Wednesday, December 7, 2016

Seoul -> Busan - Day 7 POOP Cafe, Indasong

Assalamualaikum..

Lepas berlegar2 kat mall, moh la kita ngeteh sat kat cafe.. aku yang cadangkan cafe ni kat wawa.. sebab pada aku cafe ni unik konsepnya dan jarang la orang msia nak buat review pasal cafe ni.. so, aku dengan muka tak malu pun masuk la.. haha.. Poop Cafe atau dengan nama lain  Ddo-ong Cafe..

dari luar dah nampak bantal POOP tu.. hehe

Image result
ehsan pak google..
Image result
again ehsan pak google

teruja sangat nak pilih menu sampaikan lupa nak ambil gambar menu.. hahaha.. Menu kat sini takde la unik sangat sebenarnya lebih kurang sama jer dengan cafe yang lain.. Uniknya cuma terletak pada dekorasi dalaman cafe dan juga pinggan mangkuk yang digunakan berbentuk "mangkuk tandas"... betul.. aku tak tipu....

dalam ni pun ada pelbagai kaktus..

Harga minuman lebih kurang 4,800 hingga 8,000 won dan korang bole minta minuman panas kalau nak merasa cawan berbentuk tandas. kami decide nak makan sekali untuk alas perut sekali.. so, ambil la wafer  + vanila ice cream.. untuk berjimat kami berkongsi sahaja..
 
my oder: Rose Latte.. 5,500 won secawan

minum lunch hour sambil menikmati hari hujan di luar..

Selfie time!!!

tisu of course akan bawa balik msia..

apa tengok2, gigit kang... 

Pada aku, konsep cafe ni ok dan unik ( ulang lagi).. suasana dalam cafe ni pun aman.. kalau korang nak duduk lepak2 sambil tengok gelagat orang atau duduk minum keseorangan, aku mencadangkan cafe ni.. sesuai sangat.. hahaha.. harga tu standard la pada aku.. cuma korang kena pandai pilih nak mencuba minuman apa.. kang salah pilih, membazir pula.. dah la won sekarang tengah mahal..

Tengok hujan dah berhenti sedikit, kami teruskan perjalanan.. turun ke bawah sambil tu snap lagi gambar.. tapi aku dah pesan kat wawa nak beli wafer berbentuk "poop" kat mall ni.. beli semata-mata nak snap gambar je.. hahaha.. tu la motif utama aku..

kalau tak hujan, aku dah buat possing maut..


ni la "poop wafer".. isinya coklat.. rasanya sama macam wafer biasa jer..

Memandangkan hujan masih tak nak berhenti, aku dengan wawa duduk lepak kat tangga berbumbung ni.. tapi tak menghalang jalan orang ok.. duduk sambil makan poop wafer ni.. sedap juga.. mata pun melilau tengok oppa.. hahaha.. mata nakal dah muncul kembali.. rasanya dekat 30 minit juga duduk kat tangga tu.. so, kami terus buat keputusan berangkat ke tempat lain memandangkan masa berjalan pantas... so, ke mana destinasi kami seterusnya????

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law