Tuesday, May 3, 2011

Muncul Kembali

Assalamualaikum..


Pergh!!!!! Dah lama der saya tak update blog ni.. Diri blog saya dah tak hairan dengan ketiadaan entri baru.. Dia dah lali dengan tabiat saya ni.. Alasan yang biasa diguna pakai oleh saya ialah sibuk + malas = idea kering... Hehehe.. Seperti biasa, story morry memang banyak nak dikongsikan, dari cerita awal bulan 4 until menutup tirai bulan 4 juga.. "Ce citer.. Ce citer", bak kata Ucop Wilca (mesti aku salah eja)., bantai je la, bukan masuk exam pon.. Hehe

Kedatangan bulan 4, menjadikan kehidupan negara saya tonggang terbalik, huru hara tak serta merta ditambah sedikit garam tugasan.. Tugasan tu jangan ditanya berapa banyak, tetapi harus ditanya kenapa saya tak sempat nak update blog.. hahaha.. First story pasal Drama Spanish yang saya sertai, saya hanya watak sampingan sebagai nenek kepada Si Budak Merah a.k.a Caparucita Roha.. Ala cite budak merah yang nak dimakan oleh serigala jahat tu.. Sila ingat kembali ye adik-adik.. 

 Nenek Tua..


Lepas habis drama spanish ni, mula la sibuk dengan lawatan FB, bukan facebook tapi family business.. Dengan kena buat laporan, ditolak dengan masa saya pergi karok dan didarab dengan join aktiviti gara-gara nak dapatkan banyak sira serta dibahagikan masa dengan berjalan ke Gua Kelam... Hehehe... Sibuk kan saya?? Kadang kala je suka menyibukkan diri.. Karok tu dah jadi rutin bulan 4, sebab sangat stress waktu tu.. Meh tengok pic kat sini.


Cite pulak pasal family day PERSANA a.k.a Persatuan Anak-anak FELDA.. YES!! Saya memang anak FELDA.. Tetiba nak riak kejap la.. Saya dan kawan2 tergolong dalam group OREN.. Happy betul la dengan ahli group ni.. Yang penting, asal menang, mesti ambik gambar 1 group.. Dan yang RASMInya kumpulan OREN adalah JUARA!!! Hidup OREN!!



Fuh! Panjang juga entri ni... Cite pasal Gua Kelam dan yang lain-lain, bersambung esok ok... Hehehe.. Kalau tak esok, jap lagi la.. Kesian kat readers saya kena view banyak gambar yang entah apa-apa ni... Adios..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law