Saturday, December 17, 2016

Seoul -> Busan - Day 7 Ghwanghamun Street & Yeouido Hangang Park

Assalamualaikum..

Selepas melepak kat Insadong shopping mall, aku teruskan perjalanan ke Ghwanghamun Street.. Ingat nak ambil gambar kat landmark King Sejong, sekali hujan betul2 lebat dan ada security guard pula.. terus tak jadi... hahaha.. sempat ambil kat landmark siput ni jer..


Kami ke sini sebab nak mencari tempat menulis nama sendiri dalam hangul.. Last year aku dah turun sini tapi tak terperasan pula tempat ni.. so, kami pun teruskan usaha mencari.. nasib baik dalam bangunan.. bole berteduh sekejap.. tak ingat nama tempat ni tapi area museum King Sejong juga.. free je nak masuk sini dan menulis nama pun free.. korang bole bawa balik kertas tu atau letakkan kat sini.. kalau korang tak pasti nak tulis nama dalam hangul, jangan risau, ada oppa dan unnie yang akan tolong di situ.. hehehe..

My name in hangul...

Sempat lagi nak bergambar di sini.

Lepas merayap sekejap kat dalam museum king sejong, ingat nak patah balik ke K-Style Hub, tapi tak jadi sebab malas nak bekerjaran dalam hujan ke sana.. so, kami decide pergi ke next destination... ikutkan planning pergi ke Yeouido Hangang Park.. berbincang juga dengan wawa sebab sekarang tengah hujan.. nak pergi ke tak... fikir2 juga masa kat station subway... dan akhirnya kami pun decide untuk pergi juga walaupun dalam keadaan hujan.. risau kalau tak sempat nak pergi.. kami ke sana semata2 nak bergambar kat landmark " I SEOUL U" sebenarnya... nampak tak buat kerja gila dalam kehujanan... hahaha

rasanya kat subway station ghwanghamun..

Untuk ke Yeouido Hangang Park, korang kena turun kat metro subway: Yeouinaru Station, Exit 2 @ 3.. Exit 2 yang paling dekat sebab keluar je sebelah tu dah tamannya.. last year aku dah sampai sini, so dah tahu jalan di sini.. sebenarnya datang ke taman ni waktu petang2 dan cuaca yang cerah baru best.. banyak aktiviti korang bole nampak.. so, kalau dah hujan, apa yang korang nampak... hanyalah air sungai han sahaja... Hahaha..

aku sampai sini semata-mata untuk kau tau...

Masa kami sampai sini, memang takde orang.. memang buat kerja gila berjalan kat tengah-tengah taman dalam hujan... ambil gambar pun tak pakai payung.. serius masa ni memang hujan tengah lebat dan angin agak kuat juga.. kan depan tu sungai.. tapi kami redah juga.. jiwa kental.. tak lama duduk sini.. lepas ambil gambar, cari tempat berteduh kat taman ni.. tak pergi bawah jambatan sebab jauh, so kami cari kenopi untuk berteduh dan kebetulan si wawa ni lapar, dia pun ada beli nasi+tuna, aku pun temankan dia makan sementara berteduh..

i peserta ke 4 ok..

Sebelum berangkat pulang, sempat la berjalan ke arah sini.. nak lihat apa yang ada.. ada juga cruise untuk pengujung yang nak menikmati pemandangan sepanjang sungai han.. time ni ditutup rasanya.. dan kat sini pun ada cafe.. kami hanya mampu melihat memandangkan keadaan cuaca tak mengizikan.. maybe next time bole merasakan.. ceh, da next time tu...hehehe..
 

Ni salah 1 art dieorang..

So, kami pun bergerak pulang untuk ke destinasi seterusnya.. dan berharap la hujan semakin reda.. kasut tu memang dah basah habis la.. harap juga sebelum balik msia, ingat nak singgah sini lagi.. nak snap beberapa gambar sambil duduk lepak2 kat sini lama2.. ok, cuba untuk tunaikan sebelum balik ye... ok, ke mana kita lepas ni???

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law