Tuesday, October 9, 2012

Budak Yang COMEL

Assalamualaikum..........


Dalam kesibukkan menguruskan barang-barang untuk pergi jauh... Sempat lagi nak mengusik si Comel ni... Bukannya apa, sejak dia lahir sampai dah 10 bulan ni, saya takde bergambar dengan dia.. Kesian kan?? Padahal selalu jer pegang dan jaga dia, tu maknanya TIADA KESEMPATAN BUAT DIRIKU... Ni dah 10 bulan, dah pandai tak nak dekat dengan saya... Sebabnya dah kenal insan terpenting dalam hidup dia... Sobsob...sobsob.....


Percubaan Yang Memberangsangkan

Assalamualaikum....


Halooooooooo!!! Bertemu lagi kita di dalam sebuah cerita blogger yang agar merundum khidmat penulisannya semenjak 3, 4 bulan yang lalu.. Kini, cik tuan tanah itu bermula dengan susah payahnya untuk menambahkan entri yang dapat menambat semula hati para pengikutnya di alam maya. Hehehe.. Ini kisah bermula apabila cik tuan tanah mula risau akan persiapannya untuk berada di dalam majlis bersejarah dan membahagiakan beliau sendiri..

Dah mula la tu saya nak merepek akibat dah lama tak makan kerepek.. *Ada kene mengena ke??* Sila la memberikan sedikit pelempang kepada saya untuk disedarkan diri seketika... Dengan itu, maka tercetus la idea yang sangat kreatif dari kepal otak yang sedang berserabut ni.. Terima kasih yer readers sebab dah bagi satu kesedaran pada cik tuan tanah... Hehehe..

Percubaan yang dimaksudkan adalah saya mencuba untuk menambahkan dan mengasahkan ketajaman otak saya dengan kreatif dan inovasi yang saya cuba sampaikan.. *entah berapa banyak cuba la*...  Dengan menjimatkan bajet untuk majlis tu, saya kena la belajar menjadi kreatif.. *kreatif lagi**.. blurrrrrrr... Ni la, saya terus terang tak beli pun kasut baru untuk majlis tu, so ambil kasut lama yang dah ditinggalkan akibat malas nak menyarungkan kaki, menjadikan ianya nampak lebih cun la beb... Hehehe.. 

Sebelum ni kasut tu takde mata silver.. ianya kosong... kosong... jer..

Wednesday, October 3, 2012

Perasaan

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita yer.. Huhuhu.. Ni apa hal pulak aku punya entri nak berperasaan semacam ni... Bukannya, dalam kesibukkan bekerja dan menguruskan hal yang penting.. Saya merasakan yang perasaan untuk menunggu tibanya Majlis Konvokesyen saya pada 7.10.2012 seperti TIADA apa2 perasaan.. Maksud saya TIADA adalah seperti tanggal tarikh tersebut saya hanya duduk lepak2 di rumah jer..

Bayangkan bertapa hancurnya hati bila saya berkata begitu.. Ntah la, mula2 tu memang la excited terlebih dan menjadi antara orang terawal yang membayar yuran konvo dan yuran lain.. Tapi bila harinya semakin tiba, dah mula lah perasaan ni berperang dengan hatinya sendiri.. Saya merasakan yang  ianya realiti bukan ilusi ok... 

Tunggu la nanti tibanya tepat 7 pagi di uum.. Masa tu la dirinya baru tersedar yang petang tu akan menggenggam segulung ijazah yang selama ini dipertaruhkan segala usaha dan penat peritnya bergelar sebagai Mahasiswi di UUM selama 4 tahun... Tetiba rindu pulak dengan uum... suka dengan gaya hidup santai dan stress seorang pelajar.. Sekarang sedang melaluinya sebagai seorang pekerja dan lebih mencabar tanggungjawab untuk ke fasa baru... Kahwin!!!! Hahaha

Apa2 pun... diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar dan segalanya diberkati Allah.. Doakan perjalanan jauh saya bersama keluarga ke sana dalam keadaan baik2 sahaja... Aminnnnnn.... Adios...

Baru Jer Cakap

Assalamualaikum........


Baru beberapa hari yang lepas saya mention tentang gaya hias rumah berkonsepkan inggeris.. Tup... Tappp.... Tuppp.. Dah keluar di surat khabar baru yang menceritakan konsep ni.. Hehehe... Kali ni keluaran News Paper Metro bersamaan hari sabtu lepas yang bertarikh 29.09.2012... Ni nak kata macam bilik saya pun kena bertukar rupa ni... Hehee..

Dekorasi ruang yang berlatarkan perabot dan aksesori gaya inggeris yang memberikan keindahan luar dan dalaman sesebuah kediaman.. Sambutan terhadap tata hias ni menampakkan pertumbuhan yang pesat bagi pendapat saya.. Mungkin disebabkan pemilihan perabot yang semakin banyak dipasaran dan keperluan untuk penataan gaya ini turut diberi pendedahan yang banyak di media cetak (macam dalam gambar di bawah), media elektronik seperti join group di mana-mana sesawang sosial..  *Kan dah macam pengaraca pulak*




Gambar kali ni takde la banyak mana macam yang lepas sebab ni sebenarnya post ekpress untuk membantu meramaikan pembaca blog saya.. Hahaha.. Sungguh tidak sopan kelakuan cik tuan tanah ni.. Saya sekadar berkongsi pendapat dan minat kepada anda semua.. 

Kadang kala perubahan di dalam rumah amat diperlukan kerana ianya turut membantu mahluk yang mendiaminya berasa selesa dan nyaman.. Bak kata pepatah dahulu kala.. "Rumahku, Syurgaku"... Kan indah dan harmoni sekiranya rumah kita dihiasi cantik seperti salah satu gaya ini.. Adios...

Saturday, September 29, 2012

Pandangan Pertama

Assalamualaikum..........


Korang mesti pernah dengar CINTA PANDANGAN PERTAMA kan??? Tak pun dah pernah alaminya sendiri.. Hehehe.. Kenapa la saya tetiba jer nak cerita pasal ni kan... Biasa la dah lewat malam ni, suka pulak melayan perasaan yang tengah merindui seseorang... Cewah... Statement terangkat sudah.... Huhuhu..  

Terus terang saya katakan buat masa ini, ketika ini, minit ini, saat ini.. Saya masih belum mengalaminya... Yelah, umur pun baru 20++++, muda lagi tu... Hehehe.. Walaupun orang lain akan mengagak saya masih 16 tahun jika tidak mengenali saya.. Muka awet muda memang macam ni, orang selalu akan salah anggap kejap.. So, di usia sebegini, ada juga di antara rakan2 saya sudah berumah tangga dan beranak pinak.. Tu sudah jodoh mereka dan mungkin siapa tahu diantara mereka pernah melalui cinta pandangan pertama ni.. 

Saya cuma pernah merasai SUKA PANDANGAN PERTAMA... Suka dan cinta memang meupakan 2 perkara yang berbeza.. Semua orang sudah sedia maklum kan??? Macam mana boleh terjadinya suka tersebut??? Semua itu berlaku secara tak sengaja.. *tak sengaja lagi cik tuan tanah ni*... Saya terkesima pada seseorang lelaki di dalam satu dewan kuliah semasa belajar di IPTA dulu.. Kenapa terkesima??? Hensem sangat ke??? Bergaya sangat ke?? Kaya ke mahasiswa tu?? Bijak pandai ke dia??? Berperwatakkan menarik dan berimejkan yang sangat smart ke??? Soalan yang TIADA JAWAPAN............

               

Tata Hias Part 2

Assalamualaikum... Hai semua!!!!

Sejak beberapa hari ni saya macam bersemangat jer nak up entri banyak-banyak... Kiranya ia berita gembira la pada si follower kerana tak menyesal menfollow blog saya.. hahaha.. *sila mendermakan pelempang pada cik tuan tanah ni yang suka sangat berperasaan dia glamour*.... Ok... Sedang mereka asyik membicarakan tentang Belanjawan 2013, saya pun sudah memenuhkan diri sendiri dengan info2 terkini yang sememangnya semua rakyat Malaysia sudah tahu... Eh! Bukan bermaksud saya tak ambil tahu langsung, saya tahu point yang penting la sebab dah penuh kat muka buku dan si tweet bercerita ditambah lagi informasi ditv.. walaupun saya tak melihatnya secara live di skrin tv petang tadi, bukan bermakna saya tak tahu apa2 ok... Cuba la test... Hehehe.. *kang dieorang test kau, menggelabah nanti cik tuan tanah ni*.. Ok....

SKIP....................

Nampak tak tajuk yang terbaik di atas tadi??? Sebenarnya sebelum ni kan saya pernah bercerita pasal rumah idaman dan tata hias kediaman saya suatu hari nanti... Berharapkan ianya akan menjadi kenyataan yer.. Nak dijadikan short story ---------------> Senang asyik saya sibuk duduk bersenang lenang macam bujang senang kat office, mata saya sempat la menjeling ke arah satu majalah wanita ni.. Keluaran terbaru bulan 10 rasanya.. Majalah tu kepunyaan Kak Lala yang telah menjadi ibu kepada 2 orang anak yer.. Dah tak payah nak soal siasat saya dia dah kahwin ke belum.. Saya pun menyelak dengan penuh lemah lembut bagi membazirkan waktu yang sangat terluang tanpa memikirkan kerja di atas meja.. Duk sibuk menyelak, ada la 1 artikel ni yang menceritakan tata hias kediaman berkonsepkan "Gaya Inggeris".... Saya suka!!! Saya suka!!!! Tu dia gambar akan dikeluarkan sebenar lagi... bersabar yer...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, September 28, 2012

Adakah dia???

Assalammualaikum....
Pagi-pagi buta dah nak up entri.. Apa kes ni cik tuan tanah??? Ntah la.. tetiba teringat kat someone yang terjumpa secara tak sengaja... Hehehe.. Tu yang membuatkan saya tidak boleh tido... Siapakah??? Siapakah gerangan orangnya??? Huhuhuhu...

Nak rahsiakan tapi macam tak best pulak sebab tak dapat meluahkan apa yang terbuku di hati ni.. Cewah.. ayat dah mula la tu nak berbunga-bunga... Hehe... Saya terjumpa dia di dalam satu majlis ilmu juga la.. Dia nampak comel tau dengan kemeja putih biru tu.. dah bersongkok.. sangat memukau pandangan mata saya pada masa tu.. Tapi sayang lidah kelu seribu bahasa untuk bertegur.. 

Nak dijadikan cerita pendek, saya terjumpa muka tak berapa nak buku la kat laman sesawang ni.. Terus plus dia sebagai rakan di alam maya ni.. Walaupun tak kenal antara satu sama lain tapi kami dalam komuniti dan persatuan yang sama... Cuma............... nak tutup muka kejap bole tak???? *bukan malu tapi sadis kejap*............. saya dapat tahu dia dah berpunya... T___________T....
Bukan suami or tunangan orang tapi gf jer pun... Bila-bila masa boleh putus... Cis!!! Ada niat sangat jahat ni.... 

Korang nak tahu ke 'dia' tu siapa???? Jap yer....




Maaf yer gambar tak boleh jelas... nanti kantoi saya suka tengok muka dia yang comel tu...

*Jadi secret admired dia jer la jawabnya......Adios...

Wednesday, September 26, 2012

Kadar Berblogging Semakin Merundum!!

Assalamualaikum...
Hohohohoho..... Saya dengan ini mengumumkan bahawasanya saya cik tuan tanah memohon beribu-ribu kemaafan kepada readers tersayang kerana terlambat up entri lagi.. Bukan disebabkan penyakit M tapi dek kerana menguruskan hal-hal yang terpenting dalam masa hadapan kehidupan... Hehehe... 

Gambar???? Jap... nak cari dulu... *nampak sangat curi-curi taip entri kat pc office*... diam-diam yer... hehehe.. Jangan terkejut dengan gambar di bawah ni yer...



Thursday, September 6, 2012

Kini Menjelma Kembali!!

Assalamualaikum...

Hai.. Baru sekarang cik tuan tanah nak update blog yang dah bersesawang dia ni kan... Entry kali ni tak nak berbasah basi dengan alasan yang entah apa-apa jer yang akan saya keluarkan.. Hehehe... *Sempat nak gelak-gelak lagi*... Sila buat muka garang sikit wahai readers tersayang... Peace!!!

Macam-macam cerita yang harus dikongsikan dalam tanah yang bersesawangan ni tapi tu la, lepas habis praktikal, sibuk memanjang dengan dating "Cik Report"... Memang tak menang tangan la nak menaip banyak-banyak masa tu.. Habis jari jemari saya yang comel macam tuannya ni membengkak tak tentu pasal.. akhirnya selesai report praktikal dan mula la berjimba-jimba tanpa memikirkan hal dan masalah yang sememangnya tidak penting lagi buat masa itu... OK!! Ayat sudah tungkang langkang... 

Apa jadi selepas itu???? Ok!! Saya pun dengan muka slamber cari la kerja yang sememangnya ada kekosongan walau di mana jua berada.. Paling saya tak berminat dengan jawatan yang ada syarat macam ni "rakyat negeri ........ akan diberi keutamaan"... Fine! Terus tutup new tab tu... Huhuhu... Bukannya berlagak cuma harapan tu amat amat amat tipis.. Risiko yang ni la yang saya tak sanggup nak tanggung.. So, saya pun mula la memprint resume dengan kuantiti yang banyak supaya tidak membebankan cik tuan tanah untuk pergi CC sambil tercari-cari CC yang ada printer berwarna... *Ntah apa la yang saya membebel ni kan??*... Setelah selesai isi segala maklumat yang diperlukan, saya pun dengan muka yang memang tak malu, naik la office MARA Daerah Kluang... Hahaha... Mereka pasti teruja dan menerima kedatangan saya dengan hati yang terbuka.. 

OK!! Panjang juga ni, padahal cerita tak habis lagi ni.. letih la bila dah lama tak update entry ni.. Huhuhu.. Eh!! Dah nak balik kerja la... Sambung esok bole tak????? Huhuhu.. Marah si readers saya ni kang.. Habis blog terus takde yang bertandang... Sadis jap ok.. 

Esok yer saya sambung.. Serius la... Ni nak balik..
*SELAMAT HARU RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN*... (Masih tak terlambat lagi kan????)... Adios...

Saturday, June 9, 2012

Makan Time a.k.a Jamuan

Assalamualaikum.... 

Morning all... Pergh!! Perut saya dah lama berkeroncong menyanyikan lagu sesaat kau datang tu... Hehehe... Lapar pulak pagi2 ni... Nak breakfast tapi cuma ada biskut jer... Bedal jer la kalau dah lapar tahap dewi kan?? Nak citer ni, saya dah ada kat KEDAH!!! Macam la kedah tu jauh sangat kan, padahal masih kat Malaysia juga... Hehehe..

Bercakap pasal makanan, sepanjang saya praktikal di MARA ni ada juga jamuan sempena perpisahan pelajar praktikal sebelum saya... Antaranya, Katy (dari kolej), Aisyah (dari kolej) dan geng budak KPTM (farah *papa*, zul, an dan kate)... seterusnya saya dan lin la... Best kan??? Ni sebagai penghargaan di atas komitmen semua student praktikal sepanjang 4 bulan tanpa ada elaun pun.. Nak sadis jap... Waaaaaaaaaaaa... No money, no talk ma....

Akhir bulan 2 lepas, jamuan perpisahan Katy.. Comel der budaknya tapi sorry to say, dia dah berpunya... Huhuhu.. Juadah jamuan simple jer dan jamuan pun hanya buat di bilik mesyuarat MARA sahaja.. 

Ni tak adil sebab birthday saya lambat lagi.....so, takde la nama saya..


Si katy yang berbaju t-shirt merah tu.. seorang lagi, Aisyah namanya

Lepas si katy dah habis, kini bersambung pulak giliran Aisyah... Dia habis praktikal pertengahan bulan 4 yang lalu.. Sempat la menimba pengalaman bersama dia.. Serius lebih-lebih lagi berkenaan agreement kontrak spike.. Dia memang teror beb.. Meh, kita terjah jamuan dia pulak...

Thursday, May 31, 2012

SEKOTAK MERAH & Pengembaraan Laksmana SUNAN

Assalamualaikum.....

Kenapa yer SEKOTAK PEN MERAH diperlukan??? Mesti la nak menanda buku murid/pelajar kan??? Hehehe.. Seriusnya, seorang guru telah MENUNTUT HADIAH pada saya... Kenapa saya??? Sebab saya kawan dia.. So, memandangkan hadiah tahun lepas tak diberikan lagi ditambah pula dengan sambutan Hari Guru, maka, dengan itu, saya seharusnya dituntut memberikan hadiah yer... Lagipun saya ni salah seorang bekas pelajar beliau.. Nak tak nak demi menjaga air muka, beli jer la hadiah tak seberapa ni... 

Nak dijadikan cerita la kan, saya ada terlepas ckp nak bagi kad hari jadi tapi hajat pulak tak kesampaian.. keseluruhan cerita menjadikan seorang cikgu nak hadiah SEKOTAK PEN MERAH, mungkin masa tu cikgu dah kehabisan pen merah kot..Senag kerja saya.. Dah tak payah nak fikir dan membuat pertimbangan nak beli hadiah apa... Bagus la cikgu ni memudahkan kerja saya.. Hehehe...  So, Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! di bawah la hadiahnya...

PEN MERAH PEN BIRU, CIKGU MARAH, SAYA TAK NAK KAWAN DENGAN CIKGU...

Friday, May 18, 2012

Tangisan Dalam Kekecewaan

Assalamualaikum... 

Sila baca dan sebut betul-betul tajuk entri ini kerana ianya boleh membawa kepada 1001 makna yer.. "Tangisan dalam kekecewaan".. Boleh menjadi makna yang pelbagai kan??? Tak kisah la anda nak mentafsirkannya sebagai apa kerana setiap kekecewaan itu berpunca daripada pelbagai faktor..

Ada ketikanya apabila kita mengalami kekecewaan, kita akan menangis dan terasa goyah jer semangat nak meneruskan kehidupan.. Seperti diri ini sudah tiada gunanya kepada keluarga, kawan, sahabat, bangsa dan negara... Ish! Jangan la berkata begitu, kita sebagai manusia harus bersyukur kerana mendapat kekecewaan kerana kita mendapat ujian daripadaNya... 

Serius ni la kali pertama saya terkecewa sedikit la di alam percintaan kerana baru first time bercinta... Ok.. fine... saya kolot a.k.a kuno sikit.. Impian sebenarnya nak bercinta selepas kahwin.. mungkin peratus dan peluang cerah untuk lebih bahagia.. tak mau la bercinta lama-lama.... Eh, ni dah masuk entri ape pulak ni... ok la.. sebenarnya dah tahu nak story ape lagi.. tapi yang penting sekarang saya dah ok.. tangisan tu sudah berlalu pergi.. cuma kadang kala kekecewaan tu menerjah kembali seketika... Adios.......

*Entri yang pendek sangat....

KEPAK 2012

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Semua..

Kini saya kembali lagi untuk menyerikan blog cik tuan tanah yang dah hampir hilang serinya.. Hehee.. Biasa la semenjak hilanganya internet di rumah, kini saya beralih arah kepada internet office.. Tapi bukan semudah yang disangka apabila kesibukkan di pejabat menjadikan terbantutnya niat murni untuk menambah cerita yang dah tak berapa nak panas ni.. 

Ok!! Berbalik kepada topik cerita ni.. korang rasa, korang tahu tak apa itu KEPAK?? Bukan kepak ayam, bukan kepak itik dan bukan kepak burung.. serius saya katakan ini kepak sangat diminati oleh semua orang.. Sebabnya????? Saya pun turut serta dalam KEPAK ni.. ok.. ok.. saya dah tak merapu lagi... KEPAK 2012 ni merupakan program Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran a.k.a KEPAK yang dianjurkan bersama MARA.. Siapa yang tak kenal MARA tu, tak tahu la.. Hehehe.. 

Apa fungsi dan peranan saya dalam KEPAK ni??? Ok, baiklah.. saya ditugaskan oleh PMD Kluang untuk menjaga booth MARA.. Saya takde la nak serves sangat bab-bab menjaga booth ni sebab saya dah ada pengalaman berniaga di bazar dan karnival.. Cuma berbezanya, dulu saya berniaga dan menjual produk tapi kali ni saya memberi perkhidmatan mulut.. Kiranya memberi khidmat nasihat dan tempat orang ramai ingin tahu apa peranan MARA dalam membantu usahawan BUMIPUTERA SAHAJA ok.. Pengisian yang diberikan ialah dalam perniagaan, kerjaya, peluang pekerjaan dan pendidikan..


Di atas tu bukan gambar nak possing lebih-lebih atau control cun ke apa kan??? Cuma terasa perlukan gambar untuk menunjukkan saya bertugas di KEPAK sambil mempromosikan KEPAK dengan button yang besar tu... hehe.. Gambar di bawah ni pulak sepanjang bertugasnya saya dan rakan sepejuangan saya (budak praktikal a.k.a kawan sekos, seblok dan seuniversiti saya).. dan tak lupa juga bersama-sama staf MARA yang lain.. Terutamanya, PMD, PPMD dan PT.... 


Friday, April 13, 2012

JUBAH The Ladies Paradies

Assalamualaikum... 


Wah!! Tajuk bukan main hebat yer... Sebenarnya semenjak berada di UUM, dah mula bergiat dalam aktiviti berniaga ni walaupun hanya part time atau sekadar menghiaskan muka kat gerai.. Hehehe.... Sekarang ni baru berjinak-jinak dengan alam perniagaan semenjak praktikal kat MARA ni, asyik interview usahawan jer.. Lebih membuatkan saya cemburu adalah gadis umurnya bawah saya boleh ada syarikat/kedai sendiri ataupun telah datang membuat pinjaman MARA untuk projek kontrak... 

Ini dah mengganggu gugat semangat saya sebagai student UUM dalam bidang Keusahawanan.. So, untuk itu, saya dan rakan kongsi mencuba untuk menjual Jubah dan beberapa barangan untuk wanita.. Sebagai permulaan mengejar impian menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya... Amin... 

JOM SEMUA MELIHAT DAN MEMBELEK-BELEK JUBAH di TheLadies Paradise... Harga masih dalam PROMOSI!!! Rugi la sesiapa yang melepaskan peluang ni.. Jenis kainnya pun selesa dipakai..  Sekiranya inginkan, boleh la ke Facebook saya dan pm di sana ok.... 

Sunday, April 1, 2012

Si Comel

Assalamualaikum.... Hello!!

Tertarik tak dengan tajuk entri saya ni??? Huhu.. Sebenarnya tengah mencari idea untuk buat report praktikal saya tapi entah macam mane "Si comel" ni berada dalam pemikiran saya... Nak tahu apa yang saya panggil "si comel"??? Jom sama-sama kita view ini cerita ok!!! Let's go!!!!

First sekali, view la gambar kucing oren + coklat ni.. yang 3 ekor ni antara anak-anak kecik saya yang tak berapa nak besar seperti cat yang lain.. Faktornye, saya sebgai ibu angkat tak sempat nak membelai dan bermersa sakan dengan anak-anak ni.. hehehe.. time mereka tengah mencari ketengan di tempat yang sangat tinggi, tapi bukan untuk membunuh diri ok.. :)


Friday, March 30, 2012

Malam Dinner

Assalamualaikum... Halo!! Halo!!

Saya sedar yang sudah lama saya tak mengupdate segala cerita di sini.. Huhu... Dah la sekarang ni sedang menjalani praktikal, so ape bole buat selain usha jer blog ni dari jauh... Hehehe.. Dah lame nak kongsikan story yang dah takde suam-suam kuku lagi.. Rasanya dah tahap lemau dan tepau.. Cerita ni berkisahkan GRAND DINNER.. Eh, bukan grand dinner macam kat tempat korang.. Ala event kecik-kecik jer der.. Sekadar nak melepaskan penutupan program business challenge.. Takkan korang dah lupe?? Mesti lupe kan... Yelah entri tahun bian la katakan... Huhuhu...

Perkongsian kemeriah yang tak seberapa best tapi bab makanannya memang terbaik... SAYA SUKA!! SAYA SUKA!! (ada nampak macam mei mei yang kawan upin ipin tak??)... Hehehe.. Korang tatap la gambar yang sempat dishoot pada malam kejadian.. Nanti pandai-pandai la korang buat kesimpulannya yer..



Terus terang saya katakan yang kumpalan saya iaitu ekspressure mendapat tempat ke 5 jer.. Tempat yang terakhir.. Saya tak malu sebab sekurang-kurang dapat juga seorang ahli RM50.00... Pengalaman yang ditimba pun cun juga.. Praktikalkan apa yang dipelajari dalam kelas ke bidang niaga sendiri walaupun tak sampai 2 minggu... Kiranya tempat last tu dapat RM500.00 untuk 1 kumpulan.. Ok kan??

Wednesday, March 14, 2012

Bercuti Seketika....

Assalamualaikum... 

Hai semua!!! Ok fine!! Lama sudah saya tak update.. Hari tu kata bagai nak rak, nak update la dalam 1 malam mesti up 3 entri tapi kan.. kan... idea takde.. Macam mane ni?? Hehehe.... 

First sekali saya sangat happy (sebelum pulang ke teratak tercinta) sebab sudah mengakhiri final exam yang terakhir di Bumi Sintok.. Ini bermakna berakhir la pembelajaran teori saya dan akan mengaplikasikannye melalui praktikal pulak.. 

Sebelum pulang saya dan my bff sempat la melancong seketika.. Ke mana???? Tempat yang pernah kami lawati sebelum ni.. Pelan asal nak pergi lata lain, bila dan sampai tempat pelancongan, hampagas... tak cun mane pun.. Habis mood saya hilang begitu jer... waaaaaaa.. Takpe.. Takpe.. kami pun ke pelan G.. hahaha.. Sebelum tu, kita layan pic sebelum bercuti... *berapa banyak daaa perkataan 'sebelum' ni wujud sebelum ni*... -->pening..



Tuesday, March 13, 2012

Keusahawanan 2008-2011 UUM

Assalamualaikum...

Morning semua... pagi ni bangun-bangun je terus terfikir nak sambung up entri... Al-maklum la final exam yang terakhir hampir tiba, assigmnt masih ada yang menanti.. Bermadu la assgmnt tu ye.. Yang nan menceritakan ni masih lagi berfoya-foya dengan halnya sendiri.. Huhuhu.. (mcm x caya je aku mengutuk diri sendiri)... Ni dah la dengan perut kosong, tak take breakfast lagi ma.. Lapar... Terus terjah lunch je la jawabnya....

Story dah lama berlaku, cuma belum berkesempatan nak up di sini akibat alasan yang biasa.... Huhuhu.. Pada 2 minggu yang lalu, saya pi la ke sesi bergambar bersama lecture dan kawan2 sama bacth 2008-2011... Ni sebagai kenangan terakhir kami di sini.. Yang berkumpul takde la seramai student yang ambik kos ni sebenarnya.. Lecture yang dapat mai pun 6 orang je.. Semuanya ibu2 kami.. Hehehe..



Zikir Terapi

Assalamualaikum.... 

Ok... Lama dah saya menyepikan diri dalam blogging ni... Apatah lagi berjalan-jalan ke blog orang lain sambil duduk minum kopi.. Wah, ditambah dengan makan nasi lemak... Best..Best... Huhuhu... Alasan yang dah terbiasa tak nak la digunakan lagi sebab readers semua dah tahu apa alasan tu kan??? Ke point utama jer la...

Pertengahan bulan lalu, yang membawa maksud bulan 2 ok ye readres... Saya telah menyinggahkan diri ke sebuah kedai yang biasa jer di Kluang ni.. Niat dihati memang dah lame mencari CD Zikir Terapi by Hafiz Hamidun... 

Akhirnya, penat berpusing-pusing dengan selok belok dan round bord kedai tu, jumpa juga saya dengan........ Bukan dengan Hafiz ni.. Saya pun dah pernah jumpa HH ni secara dekat-dekat.. Siap tersenyum malu lagi... Eh, bukan beliau tapi saya la yang pemalu sangat tu.. hahahaha.. Sampaikan tersekat perjalanan saya nak bergambar dengan beliau si kacak berlesung pipit dan berkacam mata... :)



Terus terang saya katakan yang CD ni memang best.. Terbaik dari beliau la... Tak jemu saya mendengarnya.. Sejuk jer telinga dan hati ni.. serta tak kan lari la lidah saya nak ikut sekali berzikir... Tahniah la kepada Hafiz Hamidun sebab dapat keluarkan album macam ni dan dengar khabarnya album ni dah terlaris di pasaran.. Alhamdulilah.. Beliau sekarang dah semakin berjaya.. Sekarang pun beliau berada di Mekkah... :)

P/S Sesiapa yang tak beli lagi, cepat2 la beli.. sebelum anda terlambat.. :)
© . | Blogger Template by Enny Law