Monday, November 2, 2015

Seoul Day 3 - PART 1 - Gyeongbokgung Palace

Assalamualaikum...

Bermula la hari ke 6 aku di Seoul.. Bangun pagi lagi tapi hari ni agak relax sikit la.. Actually pagi ni sepatutnya kami ke Mount Sorak tapi kami canceled last minit... Jauh perjalanan ke sana.. Maybe next time datang baru pergi sana.. So, permulaan pagi berjalan di Seoul ke Gyeongbokgung Palace...

Gyeongbokgung palace ni merupakan istana paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasi Joseon. Kedudukannya sangat strategik sebab dilindungi oleh Gunung Ganang di Utara dan Sungai Han di Selatan. Istana ni dibina pada tahun 1395 selepas masihi.. Istana ni sangat besar tahu tak.. agak berjam juga la di sini.. Tu pun skip juga tempat dalam istana ni..

Suasana pagi.. dah mula ramai orang..
Tembok utama depan jalan..
Ni alat tradisional Korea.. tak tahu namanya
Muka macam baru bangun tido.. Hahaha
asalnya ni tempat tangkungan air pada zaman dulu
Laluan tangga untuk Maharaja ditutup.. Lalu di laluan menteri sahaja


Ruang utama dalam istana.. bangku untuk Maharaja
mangkuk untuk tadahan air lagi..
Jam zaman dahulu kala

Tempat belajar putera raja..

Suasanan dalam istana ni sangat sunyi dan nyaman.. Dah la besar dan luas.. banyak bilik pula tu.. pintu tu jangan di tanya, banyak pintu la.. Aku paling suka tengok seni bina istana ni.. Cantik dan sangat kreatif.. Warna yang digunakan pun sama rata.. Tak semua tempat kita bole pergi.. ada yang dikunci untuk pelawat dan ada juga yang masuk sana.. Aku rasa tiket yang kak emi beli tak termasuk beberapa tempat dalam istana ni.. Maybe sebab kami pun kejar masa kan..
Nampak tak bertapa jauhnya perjalanan
Relax sekejap di sini
Muka toya jer si akk sorang ni..
tahu tahu nak ikut pintu mana satu..
Jom terokai istana bersama saya..

First time aku ke sini dan sangat teruja dengan hiasan dalaman di setiap sudut dalam bilik yang berbeza.. dengan ukiran di bumbung yang berbeza.. Walapun aku ni bukan minat sejarah sangat, tapi pergi sini menambahkan pengetahuan aku dan melihat sendiri kemegahan istana ni..

Jalan belakang di suatu tempat
Rasanya ni bilik pemaisuri..
Ukiran yang kreatif..
Akhirnya dapat juga tempat kosong.. Hehe
Ni la tempat yang aku biasa nampak dalam gambar
Masa ni bunga teratai mula nak berkembang.. penuh 1 tasik..
Kali ni melayan perasaan pula

Setiap bilik akan ada 'penjaga' masing2..

satu2nya tempat tak berwarna

Istana ini kaya dengan senibina tradisional Korea. Di sini juga kita dapat menyingkap sejarah kegemilangan Dinasti Joseon Korea. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. hari ini, Gyeongbokgung menjadi simbol semangat jitu masyarakat Korea Selatan.

Kami pun berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, kami pun sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan. Di sini memang agak ketat sikit kawalan.. Nak bergambar pun jadi gambar formal.. hehe..
Blue House di belakang tu..

Ni la tempayan untuk di isi kicap or anything..
Dapat tengok dari jauh.. terpaksa skip..
Korea.. Let's begin your story.....


Dah puas berjalan... dah beberapa kali berhenti rehat, maka berakhir la perjalanan kami di sini.. Maybe next time bole datang lagi sebab tak semua tempat aku dapat pergi.. Sangat besar dan luas ok..
Meh bergambar sebelum balik..
Pastikan anda berada di sini sebelum meninggalkan istana
With my bodyguard
The leader man of my bodyguard.. 

Senang cakap, tak rugi pun datang sini.. Korang dapat melihat sendiri senibina dan sejarah setiap bilik di sini.. cuma korang kena ada kekuatan kaki sebab hanya berjalan kaki ke sana ke mari.. pastikan ada bawa air ok.. Dalam ni tiada kedai cenderhati dan kedai makan.. Hehehe.. Ok... next destination pula ke mana.......bye2..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law