Wednesday, November 25, 2015

Seoul Day 5 - Kembali Pulang.. Bye2 Seoul

Assalamualaikum.. Hye...

Ni baru nak update sebab mencari mood untuk menulis lagi.. Hehehe.. Mood masih berangan teringatkan korea sebenarnya.. Aku punya flight pukul 9 pagi.. So kena la bangun awal hari tu.. Gerak dari hostel pukul 6 pagi.. (masa dalam gambar adalah masa waktu di Malaysia).. 

Sedih la nak meninggalkan korea.. even aku cuma duduk di sini 8 hari tapi aku bole katakan yang aku dah jatuh cinta di negara Korea.. Aku rasa selesa di sini.. Aku sukakan budaya dieorang.. dan kemudahan awam yang sangat tip top.. lepas tu dengan sikap masyarakat di sini juga.. banyak benda baru aku belajar di sini.. tempat dieorang memang bersih... susah sangat nak jumpa sampah bersepah2..

Masa dalam bas tu, sempat la snap untuk di jadikan kenangan dan pengubat rindu di sini.. tak nak balik!!!














Nak ke tak nak aku tetap kena balik.. lepas masuk bagasi, duduk kejap untuk breakfast before masuk gate untuk ke imigresen.. Dah niat dalam hati nak datang lagi ke sini kalau ada rezeki lebih...Harapkan perjalanan aku pulang ke Malaysia berjalan lancar dan selamat..


Ni dah sampai TBS.. nak balik umah..

Apa yang sempat aku bawa balik Malaysia??? Selain barang2, aku sempat bawa Banana Uyu (4 botol), balance minum Orange Juice 100% Jeju Island dan Honey Tong Tong.. Ni semua aku makan.. Lepas ni dah tak jumpa di Malaysia.. Nak kirim orang belikan, payah pula.. tak kan nak mengepos makanan pula kan... Mesti akan merindui Banana Uyu sebab sepanjang di Seoul, setiap pagi aku minum.. 






Untuk cenderhati pula.. korang bole tengok la post2 entry aku sebelum ni sebab di setiap tempat aku sudah bagitahu aku sempat beli apa jer.. Yang untuk entry ni tak banyak gambar sebab emosi tak stabil.. Kalau bole tak nak ucapkan selamat tinggal Korea.. Dan yang pasti aku akan datang ke Korea lagi.. tu wishlist aku yang terbaru.. Ok.. Daa...

Seoul Day 4 - PART 1 - Everland Theme Park

Assalamualaikum.. Halo.. Halo..

Hari ni ke 2 terakhir di Korea... Sedihnya nak tinggalkan korea ni.. destinasi hari ni hanya 1 jer iaitu Everland Theme Park.. Di korea ni, yang aku tahu 2 tempat theme park yang sangat popular.. 1. Everland theme park.. 2. Lotte world..

Everland theme park ni sangat luas.. lebih besar daripada aku pernah pergi di USS dulu.. If Lotte world aku tak pernah pergi tapi rasanya di sana banyak game indoor.. kalau nak tahu sejarah everland bole la korang klik link sebelah ni.. Everland Theme Park

Aku pergi hari isnin, so bajet la tak ramai orang.. sekali dah sampai sane.... Hahaha.. ambik ko..ramai juga la cuma tak terlalu sesak sampaikan tak bole berjalan.. dari kanak2 tadika sehingga warga emas pun ada... tu belum lagi yang mak bapak yang baru ada baby.. siap bawa pi sini lagi tau..
Tadaa!! Akhirnya sampai di sini..

Aku teringin nak pergi sini bukan sebab nak sangat main game tapi terpegun dengan decoration theme park ni... Ternyata tak mengecewakan datang jauh2.. dan aku tak main game di sana... Hahaha.. Mesti korang akan cakap,'Rugi besar la tak main game, dah la masuk tempat macam tu mahal..'.. Faham dah.. aku ni agak penakut dan akan pening bila dah naik benda yang laju2 dan berpusing2.. 




Actually banyak tempat yang menarik dalam ni.. Tempat bermain game tu yang di tanya la.. pelbagai peringkat umur ada.. mulanya memang excited la masuk dalam ni.. tengok dari luar je dah nampak gah, belum lagi pusing2 dalam tu.. Meh tengok dulu gambar aku yang tak berapa nak pandai ambil gambar.. hehe..
Memandangkan masa aku pergi ni sudah bermulanya pesta Halloween, maka akan banyak la pelbagai kostum2 yang menakutkan.. Takut ke??? dan labu tu menjadi main theme dalam Everland ni.. Kiranya aku bertuah la dapat melihat kemeriahan untuk menyambut pesta Halloween ni.. Kat negara sendiri mana ada maaa...


Sempat juga melayan Hologram BigBang ni.. Daebak BigBang!!!
Pelbagai emoji hantu tergantung tu... ada yang lucu.. Hahaha
Pororo Time!!!
Pokok ni di waktu malam lagi cantik
Wrong timing pula!! Ada actor extra kat belakang..

Sempat layan LINE kejap..


Waktu ni muka dah pening2 sebab baru lepas main game pusing2..

Memandangkan aku ni dah tak sihat selepas menaiki dan menikmati game yang pusing2 dan laju dan tinggi, maka dengan itu, aku terus GIVE UP.. Berputus asa nak main game.. Rasa pening sangat sampaikan nak pengsan pun ada.. Nak muntah tu jangan cerita la.. Cuma tak termuntah sebab muntah tu tak nak keluar.. Kak emi dan aiman je yang pergi main game sana sini.. Aku dengan si Sha ni duduk jer kat mana2 kerusi.. Terus berehat dan menenangkan diri sebelum pengsan.. Hahaha.. Agak lama juga la rehatkan kepala ni.. Lepas tu cari apa yang bole dimakan.. bagi hilangkan dan kurangkan sakit kepala.. Dan lepas tu baru berjalan lagi..

Palli.. Palli!!! Kiss me!!!

Untuk tak nak rasa pening bertambah2, aku jalan2 la dekat area berdekatkan.. memandangkan si sha tu masih belum ok, aku pun tak pergi jauh.. Aku rasa kurang puas hati dan kurang seronok sebab takde geng nak ambil gambar.. sedih la.. Kak emi dan aiman dah berlayar main game.. So, terpaksa la aku sorang2 berjalan ambil gambar sekeliling.. Actually nak juga bergambar dekat bangunan yang comel2... Dah la lupa nak bawa monopod... nasib kurang baik...







Lepas jer berjalan di kawasan tu.. si sha pun dah ok sikit.. aku pun ambil peluang berjalan2 sorang2 dekat taman.. Serius memang cantik sangat landskap taman everland ni.. Pokok yang dieorang potong tu sangat kreatif.. aku rasa macam tak nak balik jer.. actually agak lama juga aku spend time kat sini jer.. pastu tengok gelagat couple2.. Hahaha.. Jom usha gambar apa je yang sempat aku ambil..

Ada banyak LOVE di situ..

Nasib badan la tak dapat bergambar di sini..


Pokok bentuk pingguin.. Sangat cantik..

Ni aku tak tahu bentuk apa.. yang pasti ada LOVE..

LOVE again..
Tu aku rasa bentuk tanduk syaitan.. Hahaha

Try asah bakat dalam dunia photographer..
Meninggalkan kesan tapak kasut lagi..
LED punya bunga.. malam mesti cantik..

Ni jer yang mampu tangkap...



Bila kak emi dah mengajak pulang... belum betul2 pulang la.. cuma ajak keluar dari kawasan taman, ada nampak beberapa kenderaan untuk persembahan sempena Hallewoon ni.. Decoration kereta berhias dieorang ni memang tip top la...

Sempat lagi oppa ni senyum kat kamera kita..





Kreatif!!! Cat yang tengah menjerit.. naik semua badan..
Cat yang comel dengan LOVE..

Ni mini land untuk everland..



Labu tu bersepah2 kan..
Yang ni aku tak sure seni bina apa...

Maaf aku tak naik yang benda di belakang tu..



Zon seram.. pun tak masuk.. jalan2 jer..


Tak masuk sebab rasanya masa mencemburui aku.. Hahaha..

Lewat petang pula masuk Safari.. melihat binatang.. at least dapat la menenangkan pemikiran dan santai2 jer.. Lepas jer kuar safari ni dah lewat petang.. Kak emi ajak la masuk zon remaja.. tak ingat la nama game tu... yang psti game tu still pusing2.. hahaha.. Layankan jer la.. cuma menunggu tu yang take time lama.. Keluar je dah gelap.. Hahaha..

Terus tengok jam dah pukul 8.. so nak ambil jalan mudah, kak emi ajak naik cable car.. tak jauh pun cuma ni punya cable car agak menyeramkan sebab just pakai safety belt yang di pinggang hadapan je.. Aku tak sempat nak ambil gambar sebab badan dah tak tahan sejuk... Hehe.. Nak berjalan kaki naik semula ke pintu utama memang dah tak larat la..

So, before keluar Everland, ada juga singgah dekat eveland shop.. ingat nak beli la FZ yang ada tertera Everland and 'made in Korea'... sekali tengok2 xde pula.. ada juga tapi agak mahal.. t-shirt pun tak banyak pilihan.. aku rasa sebab aku tak dapat pergi banyak kedai di sini... masa sehari memang tak cukup la.. dengan nak main game, masa menunggu.. nak bergambar.. nak tengok2 setiap kedai dan bangunan.. Tempatnya luas sangat..

Next time kalau ada rezeki ke sini.. aku nak masuk kedai LINE tu.. siap ada cafe lagi.. kalau aku masuk situ hari tu, mesti ada banyak barang LINE yang beli.. Hahahaha.. Aku balik dekat pukul 9 lebih la.. tu belum sampai hostel lagi.. Yang pasti malam tu tido lambat tapi kena bangun awal sebab esoknya dah nak balik Malaysia..
© . | Blogger Template by Enny Law