Friday, December 31, 2010

Penutup segala cerita di 2010

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan salam jumaat pada penghujung tahun 2010.. Rasanya ni entri yang bakal dipublishkan dan dimunculkan pada jam, minit dan saat terakhir di hari pengakhiran 2010... Saya sedang menghitung detik-detik untuk melangkah ke alam dan dunia baru yang semakin mencabar.. Jangan diucap selamat tinggal, tetapi ku mahu mengucapkan jua... Adios 2010... Kini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada tahun 2011 kerana bakal memberi pelbagai perkara yang harus saya tempuhi... Hahaha.. 

2010 merupakan tahun yang banyak memberi pengajaran dalam kehidupan saya.. Dengan kenangan yang indah, manis, pahit, masam, perit, masin, etc.. Tahun tersebut memberi lebih kekukuhan diri saya dengan kematangan seiring umur yang semakin meningkat.. Saya dapat rasakan kerana saya boleh mengawal diri dan emosi yang hampir seimbang dengan apa yang harus dilakukan... Pelbagai peristiwa yang berlaku sama ada ianya terjadi untuk kesedaran diri saya atau untuk orang lain.. Saya ni jenis yang suka mengambil pengalaman orang lain dan menjadikannya iktibar kepada diri sendiri.. Saya sedar yang ketabahan dan kesabaran saya ada hadnya, Alhamdulillah.. Sepanjang tahun 2010, saya masih kuat mempertahankan kesabaran saya dari menurun ketahap yang negatif... Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang Allah berikan dan masih memberi peluang saya untuk terus bernafas di bumi.. 

2011.... Permulaan hari yang baru dengan azam yang baru... Azam??? Masih difikirkan.. Azam tahun 2010 sudah terlaksana ke cik su oii... Tetiba nak menambahkan lagi list azam yang berkurun-kurun tu... Hehehe... Harapan saya untuk tahun 2011, semoga apa yang saya laksanakan dapat dijayakan, meningkatkan kesedaran dalam memuhasabah diri dengan kesyukuran dan ketaqwaan kepada hanya yang Esa, Menkukuhkan lagi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh segala ujian dan cabaran yang bakal dilalui dengan tenang.. Mendapat lebih keceriaan dan kebahagiaan serta 'nur' yang diimpikan.. Lagi???? Ada la... Rahsia... Hehehe... Sebelum ditinggalkan, mari view ucapan saya.. Cewahhh... Macam perdana menteri pulak.. Padahal cuma nak letak gambar je... Daaa... Adios....

Gambar dah 2 minggu yg lepas..
5...4...3...2..1.. !SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

Wednesday, December 29, 2010

Aset Sekolah

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia readers ku.. Ni entri yang bakal menutup tirai 2010... Bercuti sambil melakukan aktiviti berjalan, adalah suatu yang tidak seronok, anda tahu... Sebabnya apabila poket pt saya dah kering, amat perit untuk berbelanja time cuti panjang macam ni.. Ditambah pulak, abang saya yang mengajak keluar bersama bakal isterinya.. Pada saki baki hari terakhir saya di kampung, abang saya sempat mengajak saya untuk membeli aset persekolahan adik saya pulak.. Mentang-mentang la tinggal adik bongsu saya je yang hanya bersekolah, so, abang saya pun menjalankan tanggungjawabnya membelanja keperluan perseolahan dia.. Untungnya kau, akak dulu, takde la nak beli barang mahal-mahal.. Beg pun 1 je.. 


Sebelum bershopping, seperti biasa.. kena isi perut yang dah bersemangat kental untuk melawan kelaparan.. Dia nak belanja makan, so, dengan perangai syaitan yang tetiba datang, saya pun ajak la abang saya pergi makan kat restoran MaMa CHOPS & PaPa GIRLL.. Dengan muka tembok, saya mengakui untuk mengambil kesempatan terhadap abang saya dengan membelanja makan western food.. Menu yang di oder oleh saya, Blackpaper Chicken Chop +  Ice blanded kiwi.. Dah bosan asyik coklat dan moncha je.. Bertukar selera pulak.. Sila view gambar-gambar tersebut..

Fuhhh!! Pukau abang saya supaya merelakan duitnya terbang..

Pelabuhan Tanjung Pelepas

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.. Dah berapa lama saya tak update blog??? Rasa-rasanya dah seminggu lebih.. Seperti biasa, bukannya saya tiada cerita tetapi kemalasan tahap dewi dan bidadari kayangan telah muncul ditambah pulak dengan rempah line yang tak cukup kuat baunya.. Ke mana saya pergi selama seminggu?? Balik kampung!!! Menjadi PDT (Pendatang dengan izin).. Hehehe... Saje bertukar angin seketika... 


My untie and my uncle ni baik tau.. Selasa yang lepas dieorang mengajak saya pergi berjalan-jalan, kebetulan my untie nak bershopping aset peribadi anak-anak mereka.. Al-maklum la, sekolah dah nak dibuka tak lama lagi.. Sempena promosi Kembali Ke Sekolah, my auntie pun ambik kesempatan untuk berbelanja mengikut bajetnya.. Sebelum bershopping sakan, kena la isi perut dahulu dengan makanan.. Kami pun tersinggah di kedai makan Yeo.. Jangan salah tafsir, ini bukan kedai CINA tetapi Melayu.. Halal lagi tau.. Kedai makan nie terletak di tepian laut.. Berhampiran PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas), Gelang Patah, Johor.. 

Possing ala-ala itik pegang payung

Control ayu beb...

Monday, December 20, 2010

Indah

Assalamualaikum...


Petang guys.... Indahnya petang isnin nie apabila berada di kampung halaman tercinta.. Menghirup udara yang segar seperti berada di kawasan pergunungan Kinabalu.. Eh? Kenapa saya terdengar pelbagai bunyi yang bising-bising macam berada di atas jalan raya? Ooo... Kembali sedar yang saya berada di rumah mak cik saya... Cececewah..  

Entri sebelum ni berkisar tentang kerjaya saya sebagai guru sambilan kan? Setelah 3 hari mengharungi pelbagai kerenah anak murid saya pelajar yang ambik exam SPM Ekonomi Asas (EA), saya rasa sangat seronok.. Melihat gelagat mereka yang kerisauan, terpancar kemahiran untuk menjawab paper ni, dengan pelbagai soalan yang tak faham-faham.. Sangat comel2 gelagat mereka semua.. Huhu... 

Dari kiri : Faezah, Ayu, saya and my teacher, ckg Asrul

First Day : Kami membuat program dalam bilik mesyuarat.. Hari pertama mereka semua wat latih tubi yang banyak tu.. Tapi hari pertama fokus untuk konsep EA.. Masa ni saya ala-ala meow-meow gitu... Masih kekok dengan suanana menjadi bakal cikgu... Huhu.. Tapi ada la membantu sikit.. Ianya agak sukar sebab nak memantau pelajar dengan meja yang bersimpang siur.. Seperti tiada hala tuju...Huhu.. Namun, semuanya berjalan dengan lancar... Pelajar yang datang pun, boleh tahan ramai lebih kurang 30 orang kot.. Alhamdulilah... Sebelum move ke hari berikutnya, Jom layannnnnnnnnnn gambar-gambar ni..Huhu..

Fokus ckg saya mengajar

Thursday, December 16, 2010

Cat Gebu

Assalamualaikum..


Entri yang ni, nak story mory pasal kucing yang dijumpai.. Padahal kucing ni, jiran belakang rumah saya.. Ntah macam mana perjalanan cat tu, tetiba dah sampai sempadan rumah saya.. Lepas tu, menggedik-gedik dekat depan ayah saya dengan muka comel dan tak bersalah.. Tak sampai hati ayah saya nak halau sebab kucingnya berwajah seperti dalam foto di bawah.. 


Cute tak?

Saya suka sangat dengan bulunye.. Walaupun hanya 1 warna tapi bulunya mengembang gitu... Cuma kalau nak dibandingkan dengan kucing saya, Si Gemok tu, rasanya berisi sikit cat saya.. Berat pulak tu.. Tak sampai 24 jam pun, kucing nie bersinggah di rumah saya.. Tak sampai hati nak biarkan tuan punya kucing kerisauan tak tentu hala.. Tak baik buat orang lain risau.. Jangan amalkan ye adik-adik.. Hehehe... Praktis jadi cikgu pulak.. 

Masa ni nampak tak berapa comel kan?

Baru nak bercerita pasal kucing, hati berdetik suruh buat keje lain.. Adios..

Berekonomi Seketika

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia dan selamat petang... Fuh!! Bahang sangat saya kat rumah.. Cuaca hari ni tak menentu.. Pagi tadi, awal-awal dah hujan lebat lepas tu tengahari panas membahang pulak, petang... Hujan bakal menjelma seperti Band Hujan.. Nasib baik tekak ni dah dibasahi dengan aiskrim.. Lega..... Tadi pagi saya pergi ke sekolah menengah yang telah lama ditinggalkan.. Ada urusan sedikit mengenai program esok pagi.. Biasa la program bakal guru... Hehehe... Cukup-cukup la tue nak sangat jadi cikgu... 

Dalam perbincangan tu, bekas guru saya ada bagi latih tubi.. Giler ar saya cakap, banyak siot... Nasib baik ada soalan yang senang.. Macam kacang je.. Ada kaitan tak kacang dengan soalan Ekonomi Asas?? Sila jawab ea readersku.. Mula-mula tengok soalan tu, macam blur-blur seperti labu labi mendapat lobak merah... Pelik semacam je, padahal dah pernah belajar dolu-dolu... Dan dengan mudah saya tertewas sekali lagi dengan soalan tersebut.. Ya, saya WAJIB STDY BALIK! Kalau tak, kang nanti tak tahu nak jawab apa, time junior tanya.. Buat malu saya je... Hehehe... 

Tu la latihannye berserta nota.. Buku teks hanya pinjaman sahaja

Bakal menjadi seorang GURU

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia semua.. Wah tajuk su nampak hebat la.. Baiklah lepas je sampai rumah, mood nak buat entri baru memang melonjak-lonjak seperti monyet sintok dapat 16 kuntum bunga ros putih tapi bila duduk sorang-sorang dan berfikir-fikir.. Line kat rumah memang takde 3G, 4G, 5G... So, dengan rasa hampa dan hiba, saya batalkan niat tu... Padahal hati memang nak je terus cerita pasal perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta... Huhuhu.. Perjalanan saya macam biasa, tiada yang menarik... Cuma kepenatan tahap maksimum sebabnya lepas habis exam terus kemas bilik, memunggah segala aset dan ekuiti yang saya ada untuk di simpan.. Fuh!! Penat gilerr.. Lepas tu duduk pelbagai gaya dalam bas dengan masa 12 jam perjalanan.. Baiklah yg duduk tu dah biasa... Ape pulak yang luar biasanya??? Hahaha.. Tajuk entri ni la... Ok.. Tak lawak la su.. Move sekarang!

Ada tak ciri-ciri seorang guru?

Saturday, December 11, 2010

1 Hari lagi

Assalamualaikum..

Esok last paper.... Senangnye dalam hati, bila dah nak habis exam... Tetiba saya terasa tangan ni menggatai nak buat entri baru padahal hari ni sangat busy... Betul saya sibuk sangat... Sampaikan hanya tido lebih kurang 4 jam je.. Hebat tak saya?? Alaaa... Tak hebat bukan sebab sebelum ni pun saya pernah tak tido semalaman... Hahaha.. Annoying jap.. So, mendefinisikan saya akan balik ke kampung halaman esok malam... YAHOOOOOOOOOOOOOOOO!!!! Berguling-guling kat atas katil.... Baiklah tak lawak... Su move sekarang....

Pada saat dan ketika ini, saya SANGAT FOKUS STUDY ENTREPRENEUR LAW... Sangat ngeri dan triller kat subjek nie.. Memang pun.. Tak cukup masa nak duduk menghafal pelbagai akta, seksyen dan kes... Terus terang lagi tidak bersuluh, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa SAYA TAK SUKA LAW... Tapi ni la subjek law ke 2 saya.. Dolu2 masa sem 2,ye.. masih hingusan kat universiti dah berlagak nak ambik BUSINESS LAW.. Nasib baik lepas walaupun keputusan tak membanggakan.. Hahaha... Baiklah... tak boleh lama-lama pandang blog ni, kang tak FOKUS study pulak.. Berjalan ke karpet blog orang lain pun akan di TITIK NOKTAH buat seketika... Hehehe.. Sorry guys... Sebelum ni pun ada cerita pasal exam law ni juga.. Di SINI.. Esok exam pagi jam 9 until 12 PM... 3 jam tu... T_____T

Lagi satu penyeksaan lepas habis exam law ni, adalah dengan mengosongkan bilik.. Saya tak suka bab-bab mengemas, mempacking baju, mengangkut segala property yang sedia ada dalam bilik.. Sangat tak suka... Arghh!!! Tetapi kena buat juga, tiada siapa dapat bantu... Roomate je yang di harapkan.. Full STOP.

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011.. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

Assalamualaikum....


 Tetiba hati ni memanggil untuk join contents ni... Walaupun tengah stdy..



Sesiapa yang nak join, klik di sini....

Blog Larian

Assalamualaikum...


Saya sangat teruja apabila melihat ramai yang busy kan blog mereka dengan entri Blog Larian... So, dengan rakusnya sekali lagi saya menaip entri Khas untuk blog ni... Syarat dan terma yang dah termaktub dalam undang-undang Blog Larian ni adalah seperti berikut :


1) Wajib ada banner Ini



2) Sudah menjadi Follower  yang ke 546 Di sini
3) Perlu melengkapkan slogan seperti ni,  "Saya suka berblogwalking kerana ..." Tidak melebihi 30 patah perkataan.

'Saya suka berblogwalking kerana dapat menambah kawan baru yang hyperaktif serta tidak meletihkan tapak kaki saya namun hanya mata saya yang semakin mengecil akibat terlebih dos di lappy.' 

4) Tag 3 orang atau lebih.. aineenadia Helenamasyitafantaghiro Ckg Asheeq, errr.... dan.. hanee....
5) Saya kena bagitahu kepada rakan blogger yang udah di tag tentang Blog Larian ni..

Ok... semuanye dah dilakukan dengan lancarnya... Adios.....

Alamak!!!! Opsss... Terlupa

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia... Adakah saya mempunyai penyakit 'pelupa' yang tahap kritikal?? Mari pergi check ke doc.... Baiklah tetiba bila saya merenung lama-lama blog saya, saya merasakan seperti ada je yang tak kena... Silap pilih template ke, silap kombinasi warna ke, silap penulisan or gaya kata-kata ke, silap terjah blog orang ke..... T_________T

Merenung lama sampai LCD lappy saya menjadi bergetar-getar dan berdanggut seketika.. Saya perlu acess kembali apa yang PENTING sangat ni... Jap... Saya nak beradu dulu, baru boleh ingat apa hal kecemasan tersebut... ZZzzzzz... (bergedik nak tido waktu tengahari macam ni + study tak habis lagi = OTAK di +, di -, di darab dan dibahagi = Jem........... Nasib baik dah sediakan roti garnia... Hehehe... 

Selamat Ulang Tahun...

Apa yang PENTING sangat ni??? Ok, Fine! Saya dah imbas kembali guna scan satelit di minda dan hati saya.. SEBENARNYA, saya dah melepasi tarikh KERAMAT, iaitu 09/11/2009.. Tarikh tersebut merupakan entri PERTAMA saya dan saya bergelar blogger.. Alamak!!! Kenapa la saya boleh TER-lupa tarikh tersebut.. Padahal bulan september, and now berada di bulan Disember.. Saya mengaku yang kesibukkan mengajar saya erti kealpaan dan terlupa tentang hal-hal yang TIDAK PENTING.. TIDAK PENTING... TIDAK PENTING.. Memang not important ok.. Dah 3 kali saya ulang.. Tapi saya sangat gembira kerana akhirnya, saya masih lagi berdiri sebagai seorang blogger walaupun tak ramai yang follow dan glamour macam bloger lain... Nasib baik tak tutup blog lagi... NAK TUTUP BLOG Su Sweet Gurl????? OMG!!!!! Are you serious?? (Muka terkejut)..

Jeng... jeng.. jeng... Perasaan Becinta dengan blog semakin nipis, sebab tu tetiba membuat keputusan yang tidak memberangsangkan minda dan akhirnya keputusan tersebut tergantung serta terkapai-kapai sambil melambai ke udara... *Blup* *Blup* *Blup* Nie bukan ke bunyi batu jatuh dalam kolam renang?? Tak kisah la ke mana saya mencampak, melempar, membuang, menerajang, menampar keputusan tersebut... Yang PASTI ianya TIADA dalam KAMUS hidup saya... Hahaha.. Belagak la tu.. Saya tiada masa untuk berlagak tapi riak hanya 5 saat sahaja... 1..... 2...... 3.... 4.... 5.... Titik Noktah

Apa-apa pun HAPPY BELATED ANNIVERSARY MY BLOG SU SWEET GURL.. Dah setahun ummi jaga, belai, manja, mandikan, salin kulit dan baju, bagi sayang tapi kasih tertingal kat 'someone', kadang kala bag kamu annoying, bagi ilmu... Sekarang kamu dah bole berjalan, daripada tak reti bergerak ke guling-guling, lepas tu meniarap, dah mula merangkak, start bertatih (ala sayang blog ummi dah bertatih)... Hahaha... Owner dah mula annoying... Saya pun dengan seriusnya memberihatu yang dah banyak benda yang saya pelajari sejak menjadi blogger, menterjah dan mencela di blog orang lain, mendapat toturial yang berbunga-bunga, diberi kasih sayang teristimewa dari kawan-kawan bloger yang baru... Ianya merupakan sebuah KENANGAN YANG TERINDAH... Diharapkan perhubungan di antara rakan-rakan blog saya berkekalan ke akhir hayat... Amin... Sama-sama la kita berdoa sempena tahun baru ni... Adios.... 

Tahun Baru.. Azam?????

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia... Salam Ma'al Hijrah 1432... Rasanya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat datang tahun 1432 Hijrah kepada semua readers ku tersayang... Wah, dah kalender baru, azam pun kena baru juga kan.... Hehehe... Azam baru??? Rasanye termengidam minum air zam-zam la, atau pun nak naik carpet yang berbulu lembut sambil terbang di angakasa yang paling mencabar.. Tapi kalau dapat sampai langit pun cun juga kan? Lepas tu key wordnya, ZAM-ZAM ALA KAZAM, Terbang la wahai carpalela (ntah nama sape aku rembat untuk letak nama carpet pinky) ku sayang... ----------- Berangan seketika...


Yuhuuuuuuu!! Lagi 2 paper je untuk berjuang di medan peperiksaan... Lepas tue terus mengosongkan bilik tanpa meninggalkan sebarang kesan seperti kesan bauan yang mewangian, kesan vendalism yang biasa dilakukan (kena padam cepat-cepat wahai roomate) dan kesan tapak kaki kawan-kawan yang lazimnya saya seludup dari bilik lain, blok lain dan DPP lain... Syhhhhh!! Rahsia kite semua... Jangan kecoh-kecoh ar beb! 2 paper yang bakal ditempuhi ni amat menyakitkan.. Semuanya kena baca dan hafal.. Tak boleh jawab dengan hanya logik akal atau dengan nama popularnya KBKK seperti yang saya dah buat untuk paper2 lepas... Keutamaan  amaran diberikan kepada subjek Aspek Perundangan dalam Keusahawanan (APDK), saya dah 2 kali belajar undang-undang, so dah kena mahir dengan tektik dan teknik menghafal seksyen, nama kes, fakta kes, keputusan mahkamah kes, definisi dan pelbagai lagi la... Fuh!! Penat duduk menghafal.. Satu lagi subjek adalah International Business... Subjek yang membosan kan pada saya, sama macam subjek Marketing... Tak minat sangat tapi tetap kena baca.. Huhuhu... Di harapkan semua tips yang diberikan, memang masuk sebiji, sebulat, sepetak, dan seangkatannya.. Amin... 
Saya memang tengah Homesick sekarang ni..
Fokus itu penting ye kawan-kawan...

Cukup rasanye untuk setakat entri awal bulan dan tahun baru ni... Hehehe... Adios...
© . | Blogger Template by Enny Law