Friday, September 15, 2017

Seoul -> Busan - Day 11 Myeongdong Street (Last Shopping)

Assalamualaikum...

Ni malam terakhir kami di Myeongdong.. Lepas ni mesti akan rindu suasana kat sini.. Riuh rendah dengan pelbagai pelancong ada.. senang nak jumpa orang malaysia kat sini la.. pastu mata pun rambang dengan macam2.. Ok, memandangkan masa tak panjang, aku pun cari makanan yang aku nak sangat rasa.. senang cakap aku nak sangat makan ice cream rose tu.. 2015 pergi tak sempat rasa.. ni la masanya untuk aku menebus..

Ice cream rose ni memang makanan wajib korang rasa... sedap wooo tapi mahal sikit la..

Aku beli 3 perasa sebab nak lawa... Hahaha.. kenyang masuk perut..

Memandangkan kami perlukan masa lebih untuk mencari barang buat kali terakhir, maka kami tak banyak masa untuk food hunter.. wawa sempat la beli roti telur ni.. katanya sedap.. aku tak sempat rasa sebab masa tu tengah makan ice cream.. sekejap je budak ni makan..

makanan wajib korang rasa sebenarnya..

Ni gula-gula tradisional korea..sedap..

Ok.. kami pun takde la balik lewat sangat sebab kami berkejar nak ke Dongdaemun Design Plaza.. Nak beli barang kat panggung wayang.. Ni pun sebab wawa ada ambil oder untuk Tumble IKON.. kena beli popcorn kat panggung baru bole dapat Tumble tu.. So, kami terpaksa makan 2 popcorn besar tau.. 1 popcorn je dapat habis.. 1 lagi terpaksa bawa balik hotel.. nasib baik la hotel tak jauh so, balik nanti jalan kaki je.. berjalan memalam kat sini memang selamat.. lagi-lagi kawasan pelancongan, memang ada CCTV merata la jawabnya..

Ni la barang yang orang kirim.. barang aku cuma 3 je.. penuh 1 bagasi untuk barang orang kirim..

Next time kalau ke korea lagi memang tak la nak ambil oder.. tak sanggup nak angkut bagasi ke airport.. bila dah beberapa kali ke korea nanti mesti dah tak hairan dengan benda-benda ni semua.. Hahaha.. ibarat macam balik kampung je korea tu kan...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law