Pagi ni kita explore satu tempat yang popular di Suwon ye.. Kiranya tempat ni popular dikalangan penggemar drama.. Kita ke Korean Folk Village!! Ni memang destinasi wajib trip ni sebab kami berdua mempunyai 1 suara dan 1 hati nak ke sini.. Cewah... Haha.. Pagi lagi gerak sebab tahu tempat ni jauh dan first time nak pergi melawat kawasan..
Keluar je dari Suwon Station, Exit 4.. Dah blur nak cari bas.. sebab memang ada research yang nak ke Korean Folk Village ni ada 2 cara...
1. Keluar Exit 4, naik bas no 37.. turun kat Minseok Chon.. dan rasanya bole juga turun terus kat korean folk village.. take time panjang sebab bus berhenti-henti
2. Keluar Exit 4, tunggu shuttle bus pukul 10.30 pagi.. paling awal tu..naik bus ni memang free dan terus ke korean folk village, direct terus takde berhenti-henti..
Kami sampai lebih kurang 9.30 pagi.. nak tunggu bas free, memang tak la.. 1 jam tu.. so, kami pergi la information center yang tak jauh dari exit 4.. Tanya kat kaunter sana, dan dah tahu macam mana nak pergi, so, kami pun terus gerak ke bus stop.. tunggu bas no 37.. tawakal juga naik bus ni sebab telinga kena alert.. kadang2 kat scren tv tu takde nama tempat dalam english..
Ni la bus no 37.. we are going now...
Now... we are here!!! masa tu kami turun kat Minseok Chon seperti orang tu bagitahu.. agak blur juga lepas turun.. risau salah tempat.. akhirnya betul.. maybe sebab kami turun awal sangat tu yang tak nampak signboard korean folk village.. hehe..
masa ni time budak sekolah buat lawatan..
ramai kan budak sek... bagus budaya ni..
kami dapat diskaun sebab guna kupon..
First masuk jer dah nampak 1 signboard besar untuk check point location korean drama.. part cerita historical la ni... misi kami memang nak mencari check point sambil melihat perkampungan lama korea ni.. Lagi teruja cari check point standee drama Sungkhyunwan Scandal tu..
Disini memang semuanya rumah lama korea.. dari rupa rumah yang sangat miskin ke rupa rumah macam kaya sikit.. Haha.. lepas tu ada juga beberapa tempat yang ada seorang lelaki memakai pakaian tradisional korea dan sedang melakukan kerja-kerja seperti membuat kipas..
Lepas tu korang bole lihat sendiri la perkakasan lama masa zaman dulu.. rumah dieorang rupa macam mana.. toiletnya macam mana.. dari semua segi zaman era dulu kala. korang bole tengok di sini.. aku perasan ramai budak sekolah dan tadika masa aku datang sini.. pada aku budaya ni bagus untuk mereka mengenal sejarah sejak dari kecik lagi..
lawatan budak sekolah..
Pelbagai perkakasan lama..
aku memang takkan lepaskan peluang bergambar..
Aku tengok.. ada la juga membaca sikit.. pastu tengok maps.. kawasan agak besar juga.. kalau korang nak explore sehari pun bole.. tapi kami kena berjimat dengan masa.. so, tengok-tengok dan snap picture.. suasana di sini memang sunyi.. seronok kalau dapat lepak lama-lama..
rumah orang sederhana..
maybe toilet????
ruangan dapur..
dah tengok rumah lama, kami terus ke misi menjejaki location penggambaran korean drama ok.. first jumpa location drama Jang Ok Jung.. aku pun tak pernah tengok drama ni... Hahaha.. lepas jumpa satu, jumpa lagi yang lain... kat setiap check point tu, akan ada info tempat yang dalam scene location.. kalau korang nak nampak sebiji dlm drama, bole la ikut gambar yang ditunjukkan.. kami tak sempat pun nak buat..
"Jang Ok Jung" drama..
"Jackport" drama.. kalau tak silap..
paling suka gambar ni..
cik tuan tanah nak ke mana tu....
Jalan jalan jumpa lagi check point... kali ni pun drama yang aku tak tengok.. aku ni bab drama historical kurang feeling nak tengok...
"Arang & The Magistrate" drama..
pakaian yang dipakai oleh para pelakon drama..
Lepas tu korang akan nampak 7 signboard besar poster historical korean drama yang pernah buat penggambaran di sini.. memang besar giler poster... dalam banyak-banyak drama tu, aku cuma tengok 1 drama je iaitu Sungkyunkwan Scandal.. Hahaha.. sebab ada song joong ki jer aku tengok..
su dengan pintu tak dapat dipisahkan..
dan tembok.. memang tak berpisah..
"Moon Embracing The Sun" drama
Dah sampai check point yang dicari-cari..
with my beloved love... hahaha.. "Sungkyunkwan Scandal" drama
Ok.. Last.. "My Love From Another Star" drama
Ni rumah gundik, kalau tak silap aku..
Lepas kejar check point, kami terdengar bunyi riuh rendah.. ingatkan ada apa.. rupanya ada persembahan kebudayaan.. persembahan aksi berkuda..
Dalam Korean Folk village ni ada juga tempat moden untuk kanak-kanak dan remaja tau.. ada permainan dalam taman tema gitu.. rumah hantu pun ada.. museum pun ada.. macam-macam ada la...
port kanak-kanak paling suka...
aku dah buat research yang dalam korean folk village ada 1 restaurants halal.. so, kami pun try la pergi... harga memang agak mahal sikit.. tapi kenyang la untuk korang isi perut lunch.. Nama restaurants tu Terrace Green.. restaurants ni berdekatan dengan taman tema kanak-kanak.. korang bole pusing area situ jer, mesti jumpa...
Before makan, selfie dulu ok..
my lunch menu..
Wawa menu lunch..
Ni la bus free.. Shuttle Bus..
my lunch menu..
Wawa menu lunch..
Ni la bus free.. Shuttle Bus..
Ok.. tu jer apa yang aku nampak di Korean Folk Village.. Kalau dapat lepak lama pun best.. lagi time daun bertukar warna.. memang cantik ooo... ok.. time to go... terlepas nak naik bas free.. jadual sepatutny bas tu gerak pukul 2.. jam kami baru pukul 1.25 ptg.. so, duduk kat tepi dulu, sekali 5 minit lepas tu bas gerak.. panik juga... berharap la yang bas tu cuma nak beralih tempat atau buat pusingan... sekali bus tu tinggalkan kami... sedih... nasib baik pukul 2 ada bus No 37... terus balik ke Suwon Station semula..
Macam mana nak ke Korean Folk Village
Subway : Suwon Station, Exit 5.
1. Selepas keluar Exit 5, korang bole ambil bus biasa bernombor 37, 10-5 atau 5001-1 untuk ke sini
2. Selepas keluar Exit 5, korang akan nampak 1 papan tanda untuk Shuttle Bus (percuma) tapi ada waktunya.. Suwon station -> Korean Folk Village (10.30 am, 12.30 pm, 2.30 pm).. manakala balik Korean Folk Village -> Suwon Station (2.00 pm, 3.30 pm, 4.30 pm)..
No comments:
Post a Comment