Friday, December 31, 2010

Penutup segala cerita di 2010

Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia dan salam jumaat pada penghujung tahun 2010.. Rasanya ni entri yang bakal dipublishkan dan dimunculkan pada jam, minit dan saat terakhir di hari pengakhiran 2010... Saya sedang menghitung detik-detik untuk melangkah ke alam dan dunia baru yang semakin mencabar.. Jangan diucap selamat tinggal, tetapi ku mahu mengucapkan jua... Adios 2010... Kini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak tahniah kepada tahun 2011 kerana bakal memberi pelbagai perkara yang harus saya tempuhi... Hahaha.. 

2010 merupakan tahun yang banyak memberi pengajaran dalam kehidupan saya.. Dengan kenangan yang indah, manis, pahit, masam, perit, masin, etc.. Tahun tersebut memberi lebih kekukuhan diri saya dengan kematangan seiring umur yang semakin meningkat.. Saya dapat rasakan kerana saya boleh mengawal diri dan emosi yang hampir seimbang dengan apa yang harus dilakukan... Pelbagai peristiwa yang berlaku sama ada ianya terjadi untuk kesedaran diri saya atau untuk orang lain.. Saya ni jenis yang suka mengambil pengalaman orang lain dan menjadikannya iktibar kepada diri sendiri.. Saya sedar yang ketabahan dan kesabaran saya ada hadnya, Alhamdulillah.. Sepanjang tahun 2010, saya masih kuat mempertahankan kesabaran saya dari menurun ketahap yang negatif... Saya juga bersyukur dengan segala ujian yang Allah berikan dan masih memberi peluang saya untuk terus bernafas di bumi.. 

2011.... Permulaan hari yang baru dengan azam yang baru... Azam??? Masih difikirkan.. Azam tahun 2010 sudah terlaksana ke cik su oii... Tetiba nak menambahkan lagi list azam yang berkurun-kurun tu... Hehehe... Harapan saya untuk tahun 2011, semoga apa yang saya laksanakan dapat dijayakan, meningkatkan kesedaran dalam memuhasabah diri dengan kesyukuran dan ketaqwaan kepada hanya yang Esa, Menkukuhkan lagi kesabaran dan ketabahan dalam menempuh segala ujian dan cabaran yang bakal dilalui dengan tenang.. Mendapat lebih keceriaan dan kebahagiaan serta 'nur' yang diimpikan.. Lagi???? Ada la... Rahsia... Hehehe... Sebelum ditinggalkan, mari view ucapan saya.. Cewahhh... Macam perdana menteri pulak.. Padahal cuma nak letak gambar je... Daaa... Adios....

Gambar dah 2 minggu yg lepas..
5...4...3...2..1.. !SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

2 comments:

Shaofie said...

jemput join segmen di blog. mudah je.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

Mia-Ina said...

salam ukhuwah sue dr kak mia

© . | Blogger Template by Enny Law