..

nak ke Jinhae Museum tu kena naik cable car ok..

 
view from cable car..


masa sampai sini, my tour bagi snack ni.. sedap... berkongsi juga... 

terpegun tengok art ni..

I'm here!!!

Masuk dalam ni banyak sejarah yang korang bole dapat.. memandangkan masa kami terhad, makanya tour hanya bagi penerangan yang penting sahaja.. time tu ada juga kawan2 lain merayap di sekitar situ.. haha.. bukan tak nak dengar tapi nak explore lebih, kang nanti masa dah tamat, tak sempat nak melihat sekeliling museum ni..


barangan lama.. tak sempat nak membaca..

sejarah awal penempatan di sini..

ni la yang aku cakap, memasing sibuk ke sini..

Selepas penerangan siap, kami pun bersama tour naik ke puncak museum ni untuk melihat pemandangan keseluruhan Changwon city... Indah pemandangannya.. Rasa puas dan melihat alam semulajadi bersama dengan pembangunan di sini.. nampak la segala benda dari sini.. 

Cantik kan...

Sempat snap ni jer.. 

and again i like that art.. 

Jom turun!!!

Selepas turun tu, kami sambung perjalanan ke kawasan sekitar dengan hanya berjalan kaki.. santai-santai gitu.. tour membawa kami ke kawasan yang sudah lama dibina dan masih dijaga rapi sehingga kini.. 

Pintu gerbang..


kedai paling lama tapi sayang masa kami datang, kedai ni tutup pula..

Selepas tour tu, kami masih ada masa lebih kurang sejam untuk berjalan di sekitar town dan kembali ke bus untuk lunch.. so, aku dengan wawa pun berjalan la ke sana ke sini.. nak melihat apa yang best.. tempat yang menarik untuk ambil gambar... aktiviti bebas la katakan.. so, jom kita jalan...


arah mana yang harus dituju..


meh la ke cafe hamba untuk merasa secawan coffee


the art untuk bumbung bangunan dan pembuka botol wine

ni memang dah takde keje... haha.. suka naa nak bermain benda ni..

Melompat lebih tinggi even aku ni rendah..

Thanks K-Travel Bus for the tour.. i really enjoy every moment and place..

enjoy for every moment and memories there..
 
alololo... adik nak ke mana tu??

Perut pun dah mula nak berdansa sebab breakfast pagi tadi tak kenyang.. so, kita tunggu la untuk lunch.. ntah apa yang bakal kami makan pun tak tahu.. yang pasti kedai tu memang ada jual daging.. ok.. ke mana kita lepas ni???

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law