Saturday, December 24, 2016

Seoul -> Busan - Day 9 Kakao Friends Store & Ryan Cafe & Innisfree at Gangnam

Assalamualaikum..

Ok.. Lepas check in kat Ramada Hotel, kami lepak2 kejap kat hostel.. kasi ambil feel katil dengan bantal tu.. hahaha.. lepas tu kami terus ke Gangnam.. Bukan nak cari oppa Gangnam style ok.. tapi nak pergi ke Kakao Friends Store & Ryan Cafe.. memandangkan Ryan ni sangat popular di Korea, dah semestinya kami akan terjah... ala.. ambil2 gambar jer.. nak beli barangan official, haih.. memang tak mampu la.. mahai nak.. sekadar mampu tengok2 je.. Hehehe

si big giant.. si Ryan dan his friends..

Kakao Friends Store ni yang aku tahu area Gangnam tapi sekarang dah banyak branch.. Macam Line Friends Store tu la.. Lagi 1, baru2 ni baru buka Museum Kakao Friends ni kat Seoul tau.. Aigo... time aku dah balik, time tu la banyak benda yang best2 dan trending nak muncul.. sadis la macam ni.. Kakao ni ada 3 level.. 1st level ada jual barangan macam stationery dan botol air dan juga Ryan yang besar2..

together happy with Muzi & Con..

2nd level pun ada jual barangan juga.. macam payung, t-shirt dan pelbagai barangan lain.. paling murah pun aku jumpa key chain span gambar Muzi.. haha..

Tobe sedih sebab kita pinjam kasut dia..

Hi awak yang comel tu..

bersama si apeach yang menggoda tu.. gedik naaa..

saje ye nak menjeling kat kita yang tengah date ni..

yang ni paling murah ok..

i pinjam earphone awak la..

3rd level pula ada cafe.. menjengah juga.. ingat nak ambil gambar kat sebelah si bear Ryan sekali dah ada orang duduk minum.. cis.. tak dapat i nak tunjuk pada hangpa semua.. kami tak beli apa2 pun, jejalan samping tengok2.. pastu ada la nampak si couple ni bawa bear Ryan yang agak besar.. maybe untuk gf dia la tu.. alahai untuknya awak.. Memang tak lama kat sini.. buat masa terbuang bila nak ambil gambar sebab kena beratur ye... 

Lepas pergi ke Kakao Friends Store, kami singgah ke Innisfree sebab wawa ada nak beli barangan cosmetic dan sekali i terpandang 1 sudut untuk mencuba VR bersama Lee Min Ho.. apalagi si wawa ni kan peminat no 1 Lee Min Ho, of course la dia mencuba dulu and the baru i try.. ingatkan tak try sebab take time lebih kurang 7 minit.. tapi bila dengar wawa cite tu macam best je.. apa lagi try la.. Serius best sangat!! Dah rasa macam ko memang dating dengan Lee Min Ho tu.. Siap ada part dengan degupan jantung dia depan mata... Haha.. Bila pakai VR ni memang dah rasa macam 4D la.. pastu seolah2 Lee Min Ho tarik tangan ko... berlari bersama dia.. Ish.. nak ulang semula bole tak?? Gatai.. aku ada bagi video ni tapi korang cuma bole nampak reaksi aku je la..


Lepas dah penat bermain dekat Innisfree, kami cadang terus balik hotel.. memandangkan dah penat sebab berjalan jauh hari ni dengan usungan luggage tu kan.. dan kami perlu mencari exit yang terdekat untuk kami sampai ke station subway kerana masa nak check in tu, dah salah keluar exit.. agak jauh juga nak ke hotel.. tahu yang ada exit terdekat tapi terlupa nak ingat jalan sebab exit terdekat tu kena lalu underground shopping mall... aish.. balik tu memang blur2 la kami.. aku terus blur.. lagi 1, kami turun kat station lain dan keluar ikut station lain.. sudah... kiranya keluar dari train subway nak ke exit berdekatan dengan hotel, ambil masa lama la nak berjalan.. tapi tu semua pengalaman.. tak pernah dirasa sebelum ni lalu kat underground shopping mall station..

sempat beli ni kat GS25.. memang dah target nak try Line punya air tu..

coffe uyu!! new flavour..

Malam tu kami lepak kat hotel je sambil tengok tv.. si wawa dah busy dengan oder dia.. esok lusa dah nak shopping barangan yg customer dia oder.. so, kita ok la kami balik awal.. aku yang kebosanan ni... last2 layan tv sambil online.. ok, see u tommorow..

Seoul -> Busan - Day 9 Yeouido Hangang Park & Mabongnim Halmeoni Tteokbokki, Sindang Tteokbokki Town

Assalamualaikum..

Lepas melawat kawasan, kami singgah sekejap kat Yeouido Hangang Park ni.. nak bawa si wawa berjalan sini time cuaca yang elok.. next time bole datang lagi sambil menungang basikal di waktu petang... trip kali ni pun tak sempat nak menungang basikal..

sempat lagi bergambar kat tengah2 panas tu..

nak nampak Namsan Tower punya pasal buat gambar macam ni..

Orang lain waktu tengahari pergi makan, kami pergi taman pula.. hahaha.. ambil udara segar sekejap sambil dengar bunyi air dengan angin yang sempoi2 bahasa tu.. kiranya 30 minit juga kami lepak sini.. lepak bawah jambatan.. sambil tu fikir nak makan tengahari apa? dan kat mana?? pastu aku tanya wawa, pernah makan tak Tteokbokki yang siap ada ramen tu.. dia cakap tak pernah.. so, aku dengan cepat jawab, "Dah, jom pi makan kat Sindang Town".. hehe.. pengalaman tahun lepas aku makan kat sana.. tapi masa tu waktu malam, kali ni nak pergi waktu siang, risau juga kalau salah bagi panduan... Hahaha..



Siap, lepak2.. terus ke Mabongnim Halmeoni Tteokbokki kat Sindang Town.. setahu aku setelah buat kajian, memang ada 1 kedai makan yang biasanya pelacong Msia pergi dan kedai yang sama aku pergi last year.. cuma masa tu tak ingat nama kedai.. main masuk je dengan kak emi.. haha.. kali ni aku harap tak sesat la.. sebab Sindang Town ni banyak kedai Tteokbokki.. dah memang kawasan dia.. so, kena pilih kedai yang ok..

Mula2 tu cari macam tak yakin bole jumpa bila dah sampai kat Sindang Town, akhirnya kami guna maps la cari kedai makan ni.. aku pula yang pelik.. padahal kedai tu sebelah kami berdiri je setelah rasa berada di jalan yang betul.. siap tanya pada wawa.. (padahal wawa pun tak pernah sampai sini).. nampak tak dah nampak kurang pandai di situ.. haha.. akhirnya setelah sempat cari 1 blog ni, betul rupanya kedai yang kami sampai tu.. apa lagi, perut dah berdansa kan, kami masuk je la..

Nanti ahjumma tu tanya, makan untuk berapa orang.. kami berdua je.. tapi kalau korang datang berempat, better ambil hidangan untuk 3 orang makan sebab penuh 1 kuali ko dieorang punya bahan.. 

my favorite jeruk lobak putih..

tada!! 2 orang makan tau.. bertapa banyaknya..

benda ni akan masak depan mata korang.. isinya ada tteokbokki, ramen, fish cake, telur (warna telur macam telur pindang),sayur-sayuran, mee,daun bawang dan keropok (yang betuk macam karipap tu) serta perencah.

Memang kenyang la makan benda ni.. sampai ke malam korang bole save tau.. kali pertama si wawa nampak, aku rasa muka terkejut dia memang tak bole disembunyikan.. hahaha.. nasib la si wawa ni kuat makan, bole la banyak dia habiskan... haha

gaul jangan tak gaul cik kak..

makanan ni memang sedap.. aku keje habiskan ramen tau.. hahaha.. nasib la si wawa kena makan benda lain.. tapi akhirnya berjaya juga.. tinggal sikit je.. telur pun 1 biji je makan.. sebab dah terlalu kenyang..Tteokbokki tu memang sedap.. kali ke 2 aku makan.. Haha.. dah kenyang perut kami ke destinasi seterusnya ok.. Tapi sebelum merayap, kena la check in hotel tu.. timing dah kena tu.. Kaja!!


Macam Mana nak ke Tteokbokki, Sindang Town:
Metro Subway: Sindang Station, Exit 8.

Seoul -> Busan - Day 9 SBS Building & MBC Building

Assalamualaikum...

Pagi ni check out from Hanok 24GH .. So, kami tak nak kejadian semalam berulang kembali, kami terus ke RAMADA Dongdaemun Hotel.. Biasanya hotel akan ada tempat untuk simpanan luggage sementara nak tunggu masa check in.. Hotel ni adalah hadiah dari wawa sebab menang contest anjuran KTO Msia.. kiranya aku ni menumpang sekaki la.. free selama 4 hari 3 malam termasuk 1 hari tour bersama agent yang bertauliah..  

Lepas je inform kat kaunter dan tinggalkan luggage, kami terus ke SBSB Building ni.. mana tahu ada terjumpa pelakon ke kan.. Hahaha.. first time nak ke sini tau.. misi kali ni memang ke arah kejar idol dan entertaiment la aku rasa.. senang je sebenarnya nak sampai ke sini tapi di sini tak bole masuk dalam bangunan tu memandangkan takde apa2 hal yang berkaitan.. tak macam kat kbs.. hehe

dari kejauhan dan nampak SBS punya lambang.. abaikan muka yang gelap..

jangan jelous na i jumpa poster besar ni..

Area kawasan ni biasa je.. takde la menarik sangat memandangkan takde exhibition hall atau tempat untuk orang awam masuk.. so, kami pun decide buat 1 pusingan tawaff dan balik.. mana tahu terjumpa pelakon.. ceh.. berangan lagi.. 
 
aku rasa ni tapak tangan orang berjasa dalam membangunkan SBS ni
 

dah takde keje, asyik tangkap gambar ni je..

landmark utama SBS..

gambar bendera SBS tu penting ok..

bila agaknya dapat bekerja kat dalam ni ye..

signbord pintu belakang ni..

Habis sudah buat 1 pusingan ni.. kami berhenti2 kejap juga kat pintu utama bangunan ni tapi nampak sunyi je.. takde bayang2 ada pelakon pun.. hampeh la.. penat2 datang dari kejauhan ni.. maybe kami salah timing kot.. hahaha.. so, sebelum sampai ke SBS building ni, ada 1 taman.. so, kami lepak la kat situ kejap sambil minum air.. ala.. beli je air kat mesin "kedegang".. mesin kotak air tu la.. haha.. ni salah 1 cara aku nak habiskan duit syiling.. 

the best part in the picture..
nak juga perkataan "SBS" tu.. hehe

Lepas lepak, kami teruskan ke MBC building.. asalnya memang ada list nak ke MBC Building yang kat Digital Media City(DMC) tu tapi agak jauh.. so, tak jadi la.. MBC building kat sana yang betul punya entertainment dan siap ada exhibition hall lagi.. (rasa menyesal je tak buat keje gila pergi sana..sob..sob..sob..)

Seterusnya  kami ke MBC Building yang lama kot.. sebab sunyi je area situ. Kebetulan kami sampai timing orang keluar pergi lunch.. so, nampak la sekumpulan oppa2 yang smart nak pergi makan sambil berjalan kaki.. Hahaha.. yang ahjussi pun ada.. jalan di situ agak sibuk juga.. ada juga yang memandang kami dengan pandangan pelik.. ntah2 pelancong mana la sesat kat area situ.. hahaha.. apa yang dibuat dan dicarinya la tu.. ok.. menyindir diri sendiri nampak.. Hehe..
 
wajib ambil depan landmark ye..

Selesai bergambar, kami teruskan ke destinasi yang berdekatan.. sebenarnya nak singgah kejap ke Yeouido Hangan Park.. hari tu pergi dalam cuaca yang hujan, so, kali ni cuaca panas pula.. nak lepak santai2 kat area sungai Han kejap sebelum balik Msia ok.. 

Macam Mana nak ke SBS Building:
Metro Subway: Omokgyo Station, Exit 2. Keluar dari station tu akan nampak building SBS. Kena terus berjalan dalam 5 minit untuk sampai. korang jangan terkejut pula masa nak cari exit.. station ni ada gabungan ke shopping complex.. so, pastikan korang cari exit betul dan rasanya dah siap tanda arah kat station tu..

Macam Mana nak ke MBC Buidling:
Metro Subway : Yeouinaru Station, Exit 4.. korang jalan terus je dari keluar station.. perjalan ambil masa lebih kurang 10 minit.. korang akan cross T-Junction dan depan jalan besar akan nampak  MCB Building..

Thursday, December 22, 2016

Seoul -> Busan - Day 8 Super Moon Float Event in Jamsil

Assalamualaikum..

Ok.. ni last destinasi kami untuk hari ni.. rasanya kami akan pulang awal sebab penat menarik luggage masih terasa.. hehe.. so, last kami ke Super Moon Float Event.. event ni memang tak rancang nak pergi tau.. tapi sebabkan Jamsil Station ni tak jauh.. dan 1 line je dengan Konkuk Univ.. so, kami teruskan je.. lagi pun bukan  selalu dapat tengok event macam ni dan hari ni pula last day event ni..

Asalnya aku pun tak pasti apa fungsi event ni sebenarnya.. kenapa dipanggil "super moon"??? tapi malas dah nak fikir.. aku terjah je la.. haha.. Actually event ni untuk mewawarkan kepada orang ramai yang tahun ni kita bakal melihat "super moon" yang jarang berlaku.. ceh.. memandai je aku ni.. tapi event ni bila malam "super moon" akan bertukar warna.. super moon ni dengan diameter 20 meter besar dicipta oleh  American public art project FriendswithYou. "The artwork represents the moon shining down without reserve on people who may be feeling alienated by the dark night. Super Moon will appear to float on Seokchonhosu Lake from 6PM, gradually changing through a rainbow of colors as the month passes."


welfie before "super moon bertukar warna"..


Kebetulan kami kat sini lebih kurang pukul 5 pm lebih.. so, menunggu juga la ke pukul 6.30 pm.. kat sini 6.30 pm dah gelap.. seakan2 dekat pukul 7.30 pm...

dari kejauhan.. kat depan tu dah penuh orang nak selfie..

jangan tanya kenapa muka i macam tu..
 
gigih nak welfie juga dalam keramaian orang di situ..

welfie kali ke 2 tak berapa menjadi..


Aku ada sertakan video sekali untuk tatapan korang.. video just "super moon" bertukar warna dan suasana yang ramai orang.. sebab belakang Seokchonhosu Lake & Lotte World Mall Avenuel Art Hall.. 




Pororo!!!

Event ni tak tahu la bila akan ada lagi.. so, kalau korang berpeluang pergi Korea secara backpakers atau tanpa agent, korang bole la join pergi mana2 event yang fee.. Tak rugi pun kalau korang pergi.. Malah korang akan nampak lagi banyak ragam orang local korea.. 

Macam Mana nak ke Seokchonhosu Lake:
Metro Subway: Jamsil Station, Exit 1 @ 2.. Korang jalan 5 minit je dari station.. ada bangunan Lotte World Mall Avenuel Art Hall.. lake tu sebelah kiri bangunan.. kiranya  kawasan belakang ok..

Seoul -> Busan - Day 8 Common Ground Complex & Mouse Rabbit Cafe

Assalamualaikum..

Dah rehatkan sekejap kaki ni, dah puas hati dengan GH tu, kami pun berangkat keluar la.. hehe.. perjalanan ambil masa 30 minit guna subway.. so, aku bajet la lebih kurang 45 minit sebab berjalan tak la selaju sangat.. tu belum kira bab berjalan time transfer line.. Hehehe.. So, kami gerak ke Common Ground Complex.. Tempat ni merupakan shopping mall berkonsep kontena shopping mall.. rata2 pengujung adalah student univ sebab area Konkuk Univ kan.. 

Apa sebab aku nak ke sini, salah satu sebab, tempat ni merupakan lokasi pengambaran MV Infinite - Lately Showtime 2015 masa Christmas tu dan kebetulan 1 station dengan Mouse Rabbit cafe.. so, berjalan la aku ke sini..tempat ni pun popular juga dalam kalangan pelancong muda mudi ni..

Tada!!! abaikan muka yang sememeh tu...

Besar takde la besar sangat tempatnya cuma banyak part la.. ada bar juga.. kami sekadar lalu je.. dan berjalan di dalam shopping mall tu.. kedai banyak jual baju, aksesori, ada juga cafe.. ok, cafe dalam MV Infinite pun aku tak jumpa.. belah mana ntah.. hahaha.. first time datang, plan nak la bergambar dekat kontenan tu yang berlatarbelakang warna biru tapi tak jadi sebab ramai pula orang lalu lalang.. segan kami ni...

kebetulan tengah ada program kat sini..

https://pic.pimg.tw/shannysnote/1451751052-23338820.png?v=1451751281
Google je..

Ni jual soju dan arak ok... jangan korang main duduk je.. ok, ada model tengah buat photoshoot kat situ..

next time bole la lepak kat sini lagi..

konsep kedai memang cantik tapi tak sempat nak snap sebab ramai yang lalu lalang.. kang nanti jem pula kat situ..



 




aku syak Sungjong beli bunga dalam MV kat kedai ni..

Sempat selfie berlatarbelakangkan standee Lee Min Ho jer..

Selfie kat depan kedai bunga tu je..

Lepas cuci mata dalam ni, kami pun ke Mouse Rabbit Cafe (Yesung Super Junior).. Ni cafe last kami visit dan cafe last for idol.. lepas ni dah jangan mengada nak minum kat cafe.. habis duit nanti.. hahaha.. Ok, kami berdua first time ke cafe ni so, mencari tu agak tercari-cari juga sebab kalau ikut panduan yang aku baca, cafe ni tak la jauh.. sekali kami terpusing2 sebab last petunjuk kedai tu dah diubah.. makanya, perjalanan jadi jauh.. cafe ni agak tersorok sikit sebab cafenya dalam lorong jalan bukan depan jalan besar.. 

Punya la mencari sampai ke jalan belakang2 semua di terjah.. dah mula rasa give up juga tapi tak bole sebab dah alang2 sampai sini kena cari juga.. akhirnya berjumpa secara tak sengaja sebab nak pergi GS25.. Hehehe.. plan asal just nak bergambar je depan Mouse Rabbit cafe ni tapi bila tengok signboard promotion korean bingsu, terus tergoda aku dibuatnya.. dah la haus.. so, cakap dengan wa, kita singgah makan bingsu la memandangkan nampak macam sedap.. 
 
sampai sudah sini..

Sekali masuk dalam, perghhh!!! ramai orang tu.. rasanya memang hampir takde tempat duduk tau..  cafe ni 2 tingkat.. aku oder bingsu lepas tu tengok tingkat atas sebab nak dapatkan gambar yang cun.. sekali penuh kerusi.. hanya tinggal 1 meja je.. tu pun meja hanya untuk 2 orang dan laluan agak sempit.. terpaksa la.. dah tak dapat snap picture kat rungan utama cafe ni..sob..sob..

https://bnbheroblog.files.wordpress.com/2016/02/2016-02-20-23-41-52.jpg
Antara menunya.. 


nasib baik oder 1 je.. jenuh nak habiskan berdua ni..

https://myhubsdotorg.files.wordpress.com/2015/06/21.jpg
Ni la ruangan tempat aku dapat.. ehsan pak google

Kekonon la nak habiskan sorang2..

Memandangkan aku tak dapat snap gambar dalam cafe ni, aku shared je la gambar yang sempat aku google.. konsep still sama je dengan gambar di bawah tapi masa aku datang tu, ramai orang.. maybe memang timing tak kena.. hehe.. lagi pula area Konkuk Univ.. ambik la ko sekali student lepak sambil buat assigment kat situ..

http://endhguesthouse.weebly.com/uploads/2/1/5/9/21594148/8425368.jpg
Ruangan makan tingkat atas..

https://bnbheroblog.files.wordpress.com/2016/02/24.jpg

https://myhubsdotorg.files.wordpress.com/2015/06/11.jpg
aku suka lampu tu..


https://bnbheroblog.files.wordpress.com/2016/02/34.jpg

https://bnbheroblog.files.wordpress.com/2016/02/44.jpg

https://bnbheroblog.files.wordpress.com/2016/02/54.jpg?w=616&h=347

Masa aku makan pun takde pun si Yesung ni.. suasana biasa je dalam cafe tu.. so, kami makan bingsu sambil online... agak lama juga lepak2 sini.. hahaha.. pastu terus ke agenda nak ke mana lepas ni.. maybe next time bole datang kan.. mana tahu terjumpa Yesung akhirnya... Ok, kenyang perut kan.. ke mana kita lepas ni???

Macam Mana nak ke Common Ground Complex:
 Metro subway: Konkuk Univ., Exit 6. Keluar je station, korang just jalan terus lebih kurang 250 meter dan akan nampak Common Ground ni sebelah kiri.. betul2 depan jalan besar.. kalau naik subway, dari dalam subway korang akan nampak tempat ni juga..

Macam Mana nak ke Mouse Rabbit Cafe:
Metro subway: Konkuk Univ., Exit 2.
© . | Blogger Template by Enny Law