Saturday, January 23, 2016

Main ABC

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni aku selalu tido lewat.. Ada nak tengok korean drama.. Tapi selalu terskip sebab kat rumah ada 1 tv.. Makanya, kena la berkongsi dengan family.. So, kena la mengalah dengan mak dan adik.. Sob..Sob.. 

Cuma 1 malam hari tu, mata memang mengantuk tapi tak bole nak tido.. Terberangan juga nak buat apa ye??? nak study bahasa korean tapi mood tak datang lagi.. kang penat2 menulis..penat2 mengeja.. tapi tak masuk otak.. tak guna juga.. Hahaha.. So, tetiba terpandang 1 benda dalam kotak.. 

Apa benda??? Mainan huruf.. Sebenarnya last year aku ada beli huruf2 tu sebab nak buat deco2 bilik.. tapi masanya dan kemalasan tu selalu jer jadi penghalang.. So, nak tahu apa aku buat kan?

I LOVE KOREA (barang lain memang dari Korea)
I LOVE JEJU Island *perkatan Island tak cukup*

Bila dah main huruf2 ni, macam best pula.. Tu yang aku menyambung main lagi.. buat apa2 deco dan snap picture.. Sebagai motivasi aku dalam menjadi photografer gitu.. *cewah.. berangan tak sudah jer aku ni*.. Sajer nak tambahkan skill dalam mengambil shoot gambar yang cantik.. Barang2 tu pun semua dari Korea.. Takdenya from Malaysia.. Hahaha.. 

Kim Myung Soo @ L memang tak bole dilepaskan..
Myung Soo dan Lightstick 1st Concert..

Aku dengan dunia KPOP aku memang berpisah tiada.. Maka aku pun ambil la buku L'S BRAVO Part 2.. Part 1 dah selalu tengok.. Ni pun sajer nak letak bagi cover laptop aku yang dah berusia tu.. Hahaha..
Myung Soo with Sung Yeol.. Ballpen from Woollim ok..
This name always in my heart..

Bercerita pasal Korea, mesti akan teringat Jeju Island.. Tempatnya cantik.. Memang planning aku nak ke sana lagi tahun ni.. tu pun kalau ada rezeki lebih.. Trip yang lepas memang tak puas, memandangkan masa yang pendek dan 1 day tu hujan.. So, ada juga terpaksa skip tempat.. If dapat pergi lagi tahun ni, pastinya aku nak stay sana dalam 4 hari.. kasi pusing 1 Jeju Island.. Hehehe.. 

Love this place..

L.O.V.E... LOVE...
Cuba mengasah skill jurugambar..

Lepas main dengan huruf, main pula dengan sticker note yang offical dari Woollim Enter. tu.. Cuba lagi untuk tambah skill dan mencari seuatu kelainan dalam mengambil gambar.. Tapi aku tengok, hasilnya macam biasa jer.. ke aku yang takde bakat tu?? 

Always Infinite.. Inspirit Forever.. Love Sungyeol..

Gambar ni paling aku suka... 

Last sekali.. before masuk tido, aku cuba satukan apa yang aku ada untuk menjadikan sesuatu gambar tu menarik.. So, teringat pula pin buku yang aku beli masa kat Namsan Tower Seoul tu.. Not bad.. Cun juga deco yang aku buat.. *perasan jer lebih minah ni..* So.. sebelum aku tutup entri ni, korang cuci la mata tengok beberapa kepingan gambar lagi di bawah.. Harap tahun ni dapat la pergi lagi ke Korea.. Daa..Bye..



Wednesday, January 13, 2016

Fans KPOP???? Yes!! I'm!! It's me... Part 2

Assalamualaikum.. Halooo..

Bersambung pula kita hari ni.. Yang part ni nak story pasal Infinite Merchandise jer.. Semenjak aku menggilai Infinite, pantang aku buka IG, mesti akan search barang kpop.. Hehehe.. Mula2 tu memang la teruja sangat sebab sebelum ni mana pernah ada hobi sebegini rupa.. Tapi  sekarang makin slow la sebab nak kumpul semula duit.. Nak pergi travel ke Korea semula.. Tu yang kena pandai berjimat..

First barang yang aku beli adalah pencil case dan t-shirt yang aku design sendiri.. Memandangkan masa tu masih kurang penjualan t-shirt infinite yang aku suka.. So, design sendiri dan minta supplier cetak.. Sila tengok gambar di bawah bagaimana rupanya baju tu..
Second barang aku beli calender, stokin, stiker dan paper stand.. Geram tengok dan usha kat IG, tu yang terus terpengaruh.. Hahaha.. Berpuas hati la dengan apa yang aku beli..stokin tu ada la juga pakai tapi time tidur.. Sayang nak pakai untuk berjalan, nanti cepat lusuh.. Huhu.. Pastu yang paper stand tu aku simpan jer, tak bole letak di meja, kang anak buah balik, habis semua barang tu dia main.. Barang pun made in Korea.. 
Third koleksi aku pula adalah hoddie yang special berlatarbelakangkan nama Sungyeol, botol air (2 botol, berbeza design), penutup lubang earphone (tak ingat nama english) dan beberapa keping photo card.. Hoddie tu aku pakai setiap hari pergi kerja sebab duduk office sejuk.. dan badan aku ni pun tak tahan sejuk.. Botol air pun selalu guna.. nak bagi semangat untuk diri ni banyakkan minum air masak.. Hahaha.. (aku memang tak suka minum air masak).. dan yang photo card tu aku pilih 8 jer untuk hias dalam bilik aku.. buat macam gantung2 gambar.. Saje deco2 bilik sendiri..
Sesi ke 4 pula aku beli t-shirt lagi dan lampu kecil.. T-shirt tu aku berkenan sebab koleksi logo Infinite dari mulanya dieorang debut hingga la come back yang dieorang keluar dengan lagu 'Back'.. aku rasa dalam hujung tahun 2014 or awal tahun 2015.. Lupa dah bila usia semakin meningkat ni.. Yang lampu tu pula, aku ingatkan besar la.. bole buat lampu meja sekali dapat.. Hampeh.. kecil jer dah macam gelas.. so, menjadi simpanan la jawabnya.. sebagai kenangan.. 
Sesi ke 5, aku beli album OGSR Infinite tu, beli la sekali sticker.. Tengok! Sticker again.. Yang kali ni stand sticker.. yang ni made in Korea ok.. Suka tengok sticker tu sebab ada muka comel2 7 budak ni... Hahahaha.. Cute sangat.. *datang dah gedik tu*... Sticker ni pun aku tak guna juga.. simpan buat koleksi.. sayang nak guna dan tak tahu nak guna dan tampal kat mana... Hehehe 
Bila dah ada album OGSR tu, apa lagi usha la benda lain.. Tup2 jumpa pula t-shirt OGSR tu.. Simple jer tapi tetiba datang 1 idea.. hahaha.. Apa idea?? Nanti tunggu penghujung entri.. Lepas tu terbeli pula jam yang ada logo Infinite (Dilemma 2015) dan sticker yang ada bentuk lips 7 orang budak tu.. Sticker aku memang sentiasa berlainan setiap kali aku beli.. Jam tu masih bole digunakan cuma kena tukar bateri.. Hehehe.. Yang sticker tu aku guna 1 jer.. Lips Sungyeol tampal kat belakang handphone.. 
Sesi ke 7 pula, aku beli electronic sign Sungyeol... Nak tampal kat belakang handphone.. Seolah2 sign real gitu.. beli 2 sticker sekali.. lepas guna yang 1 tu, terpatah time aku nak betulkan.. sadis tau.. so, kena la korbankan 1 lagi sticker... lagi pun memang dah tak jumpa sticker Infinite ni... Kalau EXO tu memang la berlambak..
Sesi ke 8, fuh.. semput nak menaip..Yang kali ni memang betul2 beli sticker habis2an... Last aku beli ok.. dan juga photocard.. ni pun last aku beli.. sebab dah terlalu banyak sampaikan aku bagi kepada kawan inspirit yang lain... Tak jual.. sedekah jer.. hahaha..
Sesi ke 9, kali ni usha beg pack pula dan mp3 design yang aku nak... Beg ni pun aku guna lagi cuma jarang2 jer.. sama juga mp3 tu.. Mahal kot beli.. letak picture yang aku nak pastu mp3 tu 4GB memori.. Masa mula2 nak guna memang blur sangat.. macam mana nak on.. nak cas, nak masukkan memori card.. sekali tanya supplier, rupa2nya cas macam handphone dan dah tersedia dalam tu memori card 4GB.. Just aku masukkan lagu jer melalui USB yang diberikan... Guna juga cuma jarang2 sebab bateri tak tahan lama.. dalam 4 jam jer bila guna terus menerus.... So far semuanya ok..

Sesi ke 10, mengumpul koleksi L pula.. Memandangkan ada budak yang nak jual buku L's Bravo Part 1, aku pun teruja la nak beli.. Sebab buku ni pun dah out of stock.. tak kisah la if dapat second hand.. Yang penting dalaman buku dalam keadaan yang baik... Even tak faham, sekurang2nya masih bole belajar mengeja.. Hahaha..
Bila dah ada Part 1, mesti la ada Part 2 kan.. Nasib baik ada orang jual ready stock lagi even buku L's Bravo ni dah out of stock di Korea.. Bole la tambah koleksi buku.. Buku ni takde poster tapi ada special buku nota siap ada gambar dieorang bertujuh dan ada poscard juga..
Sesi ke 12, T-shirt again.. Hahaha.. ni terpengaruh sebab comel jer fans art Sungyeol dan L tu.. Hahaha.. Majoriti t-shirt yang aku beli semuanya putih kan.. Hahaha.. Putih itu bersih lagi suci habak ang.. Forever support Lee Sung Yeol and Kim Myung Soo.. Saranghae!!!
Sesi ke 13, botol air juga ni.. Botol ni pun yang last aku beli.. lepas ni dah takde nak beli2 lagi.. suka botol ni sebab dapat beg kain sekali.. tu motif utama beli.. Hahaha.. dan yang pasti tertulis 'My Yeol Bootle'.. so, jangan sesiapa berani ambil.. senang aku nak tangkap siapa yang ambil botol aku ni.. 
Dan yang terakhir merchandise aku beli untuk Infinite adalah di Korea.. memang rambang mata la nak beli.. macam2 ada.. sampaikan aku rasa nak jer beli semua tapi memandangkan duit tak banyak, kena la batalkan niat dan beli apa yang patut.. ada juga barang kiriman inspirit lain.. kebanyakkan bukan official punya.. Just official ballpen dan memo pad... Tu pun ambil yang paling murah... Faham2 jer la bila barang official ni memang mahal..
Ballpen L(Offcial).. buy at Woollim Enter.
Calender untuk kawan.. tapi jelez juga tak beli sekali..
Ni aku punya.. Passport keeper..
Sticker tu untuk kawan.. aku ambil ballpeb jer..
Gold sticker ni wajib beli.. nak tampal belakang handphone..
Ballpen L untuk kawan, Ballpen Yeol untuk aku..
Sekali seumur hidup ni jer aku beli barang official.. Hehehe

Memandangkan aku ni kaki selfie juga, maka ada la beberapa keping gambar aku dengan barang menchandise aku ni ha... sajer nak tunjuk.. *ceh..riak dah tu....*.. Takde la nak menunjuk.. just nak share kebahagian sikit dengan kawan2 inspirit lain...
Kapal terbang tu memang tak tinggal..
Infinite saranghayeo..
nasib baik tak pakai baju Infinite.. kalau tak semua nak infinite..

Walking with Infinite spirit..
Baju dan album yang sama..
Ha!! Memandangkan tak faham, so buat buku ni untuk cepat mengantuk..


Ok.. rasanya dah sampai masanya aku out.. Banyak kan barang infinite ni.. sampaikan bila masuk dalam kotak pun tak muat.. tu belum lagi cerita poster setiap kali dapat album.. Part poster tu memang akan terkubur di kotak jer la.. takdenya aku nak tampal2 kat dinding.. Kan bernanah telinga dengar leteran mak tu.. Sedangkan aku minat kpop ni jer pun dah bising2.. Sabar jer la.. orang tua susah nak berfikiran terbuka sikit.. Buat selamber dek jer la ye.. Bye2..

Tuesday, January 12, 2016

Fans K-POP??? Yes! I'm!! It's Me.. Part 1

Assalamualaikum..  요....

Dah pun masuk tahun baru.. Padahal baru rasanya semalam masih di bulan disember.. Sekejap je rasanya.. Bila teringatkan tahun baru, mesti ada diantara kita yang bercerita pasal azam kan??? Ok... Tu dah masuk entri lepas.. Kali ni aku nak mengimbau kenangan macam mana aku bole terjebak dengan dunia KPOP ni.. 

Bukan ulangtahun untuk aku meraikan kemasukkan diri ni ke arena Kpop tapi just nak mengenang kembali saat2 tersungkur, terjatuh hati dengan Korea dan dunia Kpop.. *Eh macam berulang-ulang jer ayat aku ni??? *.. Sebenarnya aku terjebak pun sebab kawan.. Hahaha.. Dulu minat dengan drama Korea jer tapi takde la sampai TERLALU MINAT.. Dulu tu rasanya before aku masuk uiversiti.. after u, dah kurang sebab takde geng dan kurang pendedahaan.. Apatahlagi bila dah bekerja.. 

After seorang budak baru masuk dalam office, aku pun terjebak.. Ni semua salah dia.. Hahaha.. Sekarang ni memang aku dah minat giler2 la dengan dunia Kpop dan Korea... Sampaikan sanggup travel ke sana.. Cewah... Infinite?? Yes!! Tu la kumpulan KPOP Idol yang aku minat.. Dulu just kenal super junior, bigbang dan 2PM jer.. Tu pun kenal nama dan beberapa lagu jer.. Now, dah kenal banyak group kpop idol dan actor and actress korea.. Infinite is my the best boy group for me.. Infinite terdiri daripada 7 orang.. Leader is Sunggyu.. and 6 member is Woohyun, Sungyeol, L(myungsoo), Hoya, Dongwoo and Sungjong...



Why infinite? First sebab aku jatuh hati dengan my bias iaitu Sungyeol dan Myungsoo (L) dan second sebab lagu dieorang semua best2.. Kebabom beb.. Third, sebab dance dieorang sangat bagus... Infinite ni ditubuhkan tahun 2010.. tapi aku baru jadi Inspirit tahun 2014.. tu pun hujung tahun.. Hahaha.. Bila minat dah beralih ke dunia Kpop, maka semestinya akan ada koleksi kan??? Dan kebanyakkanya diimport from Korea or China.. 






Aku rasa entri ni akan bersambung part 2, sebab banyak gambar yang nak dikongsikan.. dari album hingga ke merchandise pun aku beli.. support katanya.. Hahaha.. artis malaysia, takde pula aku nak buat macam tu... Sebab beli barang dieorang ni berbaloi dengan perbelanjaan yang dipertaruhkan... berkualiti maa.. Cuma album Infinite tu yang dulu2 aku takde.. mampu pinjam jer.. nak kumpulkan pun dah susah sebab rata2nya dah jadi rare dan no stock.. Tapi akhirnya berjaya juga beli beberapa album concert dan album come back mereka.. Sekurang-kurangnya ada la untuk buat koleksi peribadi kan.. 

 The first album concert aku beli...

 Second album...still concert..


 ni beli second hand from orang lain.. hehehe..

 First album (CD Only) yang aku beli.. 

Last DVD aku beli masa kat Korea.. huhu.. 

Nampak tak minat aku dah semakin mendalam?? Ni belum lagi cerita merchandise yang aku beli.. Barang2 ni bukan murah tau.. rata2nya DVD cecah RM 100++ untuk 1 album.. tu yang duit banyak berhabis kat sini.. Tapi asalkan dapat kepuasan, aku tak rasa rugi.. Mungkin dari sudut pandangan orang lain, cakap aku tak matang la, membazirkan duit beli benda macam ni baik beli makanan.. Ye.. korang pendapat tak salah tapi ni kan duit aku.. sukahati aku la nak laburkan ke mana... Hahaha.. Aigoo.. Saje jer,, jangan marah naa... 

Minat aku akan diteruskan dan aku sendiri dah merasakan bagaimana hidup sebagai seorang fans kpop... bukan senang tau.. lebih2 lagi dapat tentangan dari orang luar.. tapi apa aku kisah dengan orang mengata?? lantak la dieorang.. yang penting aku jalani hidup aku sebaik dan sebahagia mungkin before aku berkahwin.. tak tahu la nanti bila dah kawin, still berperangai macam ni.. maybe kena kurang sikit.. kang suami jelez pula.. Hahahaha..

Aku rasa seronok bila ada hobi baru ni... dapat kenal dengan ramai kawan yang sama minat Infinite juga.. tak kisah la dari Malaysia or luar negara.. 7 orang tu still dalam hati sanubari aku dan yang special antara mereka bertujuh tu akan kekal di hati.. Hahaha.. Sambung entri akan datang la... bye2...
© . | Blogger Template by Enny Law