Monday, December 19, 2016

Seoul -> Busan - Day 8 Hanok 24 GH at Gyeongbokgung

Assalamualaikum..

Sampai je kat Myeongdong station, terus keluarkan luggage.. before nak buka locker tu, dikenakan caj lagi sebanyak 4,000 won.. terkejut juga kau dibuatnya, masa baca review macam tak banyak dicaj.. terbang la 4,000 won aku.. kali pertama dan terakhir la aku guna locker besar ni.. tak sanggup.. kalau locker kecil bole la dapat murah.. kiranya sejam 4, 000 won la.. sebab aku dalam kiraan aku, aku sewa locker dalam 2 jam je.. sob..sob.. bertabah la duhai hati ye.. dah ambil luggage dengan hati kecewa, bawa la diri ke GH seterusnya iaitu Hanok 24 GH..

Kali pertama aku stay kat hanok ni.. nak merasa pengalaman tidur macam dalam korea drama tu.. tapi untuk info korang, rata2 GH Hanok ni bathroom, kitchen, washing machine, toilet, towel, dan semuanya berkongsi dengan tetamu lain ok.. so, kalau korang yang jenis cerewat, i tak galakkan korang stay kat sini lelama.. aku stay pun 1 night je untuk mencuba pengalaman.. dan hanok GH ni sememangnya mahal.. so, kalau nak booking kena la pandai cari..

Masa nak mencari hanok ni pun, blur juga.. hahaha... ikut maps macam tak jauh je dari exit subway tu.. sekali jalan.. pergh.. penatnya.. sebab aku bawa luggage, even luggage tu just ko tarik je.. 4 roda lagi.. haha.. bukan apa.. masa kiteorang pindah GH ni, terkena waktu cuti.. tu yang ramai orang kat kawasan GH dan agak menyukarkan pergerakkan.. kiteorang jalan kaki je ok.. takdenya nak naik teksi.. mahal.. selagi mampu berjalan, kami rela berjalan kaki.. hanok 24 GH ni tersorok sikit tapi nasib baik aku terpandang sebelah kiri.. rasanya betul la tu GH tapi still blur lagi sebab ye ke tidak.. haha.. tekan lonceng, sekali betul.. masa kami sampai owner tengah buat cleaning bilik.. hehe.. terus je check in.. owner and staff dia memang baik.. peramah pula tu..

Ni la Hanok 24 GH..

Cantik kan pemandangan tembok ni..

sini kawasan rumah hanok.. so, tolong senyap sedikit..

Kami masuk je, staff die perempuan, tak ingat nama.. terus tunjuk bilik dan bagi air kat kami... tahu kami penat dan berpeluh2 mencari GH.. hahaha.. sambil duduk kat ruangan makan tu, die terangkan sedikit rules dalam GH.. apa yang bole dan tak bole.. pastu siap ajar lagi macam mana nak buka locker pintu jika balik lewat malam.. ala.. locker security pintu macam dalam drama korea tu..

Ni tingkap kecil di bawah ye.. bukan di atas..


Ni ruangan tidur.. tilam bentang sendiri ye..

Aku ringkaskan je, hanok 24 GH ni sepanjang aku tidur kat sini.. suasana memang ok.. sunyi tu tak la sangat memandangkan dekat dengan kedai makan dan kawasan perumahan.. korang bole la dengar bunyi tapak kasut berjalan memandangkan bilik kami ni sebelah jalan.. aku ada sediakan beberapa vidoe untuk korang view.. bagaimana suasana dalaman hanok ni dan persekitarannya.. tapi sempat rakam waktu malam la.. siang tu lepas rehat kejap terus keluar merayap... haha.. balik pun dah malam.. 

Malam tu, kami sempat menconteng kat buku GH ni..

Aku letak sekali gambar sebelum check out.. malas nak buat entri lain.. so, sekali gus je.. hehehe.. esoknya kami check out dan terus ke hotel pula.. yang hotel tu kami stay 4 hari 3 malam sebelum fly ke Busan ye..

gambar besoknya nak check out..


bergambar sebelum pergi merayap..

pemadangan dalam bilik..

pemandangan di luar bilik dan ruangan sekitarnya..

pemadangan di waktu malam di luar..

ni orang lapar, masak ramen.. hahaha..

Malam tu kami tak dinner kat luar, kami dinner kat hanok je.. nasib ada ramen dan meggi, sempat la masak.. hahaha.. makan sambil buka pintu luar.. kasi angin luar masuk.. memang best la... relax2 dan santai je.. next time ada duit lebih bole la try hanok lain pula ye.. kebetulan masa kami stay, memang ada 2, 3 orang mat saleh dan girl orang putih.. haha.. so, pandai2 la korang cover aurat tu.. dan pi toilet dan bathroom pun berjaga2 dan tunggu line clear.. hahaha.. pengalaman tu semua tau.. ok.. petang tu kami merayap ke mana??? Next entri please...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law