Tuesday, September 19, 2017

Seoul -> Busan - Day 12 MUSIC BANK LIVE Show

Assalamualaikum..

Surprise!!!! Rezeki kami tahun ni pergi korea dapat tiket percuma masuk tv show "Music Bank KBS"..  Seronok giler sebab ni antara target kami turun korea awal 2 minggu daripada planning asal.. sebenarnya kami menunggu tiket percuma dari KTO Malaysia sebab kami perasan setiap bulan dieorang akan bagi giveaway ni kepada tourism luar.. Tapi bila dah beli tiket, selidik punya selidik kami kecewa la sikit sebab bulan 9 atau bulan 10 tu takde pun giveaway..

Akhirnya kami pun redha la kan.. tapi pada masa yang sama kami pun usha la page fb Korea Tourism Organization (KTO) - VisitKorea ni.. sebab dieorang pun ada buat giveaway juga untuk tiket ni.. Last minute dieorg bagi tau.. lebih kurang seminggu nak event "Music Bank" baru dieorg bagi.. Aku dengan wa apa lagi join la giveaway tu.. Macam mana boleh dapat? Bagaimana caranya?

The best hadiah untuk trip kali ni..

1. Mulanya korang kena la "Like & Follow" fb page Korea Tourism Organization - VisitKorea

2. KTO-Korea ni akan up post sebulan sekali atau 2 bulan sekali untuk tiket free ni.. Kalau korang bertuah, dah ada di Korea apa salahnya grab pengalaman mengikuti program mtv show.. Lagi-lagi dapat free.. so, kat sini korang kena alert la dengan fb page ni..

3. Caranya senang je.. Bila korang dapat tahu post pasal giveaway tiket ni seperti gambar di bawah, korang cuma perlu emailkan butiran seperti nama, no pasport(4 nombor terakhir), tarikh lahir & alamat email korang.. Biasanya aku tambah 1 butiran iaitu kewarganeraan.. 

Ni la post yang aku dapat giveaway free tu..

4. Lepas email tu, korang tunggu la.. ni kira nasib atau tuah atau rezeki la.. sebab dieorang pilih "random" kan, kebetulan time Music Bank kiteorang dapat ni, takde la terlalu ramai group2 kpop idol yang besar2 buat come back tapi yang pasti ada INFINITE... Tercapai hajat nak jumpa "face to face" + nak dengar suara live dieorang ni.. 

Infinite sentiasa dihati.. tak malu pun guna beg ni kat sana.. Haha

5. Bila korang menang atau penonton bertuah, dieorang akan balas email penyertaan korang tu.. macam gambar di bawah.. Untuk bagitahu ambil tiket kat mana, nak masuk kat dewan mana.. pukul berapa kena ambil tiket dan pukul berapa kena tunggu depan pintu dewan.. Siap bagi map dan cara nak ke KBS tau..

Contoh macam ni..

6. Enjoy la "Music Bank" tu.. Hahaha.. 

Pada aku, seronok dapat join program macam ni.. bukan senang nak masuk dan bukan selalu dapat peluang.. walaupun aku cuma minat kat Infinite, tapi aku layan je semua group.. Join event ni pun salah 1 pengalaman yang korang takkan dapat kat negara sendiri.. korang akan nampak cara dieorang bekerja, macam mana crew2 produksi buat program "live" ni.. cara bekerja dieorang tak sama macam kat negara sendiri.. Hehehe.. 

Aku memang seronok sangat dan ni merupakan hadiah hari jadi aku yang terbaik buat setakat ni.. Kat dalam dewan tu korang bole la sorak2 sebut nama idol, bole tengok idol depan mata, dan macam2 lagi la.. tapi setiap program mesti ada peraturan kan? Ha! Ni nak bagitahu, dieorang punya security sangat tegas.. korang TAK DIBENARKAN MENAGMBIL GAMBAR & MERAKAM SEBARANG VIDEO SEPANJANG PROGRAM BERLANSUNG... Kalau terkantoi, memang guard terus pergi tempat kau, suruh padam gambar atau video dan serta merta suruh kau keluar dari dewan.. aku tak tipu, nampak sendiri depan mata masa program tu.. Terus kecut perut.. tak jadi nak buat kerja jahat.. so, enjoy je la dengan semua artis line up hari tu..

So, ni je la pengalaman & tips yang aku dapat bagi.. 1 lagi kalau korang tetiba saje datang kat luar dewan KBS, nampak ada banner KTO, korang bole la buat muka kesian nak minta tiket free selepas dieorang close counter.. tu kalau dapat la dan kebetulan staff yang jaga tu baik, korang bole dapat sebab mungkin ada pemenang yang tak tebus tiket.. 

Lepas balik msia, baru tahu yang KTO-VK ni ada buat juga giveaway untuk mtv "The Show SBS" pula.. aduhyai.. next time kena rebut peluang ni pula.. cari pengalaman join mtv broadcasting lain...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law