Wednesday, October 3, 2012

Baru Jer Cakap

Assalamualaikum........


Baru beberapa hari yang lepas saya mention tentang gaya hias rumah berkonsepkan inggeris.. Tup... Tappp.... Tuppp.. Dah keluar di surat khabar baru yang menceritakan konsep ni.. Hehehe... Kali ni keluaran News Paper Metro bersamaan hari sabtu lepas yang bertarikh 29.09.2012... Ni nak kata macam bilik saya pun kena bertukar rupa ni... Hehee..

Dekorasi ruang yang berlatarkan perabot dan aksesori gaya inggeris yang memberikan keindahan luar dan dalaman sesebuah kediaman.. Sambutan terhadap tata hias ni menampakkan pertumbuhan yang pesat bagi pendapat saya.. Mungkin disebabkan pemilihan perabot yang semakin banyak dipasaran dan keperluan untuk penataan gaya ini turut diberi pendedahan yang banyak di media cetak (macam dalam gambar di bawah), media elektronik seperti join group di mana-mana sesawang sosial..  *Kan dah macam pengaraca pulak*




Gambar kali ni takde la banyak mana macam yang lepas sebab ni sebenarnya post ekpress untuk membantu meramaikan pembaca blog saya.. Hahaha.. Sungguh tidak sopan kelakuan cik tuan tanah ni.. Saya sekadar berkongsi pendapat dan minat kepada anda semua.. 

Kadang kala perubahan di dalam rumah amat diperlukan kerana ianya turut membantu mahluk yang mendiaminya berasa selesa dan nyaman.. Bak kata pepatah dahulu kala.. "Rumahku, Syurgaku"... Kan indah dan harmoni sekiranya rumah kita dihiasi cantik seperti salah satu gaya ini.. Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law