Saturday, March 26, 2011

"aku REVIEW sambil SEDEKAH !"

Assalamualaikum..




Tuan punye blog ni bole tahan hensem juga... hahaha.. Suka sangat wat kecoh kat SB.. Blog die, nice.. Macam-macam cerita ada.. Pesanan untuk tuan punye blogger adalah sesekali kongsi la toturial... Hehehe

"Bloglist Blog Edie Trigyy : April"

Assalammualaikum..


Mood : Nak join contest lagi..


Jom ramai-ramai pi blog TRIGYY ni... 

Saya Mahu Header Percuma

Assalamualaikum..


Tetiba rasa nak tukar header.. So, ambik je la peluang macam ni.. 



Jom ramai-ramai join..

Wednesday, March 23, 2011

Hadiah Runtuh

Assalamualaikum..


Waktu saya tension or boring-boring, rajin saya buat aktiviti yang membazirkan masa begitu je.. Sebagai contohnye, berblog walking.. Kepada readers yang baru tu, blog walking ni bagus sebenarnye, kita menyelami dunia blog orang lain dengan lebih mendalam.. Tak kisah la kalau korang nak jadi silent or kepoh-kepoh blogger.. Hehehe.. Super senior blogger pon bole blog walking, tak kan yang junior tak berminat??? Bila saya berjalan-jalan, tak lupa juga meninggalkan jejak link serta menfolow blog yang saya kunjungi.. 

Ramai yang suka berkata seperti ni "U follow i, i follow u back".. Mula-mula tu tak kisah pon dengan kata-kata ni, tapi bila difikirkan balik, buat ape terlalu ramai follower kalau yang bertandang ke blog kite berapa kerat je.. Yelah, saya ni blogger yang bole dikatakan baru juga la.. Dan blog saya bukan seperti Hanis Zalikha, Cik Epal, Ben Ashari,Irine Nadia Marcello dan blogger lain yang seangkatan popularnye senang nak dapat beribu-ribu follower dalam beberpa jam je.. Pada pendapat saya, lebih suka follow blog sebab suka dengan penulisan, banyak info & Toturial yang berguna serta menyokong blog kawan-kawan... Namun tak lupa juga dalam mencari blogger baru untuk dijadikan calon kawan baru.. Hehehe.. Baiklah, cik su dah pi jauh dari tajuk.. Sila kembali semula.. Pendapat ni takde kena mengena yang masih bernyawa or dah tak kembali lagi... 

Pagi tadi saya pi pejabat DPP untuk mengambil hadiah yang diberikan oleh seorang blogger sebabnya saya adalah Follower die yang ke 99.. Follower BERTUAH la ni.. Korang tak percaya?? Klik DI SINI... Hadiahnya.. Tadaaaa!!


Eh, Tak buka lagi rupa-rupanya


Ni la isinya, Coklat Comel..

Monday, March 21, 2011

Kehilangan Title

Assalamualaikum..


Entri kali ni memang langsung dah takde idea nak bagi tajuk apa.. Mybe sebab kepala merangkap otak saya dah tersekat sikit dengan pembentukkan ayat assgmnt kot.. Huhu.. Ditambah pulak dengan tak tahu nak story mory apa untuk entri kali ni tapi tangan laju je menaip apa je yang terlintas difikiran... Hehe.. Jangan marah ye readers ku...

Pagi tadi saya punye kelas cuma ada 1 je sebab kelas lagi 1 tu BATAL.. Dengan semangat waja dan berjalan riang gembira nak pi daftar pratikum/pratikal.. Nasib baik time saya dan kawan-kawan saya sampai, dah tak ramai student.. Ok, pilihan tempat pratikum saya di Johor Bharu dan Batu Pahat.. Saya dah malas nak keluar jauh-jauh tapi ianya belum tentu lagi saya dapat dalam negeri Johor.. Harap-harap dapat la kat Johor.. Dah penat nak merantau jauh-jauh, tu belum fikir lagi kang kalau jodoh dapat orang luar negeri, macam mana pulak nak handle kan??? Huhu.. Nama pon daftar, tak sampai 5 minit dah siap..

Saya S.A.Y.A.N.G UUM

Sunday, March 20, 2011

Homework + Kopi = BUSY

Assalammualaikum...

Entri ringkas je ni sebelum saya masuk beradu... Hehehe.. Sepatutnye dah lame nak update blog ni sebab dah mula bersesawang juga dibuatnye.. Biasa la dek kesibukkan dengan aktiviti berfaedah dan kurang berfaedah, blog pon tertinggal keciciran sekali... Kasian... Su lebih baik anda move sebelum readers jemu dengan merapu kamu... Hehehe..

First nak ce citer pasai homework yang agak uniq sikit la.. Kan saya ambik bahasa Spanish, so, lecture bagi assgmnt yang mewakili 5% untuk poem spanish ni.. Dengan kerahan tenaga pemikiran, maka tercipta la hasil seni lirikkan poem yang tak berapa nak kena... Hahaha... Xpe la walaupon tak kena dengan nada dan muzik lecture yang penting cukup terma dan syarat yang digariskan.. Hehe... Tadaaa!!!!!!

Title : El Corazon

Monday, March 14, 2011

Time Study... Tetiba.....

Assalamualaikum...


Bukan ke beberapa hari yang lepas, cik Su tak nak update blog or blog walking sebab B.U.S.Y??? Pelik la sebab entri ni boleh terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang sekatan dari mana-mana pihak yang terlibat... Hahaha... Ntah kenapa tetiba je terasa nak buat semua tu... May be tension kot sebab bila stdy dalam kelas asyik main-main je... Terutamanya subjek yang bakal saya duduki mid sem exam.. Kalau dalam kelas, fokus pada apa yang lecture ajar adalah 15 minit je.. Kalau lagi hebat or hyper aktif 45 minit boleh fokus habis macam fokus 360 darjah... Hahaha... 

Ni tengah duk atas kerusi sambil study benda alah ni la... Tetiba tengok blog, rasa tangan ni gatai nak update.. Ditambah dengan tadi petang, tak boleh tido dan snap la 1 picture.. Lepas editing, tu yang tetiba teruja nak masuk dalam blog.. Fuh!! Penat menunggu picture ni masuk dalam mukabuku.. Ntah bila akan masuk, tu saya tak pasti... Sila la terjah di facebook saya... Hehe

Cincin???? *ada something tu*

Lepas ni saya MAYBE tak berblog seperti selalu... *Ayat dah merepek*.. Adios

Sunday, March 13, 2011

Mid Exam di Bulan Sibuk

Assalamualaikum...

Readers ape khabar??? Hehehe.. Ni update ringkas je.. Minggu ni and next week, saya betul-betul busy dengan mid exam dan assgmnt.. Tu belum kira lagi pasal event mangement yang nak diuruskan dan oral spanish... Fuh!!! Bole tension juga dibuatnya... Biasa la kata korang Campus Life.. Hehehe..



Tengok je la senarai homework/assgmnt, mid term exam dan aktiviti lain... Belum termasuk hal remeh temeh seperti meeting ntah apa-apa program... Hehehe...  Tarikh keramat dan bulan kritikal betul la..

Teddy tu buah tangan dr Genting tau... 
Thank You Very Much To NADIA...

Akibat kesibukan melanda bulan mac ni, saya pon terpaksa mengurangkan BW dan mengudapte segala cerita... Kalau nak update pon, mesti masa tu dah stress gileer dengan campus life.. So, masuk la zone alam maya dan blogging... hehehe... Adios...

Friday, March 11, 2011

Karok Malam Keliwon

Assalamualaikum...


"Pada waktu malam keliwon, saya pergi berjalan-jalan bersama kawan-kawan... Tak takut dengan bayangan kak pon dan pokeling"..... Bermula dengan adegan berlari-lari anak untuk mengejar bas unic syimbol... "Berlari berkejaran, seindah bunga di taman uum, bak gunung nan megah kawanku puja, terima kasih nadia, kejar bas tu"... Hahaha... Asalnya perjanjian pertemuan pada pukul 8 Malam, tak tersangka kami lewat 15 minit... Nasib baik, sempat menahan bas tu dari bergerak jauh meninggalkan kami yang terkedek-kedek kejar bas.. Alhamdulilah... Happy sakan kami dapat naik bas tu... Kaki dah tak sabar nak sampai ke CMart... Sesampai je kat sane, pergh!!!! Ramai betul mahasiswa/si yang mahu pulang ke kampus, kami je yang mahu ke CMart... Tapi tak ramai la yang keluar waktu macam ni.. Kang nanti nak balik, jalan kaki pulak.. Hehehe.. Move!


Sesampai je di destinasi, kawan saya, sikin ni terus ke kaunter pertanyaan dan pembayaran.. Lagi 2 orang kawan saya, membuat tinjauan bilik karaoke yang THE BEST... Huhuhu.. Kami telah membeli 20 lagu untuk dinyanyikan bersama-sama.. Kiranye seorang akan menyumbangkan 4 buah lagu.. Adil kan??? Dimulakan dengan ashikin... Tengok je la gaya die bernyanyi... Hahaha... Comel kan??? Sopan sungguh dia duduk tu.. 




Mari memilih lagu yang diidamkan

Friday, March 4, 2011

Penangan F4

Assalamualikum..


My BFF tengah melayan cerita Boys Of Before Flower... Mesti korang tahu kan cerita ni... Antara cerita cinta yang paling popular di Korea tapi bukan setakat kat Korea malah di tanah airku yang tercinta  ni pon, ramai peminat drama ni.. Mana taknya, pelakon-pelakonnya comel, hensem dan cun beb.. Memang takdenya korang boleh jumpa muka-muka macam pelakon tu kat Malaysia... Huhuhu.. Saya???? Terus terang tanpa bersuluh, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa saya BELUM lagi menonton drama ni.. Tapi tahu la serba sedikit sinopsis drama kegilaan wanita/remaja/belia kita... Hehehe..  Serius ni, jejaka F4 ni COMEL!!!! Tapi sayangnya, herionnya kurang mendapat sengatan pada diri saya.. Jika dibandingkan herion drama Meteor Garden dan Hana Yori Dango.. Ok.. Move!!



Contest : PEREMPUAN/LELAKI MELAYU TERAKHIR

Assalamualikum...


Wah!!!!Dah lame saya tak join apa-apa contest yang dianjurkan mana-mana blogger pun.. Sadis seketika... T_______T... Contest ni telah di tag kepada saya oleh CIK SARA ASPALELA... Baiklah.. kita terus ke syarat dan terma contect ni.. 



Thursday, March 3, 2011

Kembar berlainan Ibubapa

Assalamualikum...

Hai semua readers... Dup.. Dap... Dup... Dap... Jantung saya berdegup kencang bila dapat tahu kejap lagi blok saya akan di check oleh UK(unit keselamatan) dan pengetua serta felo... Gayanya seperti saya ada bawak barangan terlarang pulak.. Ada or tak, tu belakang kira.. Yang penting RELAX... Buat muka biasa je.. Seperti TIADA kesalahan langsung... Hahaha... Jom relax dengan cerita lain..

KEMBAR????

Apa yang korang dapat lihat dari gambar tersebut??? Korang mesti akan cakap "Kembar ke?" Hahaha... Serius kami memang kembar... TAPI berlainan Ibubapa la.. Muka saya ada seiras sikit kan dengan Marshanda??? Sila jawab 'YA', jika anda pandai menilai wajah saya... Hehehe.. Macam mana saya bole terperasan yang muka saya ada iras sikit macam Marshanda ni???? 

Ceritanya begini, pada suatu malam yang indah dengan bintang-bintang bertaburan di langit dan saya hanya mampu mengcahayakan diri dengan lampu belajar sahaja.. Semasa saya sedang ber'chat' dengan my friend di FB, tetiba die memberitahu yang muka saya 'SEIRAS' dengan Marshanda.. OMG!!!! Tak pernah orang lain memuji saya sebegitu rupa... Terus pi kat google image and search picture Marshanda.. Ternyata... Muka saya ada iras sikit dengan dia.. Tapi tak tahu tang mana yang sama.. Dan yang paling penting, kami berdua 'COMEL'.... Hahaha... Pasai comel tu memang tak dinafikan ramai yang udah bilang pada gue... :)  Perasaan riak dah mula bertandang... Cepat halau perasaan tu.. Kang saya akan bersiap sedia untuk pi audition berlakon dengan Baim Wong pulak.... Volum perasan sila direndahkan ye cik Su... Move!!

Terima kasih banyak-banyak kepada Nurfaeezah Ruhaizad sebab telah menyedarkan saya... Selama ni saya tak tahu pun... Nampaknya dah  3 orang yang saya dah jumpa, pelanduk 2 serupa saya.... Anda sudah jumpa ke??? Adios..

Wednesday, March 2, 2011

Sesi Fotografik persendirian

Assalamualaikum...


Hai-hai semua... Tapi belum Bye-Bye Ok.... Terasa seperti dah berbulan-bulan saya tak kasi ini blog makanan... Kasiannye.. Kalau la blog ni boleh berbicara pasti ia akan meraung-raung untuk bertukar tuan tanah... Huhuhu.. Apakan daya blog ni, ianya hanya sekadar realiti di alam maya.... Hahaha.. Kesibukkan saya dengan pelbagai aktiviti yang agak memenatkan dan diplus dengan assigment bagaikan Gunung Jerai.. Maka, blog pun bersesawang dengan entri dulu-dulu.. Move ke hadapan ye Cik Su.... Hehehe

Last sunday... Saya hanya ada 2 kelas je tapi lepas 1 kelas habis, pi la ke kelas terakhir... Dengan semangat ni nak belajar, tup..tup...tup... My lecture, Cik Ila mai and memberitahu yang kelas kami BATAL..... Pergh!!!! Perasaan masa tu bercampur baur seperti salad ala Spanyol yang digaul dengan mayonis tu... Ada perasaa SUKA+GERAM+PENAT=HAPPY... Formula apa ntah yang saya guna untuk tafsirkan perasaan saya masa tu.. Maju ke depan lagi..

Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi, saya pun buat keputusan pi berlegar-legar ke Dewan Mas untuk bersesi photografi persendirian... Sebelum sampai masanye saya melangkah pergi dari UUM ni dan sebelum hari konvo yang sememangnya akan menjadi ramai orang, keputusan sebegini la yang sepatutnye kami ambil... Hehehe.. Jemput la view gambar saya di bawah...

Gaya yang agak mengedik sikit


Bunga-bunga berkembangan
© . | Blogger Template by Enny Law