Thursday, December 16, 2010

Bakal menjadi seorang GURU

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia semua.. Wah tajuk su nampak hebat la.. Baiklah lepas je sampai rumah, mood nak buat entri baru memang melonjak-lonjak seperti monyet sintok dapat 16 kuntum bunga ros putih tapi bila duduk sorang-sorang dan berfikir-fikir.. Line kat rumah memang takde 3G, 4G, 5G... So, dengan rasa hampa dan hiba, saya batalkan niat tu... Padahal hati memang nak je terus cerita pasal perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta... Huhuhu.. Perjalanan saya macam biasa, tiada yang menarik... Cuma kepenatan tahap maksimum sebabnya lepas habis exam terus kemas bilik, memunggah segala aset dan ekuiti yang saya ada untuk di simpan.. Fuh!! Penat gilerr.. Lepas tu duduk pelbagai gaya dalam bas dengan masa 12 jam perjalanan.. Baiklah yg duduk tu dah biasa... Ape pulak yang luar biasanya??? Hahaha.. Tajuk entri ni la... Ok.. Tak lawak la su.. Move sekarang!

Ada tak ciri-ciri seorang guru?
Kalau la su ni di bagi peluang menjadi seorang GURU, korang agak la, subjek apa yang saya bole mengajar? Subjek kewangan, akaun, komunikasi, hubungan etnik, statistik gunaan, perkembangan perniagaan, undang-undangan perniagaan... Eh, nie bukan subjek untuk sekolah tapi fakulti la... Hahaha.. Baiklah, subjek tu semua saya tak berani nak tanggung risiko.. Mari tengok list  di bawah ni...
  1. Ekonomi Asas (100 undian tangan)
  2. Ekonomi Asas (80 undian calling-calling)
  3. Ekonomi Asas (260 undian talian hayat)
  4. Ekonomi Asas (500 undian SMS)
  5. Prinsip Akaun  (2 undian kaki)
Fine, anda semua berfikiran waras untuk ambik saya sebaga cikgu anda untuk subjek-subjek tersebut kan? Hahaha.. Melalui undian SMS yang terhebat.. Terima kasih kerana vote saya... Cukup-cukup.. Tak lawak su.. Baiklah dah buat muka seruis ni, saya memang bakal mengajar budak-budak SPM 2010 Ekonomi Asas untuk beberapa kelas.. Senang kata, saya menjadi faci la.. Tak percaya?? Takpe-takpe, nanti saya akan buat 1 entri khas untuk cara-cara yang bagus untuk menjadi faci...Terima kasih kepada bekas guru Ekonomi Asas saya sebab sudi mengupah saya menjadi faci.. Saya masa SPM dapat A2 tau untuk subjek ni.. (Cewah, berlagak kejap je).. TUNGGU dan LIHAT aje nanti..


Nie baru tingkatan 4, belum tingkatan 5 lagi..

Baiklah... Adios.. Nantikan entri selanjutnye... Hehehe

3 comments:

Cik Puan iLa said...

mulia kalau jadi pendidik.. :)

sweet gurl said...

Hehe.. memang sangat mulia.. Tapi saya sekadar berkongsi ilmu dengan junior2.. Tak rasmi pun jadi guru.. Salam perkenalan.. :)

Unknown said...

bagus jd cikgu ni..penuh mengisi ilmu dgn anak didik..gd luck sue

© . | Blogger Template by Enny Law