Thursday, March 11, 2010

KLK BSM Bukit Hijau Part 2

Assalamualaikum.... Hai!!! 

Entri kali nie menyambung semula ape yang tak bersambung oleh entri Part 1 yang lepas... Korang dah baca entri aku yang lepas? Yang mana dah baca, aku ucapkan la TERIMA KASIH Banyak-banyak sebab sudi meluangkan masa untuk membaca entri aku yang ntah ape2... Aku sedar la pengolahan ayat dah cerita aku tak berapa menarik.. Budak baru belajar la katakan, seperti pantun ini, Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan... Hehehehe... Berpantun pulak aku nie... Ok2... Straigh to the point..

Masa hari pertama, kami semua sibuk mendirikan khemah2, menyediakan makanan tengahari bersama, makan tengahari, membuat beberapa penyelanggaraan di sekitar tapak perkheman kami seperti membina sendiri tempat untuk lampu dan macama2 lagi... Malamnya pulak, kami diberi taklimat mengenai perkhemahan serta tujuan kursus ini. Perkhemahan kami diberi nama "Kursus Perkhemahan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat"... Gerun tak membaca tajuk perkhemahan kami kali nie???  Kebetulan malam tue, hujan lebat sangat... Habis khemah2 kami... Masuk air.. Suke or tak TERpaksa la kami tidur di dalam khemah tue.. Bak kata orang yang berpengalaman, "Adat la kehidupan di dalam perkhemahan, dah nama pun Perkhemahan bencana alam".... Hehehehe.. 

 Sedang mendirikan khemah

 Tadaaaaaaa!!!!! Nie la hasil titik peluh kami mendirikan khemah sendiri

 Yang tengah mengikat tali tu, jurulatih kami.. yang baju merah bermisai pun jurulatih kami semasa KLK, yang kurus tue, kami punye pembantu di dalam hutan...

Ceramah kursus kami

Hari kedua pulak, Kami mulakan aktiviti dengan bersenam arobik, Explorece sekitar kawasan Bukit Hijau, Makan tengahari... Petang pulak, Sukanneka dan Pratikal CPR.. Malamnye ada LDK, mengenai pengendalian ahli2 BSM ketika bencana alam dan ada malam kebudayaan... Kami memang enjoy la malam kebudayaan itu, walaupun pada mulanya cuaca tak begitu baik.. =)
 Sebelum membuat senaman

  Masa explorece pun kena buat anduh

 Belon2 untuk sukaneka.. best utk membaling ke orang lain

 Jalinan persaudaraan melalui kaki2 kami...

 Skill untuk melalukan CPR.. Mula2 kita perlu.........

 Malam kebudayaan

Hari ketiga, hari untuk pulang ke UUM... Paginya macam biasa, membuat senaman dan selepas itu, kami mulakan operasi bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan kami.... Adakah aktiviti ini dipanggil "Khidmat Masyarakat"? Kamu fikir la sendiri.. Lepas berkemas, Jurulatih kami memberi green light untuk kami beriadah serta bermandi manda di air terjun... Part nie la yang aku paling suka.. MANDI!!! Lepas tue, kami makan tengahari, menukar pakaian kepada pakaian beruniform untuk majlis penutupan.. dan seterusnya pulang ke UUM... Penat giler.. Diriku sempat merasa nak demam masa dah nak pulang tue.. MUngkin disebabkan hujan.. Nasib baik aku ok je...  Antibodi dalam badan masih kuat....

 Melepaskan mengidam ku terhadap air terjun..

Comel kan kami berdua... Majlis penutupan 
Setakat nie je la gambar yang aku dapat upload untuk korang semua...  Lepas nie aku akan upload gambar2 Lata Bukit Hijau sahaja... Aku tahu korang dah bosan tengok gambar yang ada muke aku je...hehehe

Assalamualaikum... Bye2...
P/S : Nak tengok lebih banyak gambar KLK BSM, ziarahi lah or lawati lah Facebook aku... =) Sorry gambar tak berapa nak cantik sangat sebabnya aku tak berapa mahir untuk edit gambar... HELP ME!!!

8 comments:

iekabean said...

Salam...
morning yang tak berapa nak morning,

Rindu nak masuk sekolah!!(cewahhh!)
dulu masa sekolah selalu join perkhemahan,kem kepimpinan katanyaaa... hehehe

Edit gambar?? pergi la tnya hencek kimi, dia terror lahh =)

sweet gurl said...

Walaikumsalam... Bole dikira morning lagi la...hehehehe..

Rindu ea?? Ape lagi pi la pakai baju sek and pi sek..hehehe. Oh.. dulu pengawas ke?

Hencek kimi mmg exspert bab2 mengedit..tue sy tahu tapi kalo nak mintak die tolong ajarkan, masalah sikit cz kami lain DPP, lain kos and lain negeri...hahahaha...

iekabean said...

hahahha...mana ada pengawas!!
anti-pengawas masa kat sekolah dulu.. hahahah =) Serius, ieka dgn pengwas mmg tak bleh ngam....

Argghhh, kimi always busy like a bee! Kamu ambik apa ja kat UUM...=)

sweet gurl said...

Mmg anti-pengawas betul...hahahaha.. mesti kalo pengawas suruh senyap, ieka mesti org paling bising kan? hahahaha

Sue ambik kos keusahawanan.. Asal org negeri Johor..

Anonymous said...

wah wah...
bestnya pergi ber kem..
tido khemah eh..?
anti sikit dgn khemah ni.. panas, byk nyamuk, kecik. HAHA.

daripada 1/10,
pernah pergi kem sekali tido dlm khemah. yg lain semua tido chalet/rumah melayu sbb mmg tak boleh todo dlm khemah. hikhik.. perkhemahan tak ikut khemah. hikhik.. =p

dulu BBSM jugak.. dari F1-F5.. tp tak pernah nak ambik tahu hal2 kecemasan ni. Kawad pun tak tahu. Tahu arah org je,sbb ajk tertinggi. Kahkah.

mandi tu mmg best....mmg syok..tapi yg tak syok bila tetiba ada pacat tempat2 gitu..pernah kena pacat untuk 1st time lepas mandi. Nangis gila2 nmenjerit2 dlm hutan atas jambatan gantung. pengalaman sekolah mmg seronok.. =)
rindu betul....

sweet gurl said...

HAHAHAHAHA... Nani..nani.. Memang best la perkhemahan nie.. Sepanjang 3 hari 2 mlm, mmg tido dlm khemah pun.. Akk dulu masa sek,BSM juga tapi tak aktif pun.. setakat sekali dua je join perkhemahan.. dulu pun hanya belajar kawad and balutan sikit2.. hehehe..

Sekarang kat universiti je yg hayperaktif.. Semua pasal BSM dah tahu.. Dah bole buat balutan dan CPR.. hahahaha...

Anonymous said...

wah..
untung lah lepas ni bakal suami..
semua kak sue pandai buat.
dah kahwin lg senang..
boleh buat CPR dah.. HAHA. =D

sweet gurl said...

Untung la sangat.. Kalo bakal suami akak tercedera, x pyh la kelam kabut.. Balut je seluruh badan die.. HAHAHAHA...

Syhhhh!!!!! CPR tue sebut slow2 sikit... hehehehe...

© . | Blogger Template by Enny Law