Friday, September 15, 2017

Seoul -> Busan - Day 11 Changdeokgung Palace, Insadong & Namdaemun (TOUR WITH AGENT)

Assalamualaikum..

Ok.. bila tengok entry ni, entry yang tadi tu salah sikit.. Hahaha.. Bengong la tuan tanah ni.. ni la padahnya bila story berkulat kat dalam draf.. Kami ke Changdeokgung Palace.. Sebenarnya 2 palace je kami pergi.. pertama yang besar tu.. ala yang popular dikalangan pelancong.., dan yang ni yang ke 2.. nama sama je sebenarnya dengan entry sebelum ni..  Memang sebelum lunch kami ke sini.. Korang cuci mata je la tengok gambar sebab dah tersalah taip story.. malas nak padam.. Haha..

Pintu gate.. tak besar tapi cantik kalau ambil gambar pakai hanbok..

mesti ada jambatan batu tu kat mana-mana palace

again gate..


Ni kalau tak silap istana utama.. 


Dari sini bole nampak Namsan Tower..

Suka tengok seni bina kat atas tu..

seni bina berzaman lamanya..

Ni la gambar yang sepatutnya ada dalam entri sebelum ni.. :)

Asal masuk palace mesti akan snap gambar macam ni..




Model sambilan cik wawa dari belakang... hehe



Ni tempat untuk masukkan kayu api.. kan dieorang suka pemanas bawah lantai tu..

curi-curi ambil gambar ms Sunny yang peramah..


Dari kali pertama aku jejak masuk the palace ni, aku tertanya-tanya ni apa benda? apa kegunaan benda ni?

Yang ni tak pasti batu atau kayu lama... Hahaha

Ni telaga dieorang..


seorang gadis berhanok sedang beristirehat..


Ok.. tembok lagi..

Selepas makan tu sebenarnya kami ke Insadong & Namdaemun Market.. Kat Insadong tak berjalan sangat sebeb dah terjah sebelum ni masa dalam hujan.. pastu takde ambil gambar pun sebab panas.. Hahaha.. berjalan tak lama tapi menunggu beberapa ahli group lain tu yang lama sikit.. lepas tu kami bergerak ke Namdaemun Market.. Kat sini kami berpisah dengan ahli group sebab tak lama kami kat sini.. Last kami shopping untuk mencari barang kawan-kawan sebelum Esok kami ke Busan.. Dan kali ke berapa ke sini pun tak ambil gambar.. Rambang mata mencari barang sampaikan lupa nak bergambar.. kami pun tak lama, lepas selesaikan cari barang terus ke bus.. sebab agent akan minta driver hantarkan kami balik hotel.. so, kat sini memang dah jimat.. kami balik awal sebab nak rehat kejap dan lepas tu terus ke Myongdong untuk shopping.. 

Ni je sempat beli... hehe.. untuk kunyah2..

Next entry ok...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law