Tuesday, November 22, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 Woollim Entertaiment & NIT Coffee Cafe

Assalamualaikum...

Yeah!!! Seterusnya kami ke destinasi kegemaran aku.. Tak kan jemu ke sini selagi tak berjumpa depan mata my oppa Infinite... Hehe.. Kali ke 2 aku ke sini dan kali pertama bagi wawa.. Ok.. aku guide dia.. Tapi agak tersasar sikit bila dah nak sampai sebab lupa belok lorong mana... Hahaha.. Tapi akhirnya jumpa juga sebab memori dah ingat kembali..

Masa aku ke Korea, Infinite baru seminggu come back dengan album baru.. So, i hope i have the lucky to meet all them face to face.. Beli album pun terus beli kat Myeongdong hari tu.. kang beli kat msia, lebih mahal jadinya..

Port kegemaran ambil gambar ni

Nampak tak poster sebesar alam tu..


Masa aku datang sini, lupa nak tengok Infinite Schedule Update.. tu la excited sangat.. Dapat tahu my oppa takde.. dieorang ada live show kat MNET.. TTTTTTTTT.. So, bila dah tahu dieorang takde, lepak sekejap jer la nampaknya.. Dan masa ni, NIT Shop tutup..Last year aku mai, NIT Shop open for public tu yang bole beli barang official.. Aku rasa NIT Shop ni open ikut event kot.. Jika takde event besar, so, closed la..

Dah settle ambil gambar, terus pergi ke NIT Coffee Cafe.. Cafenya brdepan je dengan Woollim building ni.. korang nak spy atau nak skodeng oppa pun bole.. Aku ingatkan masih la ada dekorasi Infinite That Summer Concert 3, rupa-rupanya dieorang dah cabut.. Hampa kali ke 2 sudah..

Dengan berat kaki melangkah masuk ke NIT Coffee.. Tengok air apa nak diminum.. Kembong perut aku ni dengan minum air jer sejak pagi tadi.. 

So, dah tengah panas ni, elok la kita oder ice kan.. aku minum Strawberry Smoothie (6,000 won)..   wawa minum air panas.. tapi tak ingat air apa... dan yang pasti kertas pemegang cup tu mesti simpan buat koleksi... benda ni takde kat msia ok.. 

sampai 2 air.. haus sangat dah ni..

Konsep yang simple je.. sama jer dengan tahun lepas..


Hajat tak kesampaian nak jumpa oppa.. pastu poster That Summer Concert 3 pun dah dibuka... hai... nampaknya next year kena mai lagi la time dieorang ada event.. tak pun time dieorang comeback.. setahun sekali balik sini..

Jom la balik... My oppa takde..

Dah la membawa hati gunda gelana.. kita ke destinasi seterusnya.. Air tu pun tak habis minum lagi.. kembung dah perut... nasib tak nampak jer.. Hahaha.. Maybe next time bole jumpa my oppa.. berharap sangat ni sebab misi kali ni memang nak kejar oppa Infinite memandangkan dieorng tengah comeback.. sebab tu plan aku turun korea terpaksa dipercepatkan 2 minggu awal..

Macam Mana Nak Ke Woollim Entertaiment & NIT Coffe Cafe
Subway: Mapogu-Office Station, Exit 3. Keluar dari station, korang kena jalan jer terus.. perjalanan ambil masa lebih kurang 10~15 minit kalau tak silap sebab memang agak jauh sikit.. korang kena lepaskan petrol station. teruskan perjalanan sehingga korang nampak kedai MOTOR CUBE.. Korang belok ke kanan sebelah kedai MOTOR CUBE.. lepas tu jalan sikit.. korang belok kiri untuk masuk lorong ke 2 sebelah kiri.. nanti dari kejauhan korang dah bole nampak bangunan Woollim..

2 comments:

kurakuraygslow said...

Air tu nampak sedap. Tapi mahal nya bila convert ke RM. Nak nangis rasa. HAHA :P

sweet gurl said...

To: kurakuraygslow

Hahaha.. kebanyakkan air kat cafe ni sedap dan pelbagai perisa ada.. su suka mencuba air yang su tak pernah minum..

© . | Blogger Template by Enny Law