Assalamualaikum... Annyeonghaseo..
Selepas ecxited naik kenderaan mewah tu, apa ntah nama pun dah lupa.. kami pun pergi la ke hostel.. Hostel yang kami menginap adalah Hostel Korea.. harga 1 malam, 15,000 Won.. Kami duduk 1 bilik, 3 katil dan 1 bilik air.. nak save bajet.. lagipun untuk tidur sahaja.. yang penting ada TV..
dalam perjalanan ke hostel
Tempat tinggal kami
selama 3D2N
Korang mesti perasan kan kenapa ada
banyak patung batu tu? Ha! Nak cerita ni, patung batu tu namanya Dolharubang. Patung batu ni sebagai
simbol dewa pelindung atau penjaga Pulau Jeju mengikut sejarah dan kepercayaan
mereka di sana.. Mengikut kepercayaan mereka lagi, Dolharubang ni juga simbol
kepada kesuburan.. Lebih lanjut kenapa, try la google ye.. aku tak minat
sejarah.. hehe..
Selepas letak barang dan beg,
kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu Tapdong Square (Tapdong Sreet).
Ianya adalah kawasan utama pelancongan
utama di Bandar Jeju.. Tak jauh pun dari hostel kami.. Kiteorang just berjalan
kaki sahaja untuk ke Yongduam Rock.. berjalan sambil ditemani angin laut yang sempoi2
bahasa dalam cuaca petang yang tak panas, sangat mendamaikan.. relax je .. *berfeeling lagi budak ni..* .. Jalan punya jalan sampai tak sedar dah nak penghujung jalan.. Tapdong Street ni agak panjang la tapi bila berjalan memang terasa sekejap sebab angin lautnya yang cukup menyegarkan.. Dating kat sini pun ok apa.. Hehehe..
Jeju here I come to
you!!!
Jauh lagi perjalan
kami..
Turun tangga tu,
terus air laut tau.. Jangan ada yang terjun pula
Seterusnya perjalanan ke
Yongduam Rock, sepanjang jalan akan nampak banyak kedai makanan dan restoran seafood.. Makanan laut yang fresh memang terkenal di sini.. Hotel mewah pun berada di sepanjang kawasan nak ke
Yoongduam...
Sila membelok ke kanan
Turun naik bukit
tau.. bukan jalan rata sahaja..
Memang aku
akui la kawasannya bersih, dijaga, dan memang sebiji la macam dalam drama korea
tu.. Sambil berjalan, tangan tak henti snap picture tempat yang cantik.. mata
pun melilau la tgk oppa.. kot2 terjumpa yang hensem… hahaha.. Tapi tetap
terpaku memandang keindahan alam semulajadi di Jeju Island ni.. Restoran pun ada yang design biasa, ada juga design mewah dan comel.. ok.. tengok daripada luar je.. huhu..
Cantik alur sungai
yang membawa air ke laut..
Menyeberangi ke
sebelah kanan melalui jambatan gantung
Sampai pun di
Yongduam Rock..
Nampak tak kepala
naga??
Dolharubang lagi..
tak sah kalau takde patung tu..
MasyaAllah… sangat cantik
lautnya.. terbentang luas.. dengan angin laut yang menyejukkan badan.. hati tak
berhenti memuji keindahan alam yang tiada gantinya.. batu di sini memang
semuanya hitam.. takkan jumpa di tempat lain.. Only at Jeju.. Deruan
ombak yang memukul batu tepian laut.. serius mendamaikan.. lagi best bila lepas
balik kerja, stress dengan kerenah di office, terus datang tempat ni, terus
jadi relax.. free je, tak perlu bayar.. huhu.. kalau la aku kerja kat sini,
memang seronok la.. setiap petang akan mencari ilham dan ngeteh depan air laut
ni..
aku tak pasti apa org ramai buat di situ..
Dah penat berjalan.. perut pun
dah lapar sebab hirup angin laut je.. kami pun mencari restoran seafood yang
tiada masak daging.. only seafood.. and kami pun jumpa.. First time nak makan
makanan Korea ni.. risau juga if tak bole telan.. tapi bedal je la kalau dah
namanya lapar.. menu utama adalah ikan bakar.. sedap dan sangat segar.. cara hidangan di korea memang berbeza dgn
cara kita.. makanan sampingan tu dah di masak dahulu, sebab tu sejuk.. tapi
makan dengan nasi panas dan sup panas, memang terbaik la.. makanan sampingan
yang aku ingat adalah kimchi kubis, kimchi lobak putih, sayur tauge digoreng,
telur goreng, terung macam masak sambal, ketam tak tahu masak apa, dan sotong
pun tak tahu masak apa.. huhu.. Alhamdulilah… kenyang makan.. air?? Minum air masak
je la.. hehe.. harga murah.. asalnya nak tengok menu je, tapi ahjumma tu terus
bagi harga murah.. kami pun rembat la.. haha..
Selesai makan, kami pun pulang ke
hostel.. rasanya dah malam.. dalam pukul 8 lebih.. macam mana pulang?? Ikut
balik jalan masa kami pergi tadi petang.. berjalan kaki again?? Yup.. malam
lagi sejuk anginnya.. sampai rasa ke tulang.. meriah je melihat kedai yang
petang tadi sunyi.. jumpa adjuma ramai2 dengan kawan2.. pergi makan rasanya..
masyarakat korea, mak cik2 ni suka keluar dengan kawan2.. pergi minum berjalan
kaki je.. aku jadi suka tengok cara kehidupan dieorang.. bebas je.. tak takut
pun malam2 keluar duduk tepi laut sorang2..
Sampai je kat hostel dekat pukul 10 juga la.. penat tu memang tak dinafikan tapi berbaloi dengan kepenatan.. tidur lambat sebab upload gambar kat ig pastu call mak abah di malaysia lagi.. last2 dekat pukul 12 baru tidur.. esok sambung story lagi.. bye dari Jeju Island.. Anyeong..
1 comment:
huhu..syok bace..nak baca part 2 plak..
Post a Comment