Wednesday, February 27, 2013

Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun

Assalamualaikum....


Bertemu kembali kita dalam entri yang baru lagi panas ni.. Readers semua apa khabar?? *Masih ada yang membaca ke blog aku ni??? confius sat....* Tuan tanah bukan tak percaya cuma beranggapan dia ni seorang blogger biasa.. Ala-ala penghibur jalanan gitu... Hehehe.. 

Topik kali ni memang gempak la sebab saya pergi konsert... First time tu pergi konsert berbayar dengan harga yang lumayan... Semata-mata mencari kelainan dan suka mendengar zikir terapi diri Hafiz Hamidun dan.... yang sebab yang paling utama kerana saya fans dia.... Hehehe... Dulu pernah jumpa buat pertama kalinya di event talk UUM.. Sampai boleh terjatuh hati pulak... Tapi masa tu memang dah minat dengan karya muzik beliau pun.. Entri yang mane?? yang ni la Grooming Workshop .... Sila usha ke sana yer..

Korang nak tahu tak, saya pergi ke konsert ni bersama kawan lama saya yang selama 9 tahun tak berjumpa... Percaya atau tidak kami masih bole pergi holiday bersama-sama dengan riang ria gembiranya... Kami hanya rapat dulu masa form 2 lepas tu die melanjutkan pelajaran ke sekolah lain... Apa-apa pun, saya happy sangat sebab dapat berjumpa dengan dia... Dan kami masih sekepala macam dulu lagi.. Meh kita skroll ke bawah..


Tiket yang selama ini ditunggu-tunggu..

Wednesday, February 20, 2013

Dah Lama Membawa Diri

Assalamualaikum...........


Dah masuk penghujung bulan 2 tahun 2013.. Cepatnya masa berlalu... Dah hampir 8 bulan juga saya menempuh alam pekerjaan ni.. Dan dalam masa tu juga dah ramai kawan-kawan yang berkahwin mahupun bertunang.. Alhamdulilah dan tahniah saya ucapkan.. Saya????? InsyaAllah.. Ada jodohnya dan sudah sampai serunya, akan bertempek la gambar kat jemputan tu kat blog tercinta ni... Hehehe....





Dah lama juga saya tak post story mory yang selalu dikepoh-kepohkan kat tanah blog ni kan??? Al-maklum la semenjak dah kurang ber-so-si-al di media ni, maka kurang la aktiviti yang menjangkau ke alam blogger ni.. Hahaha... *Ayat macam apa ntah*.. 

Selamat datang ke tahun baru dan menepuhnya dengan lebih kuat lagi.. Saya bukan menghilang cuma menyepikan diri seketika.. Huhuhu.. Yelah, saya pun tak nak menghilang lama-lama nanti orang merindui pulak.. Hahaha.. Adios..

Majlis Konvokesyen ke 25 UUM

Assalamualaikum......


Wah... Lama dah tak berupdate blog ni kan... Tak tahu la dah berhabuk tahap apa ntah.. Ni nak cerita pun dah macam cerita basi tahap gaban tapi memandangkan peristiwa ni merupakan peristiwa besar dalam sejarah hidup saya, maka dengan lafaz 'aku membukanya'... Saya pun meneruskan penulisan yang tak seberapa ni.. 


Tahun lepas, tanggal 7 Oktober 2012, Bertempat Dewan Mu'azam Shah, UUM.. Saya dengan rasminya telah menjadi graduan berijazah yang diiktiraf oleh Malaysia.. Alhamdulilah... Sepanjang 4 tahun bergelumbang dengan pelbagai agenda, akhirnya berjaya juga melunaskan impian ibu bapa saya walaupun keputusan saya takde la secemerlang graduan lain.. *Tu namanya belajar main-main walaupun dah ke menara gading*... Hehehe.. 

Kad Undangan kepada Ibu Bapa

Masa dalam dewan tu, agak sebak sikit la bila ada part muzik yang menggambarkan ibu bapa di dewan... Serius, saya pun hampir menitiskan air mata... Air mata kegembiraan sebab dapat berbakti kepada ibu bapa dengan memegang segulung ijazah... Dah la, tak nak story pasal sedih ni... Kini kita beralih ke cerita luar pulak ok... Tapi sebelum itu, korang kena tatap dulu gambar-gambar di bawah.. 


© . | Blogger Template by Enny Law