Friday, May 6, 2011

Hadiah Istimewa

Assalamualaikum.. 

Morning readers saya.. Jam sekarang menunjukkan pukul 1.06 pagi.. Saya masih tak tido,relax ar.. Pagi masih muda.. Memang pon muda sebab awal pagi.. Haha.. Tak lawak pon.. Penat and stress study ni, so rasa macam nak update blog je.. Jari pon bergerak sepantas kilat untuk mencari gambar yang cantik dan... Tetiba terpandang sebungkus hadiah dari Mr ____.. Lantas, idea datang mencurah-curah ke atas ruang draf entri blog saya ni.. Ape hadiah istimewa tu dan siapa yang begitu baik hati memberikan hadiah tersebut???? Sila skroll ke bawah ye adik-adik..


Wednesday, May 4, 2011

Jamuan SCUH UUM

Assalamualaikum

Mood : Sedang mencari-cari mood untuk study.. "Fuh!! Ku seru semangat untuk aku study for final exam hingga hujung bulan 5 ni.. Mai la wahai semangat study..." Tetiba je saya nak menyeru semangat yang semakin pudar lepas pulang ke kampung halaman 5 hari yang lepas.. Hehehe.. Tu la batak sangat nak balik kampung, sampaikan lupa diri nak final exam.. Sila move dari merepek dan jampi serapah ye cik tuan tanah... 

Tanggal 27/4 yang lepas, iaitu selepas saya bersama-sama my BFF menjalankan aktiviti datang dan pergi, petangnya pula saya ada jamuan SCUH UUM.. Dah menutup tirai kelas silat saya untuk sem ni.. Best bila dah masuk peringkat tamat ni.. Macam-macam ilmu yang saya dapat.. Tu belum cerita pasal majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu..Jom view picture kat bawah ni dulu.. Nanti saya sambung cerita lagi ye.. Eh! Bukan bersambung esok, tapi sat lagi je..

Tuesday, May 3, 2011

Aktiviti Datang dan Pergi

Assalamualaikum... 

Entri ke 2 untuk story bulan 4 yang asyik tergendala je.. Aktiviti yang saya rajin join seperti menghabiskan masa ke tempat yang aman damai lagi permai.. Melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan membuatkan hati menjadi lebih tenang dan menjerit di atas bukit mengakibatkan hilang semua stress buat sementara waktu.. Cewah.. Ayat agak puitis terselah di situ... 
Perjalanan aktiviti diteruskan dengan ke Gua Kelam.. Niat dihati nak menerokai gua tapi sesudah sampai di sana, hati hancus berkecai seperti tabung kaca jatuh ke lantai simen.. Tak boleh masuk ke dalam gua keran jambatan di dalamnya sedang dibaiki.. Sob..sob..sob.. T_____T... Sadis je.. Takpe.. Takpe.. Kami pon terokai la apa yang ada.. Jom view gambar di bawah sebab dah malas nak menaip.. Huhu

Muncul Kembali

Assalamualaikum..


Pergh!!!!! Dah lama der saya tak update blog ni.. Diri blog saya dah tak hairan dengan ketiadaan entri baru.. Dia dah lali dengan tabiat saya ni.. Alasan yang biasa diguna pakai oleh saya ialah sibuk + malas = idea kering... Hehehe.. Seperti biasa, story morry memang banyak nak dikongsikan, dari cerita awal bulan 4 until menutup tirai bulan 4 juga.. "Ce citer.. Ce citer", bak kata Ucop Wilca (mesti aku salah eja)., bantai je la, bukan masuk exam pon.. Hehe

Kedatangan bulan 4, menjadikan kehidupan negara saya tonggang terbalik, huru hara tak serta merta ditambah sedikit garam tugasan.. Tugasan tu jangan ditanya berapa banyak, tetapi harus ditanya kenapa saya tak sempat nak update blog.. hahaha.. First story pasal Drama Spanish yang saya sertai, saya hanya watak sampingan sebagai nenek kepada Si Budak Merah a.k.a Caparucita Roha.. Ala cite budak merah yang nak dimakan oleh serigala jahat tu.. Sila ingat kembali ye adik-adik.. 

 Nenek Tua..
© . | Blogger Template by Enny Law