Wednesday, December 29, 2010

Pelabuhan Tanjung Pelepas

Assalamualaikum...


Salam 1 Malaysia.. Dah berapa lama saya tak update blog??? Rasa-rasanya dah seminggu lebih.. Seperti biasa, bukannya saya tiada cerita tetapi kemalasan tahap dewi dan bidadari kayangan telah muncul ditambah pulak dengan rempah line yang tak cukup kuat baunya.. Ke mana saya pergi selama seminggu?? Balik kampung!!! Menjadi PDT (Pendatang dengan izin).. Hehehe... Saje bertukar angin seketika... 


My untie and my uncle ni baik tau.. Selasa yang lepas dieorang mengajak saya pergi berjalan-jalan, kebetulan my untie nak bershopping aset peribadi anak-anak mereka.. Al-maklum la, sekolah dah nak dibuka tak lama lagi.. Sempena promosi Kembali Ke Sekolah, my auntie pun ambik kesempatan untuk berbelanja mengikut bajetnya.. Sebelum bershopping sakan, kena la isi perut dahulu dengan makanan.. Kami pun tersinggah di kedai makan Yeo.. Jangan salah tafsir, ini bukan kedai CINA tetapi Melayu.. Halal lagi tau.. Kedai makan nie terletak di tepian laut.. Berhampiran PTP (Pelabuhan Tanjung Pelepas), Gelang Patah, Johor.. 

Possing ala-ala itik pegang payung

Control ayu beb...
Di tepi laut yang indah.. Berdiri saya seorang..lalala~~~

Menu utama adalah makanan sea food, sebab dah berada di atas laut.. Hehe.. Tetapi mana bole kacang lupakan kulit, kena la menjual makanan yang berunsurkan daratan... My uncle oder menu, Tom yam campur, Ikan 3 rasa (tak ingat ikan apa, lost memory), ayam masak lemon dan sotong goreng.. Maaf ye readers, gambar makanan tak sempat nak tangkap sebab kami dah sentap dulu.. Huhu.. Dah la baru lepas hujan. perut dah berirama keroncong + rock = Lapar sangat tu.. So, view je la gambar sepanjang ada kat kedai ni je.. hehe

Family my untie

Dari kiri : Teha (ank ke 2), Nana (adik bongsu saya), Kiki (ank sulung)

Nie je gambaran yg bole saya dapatkan..

Gendang gendut kali kecapi, kenyang perut suka hati.. Perjalanan pun suka hati la menuju ke MYDIN, Johor Bharu.. Bershopping kat sane je... Jimat sikit, barang murah ditambah, ditolak, didarab dan dibahagi, semuanya BARANGAN MALAYSIA... Mari semua kita membeli barangan buatan tempatan.. Hahaha... Promot pulak.. Ramai juga pelanggan kat sane, 1 Malaysia la.. Sempat juga perhatikan gelagat kanak-kanak rebina mencari barangan sekolah kesukaan mereka.. Si ibu dan ayah dah pening kepala memikirkan apa sahaja barangan yang diambik anaknya.. Ntah-ntah barangan sekolah mereka dah boleh mencecah RM100+++ , mybe seorang ... Dasyat kan?? Dulu, zaman saya, barangan masih murah, lepas tu belum terdedah dengan macam-macam corak barangan... Kuno lagi la katakan.. 

Macam tu la cerita cuti saya.. Hahaha... Pendek sangat la su oiiii... Tadi awal-awal, macam besar sangat aktiviti bercuti.. Hehehe... Adios.. 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law