Monday, November 28, 2016

Seoul -> Busan - Day 6 Lunch at With Garden & Going Back to Seoul Part 2

Assalamualaikum

Ha!! Masuk jer restaurants ni... nampak dah NON HALAL.. tapi takpe asalkan takde makan daging.. harap juga masakan tu takde la letak wain masakan.. aiii.. risau tu ada.. teruja pun ada.. nak mencuba makan makanan korea yang tak pernah dirasa..

Meja kami sebaris dan 1 bilik.. so, cuma set 1 jer yang takde daging.. airnya aku rasa air buah kot.. sedap... haha..

Kat sini la aku baru dapat rasa dan jumpa nasi kacang merah dan 3 lagi nasi yang berlainan warna dan rasa.. not sure nasi apa.. sebab tak tahu menu.. datang jer dah semua terhidang.. cuma tunggu menu utama jer..


nampak sedap dah tu slide dish dia..

rasanya hijau tu rumpai laut.. tapi tak sure..

yang ni memang sup rumpai laut .. sedap..

ni la nasi yang aku cakap tu..

Tu airnya.. laju jer makan.. semua habis licin.. hahaha

Pada aku semua makanan free masa tour ni sedap2 belaka... aku yang tak makan ikan pun makan di sini sebab rasa ikan kat sini fresh dan selalunya digrill.. takde digoreng tau.. dan bestnya bila makan ikan kat korea ni, dia takkan bagi korang 1 jenis ikan, mesti akan bagi 4 atau 5 jenis ikan.. sebab tu la harganya agak mahal..

sebesar alam simbol restaurants ni..

Sebelum balik tu.. dalam bas dapat cenderhati dari K-Travel Bus ni.. dapat cake yang sangat sedap.. 2 perisa tau.. dan kotaknya punya la comel.. confirm kotak ni aku bawa balik msia sebagai kenangan.. sanggup lipat masuk dalam luggage tu nanti..

comel sangat kan!!!

ok.. sedap.. yang paling sedap rasa butter tu.. lembut je cakenya..

Last kami jumpa dengan kawan2 baru ni.. ada yang turun kat Changwon Terminal Bus sebab ada yang terus balik ke negara masing2.. kami pula dengan beberapa kawan lain terus ke Seoul.. 5 jam perjalanan mesti la diisi dengan zzzzzz.. Alhamdulillah.. pengalaman yang sangat berharga bagi aku.. kalau nak bayar tour ni bukan murah tau.. lepas tu dapat kawan baru dari pelbagai negara.. even hanya 2 day 1 night tapi kemesraan tu dah macam kenal lama.. hope 1 day, we will meet again my friends.. Thanks to K Travel Bus for the contest and congratulation to wawa sebab menjadi salah seorang pemenang dan baik hati bawa su sekali merasa semua ni.. kalau nak pergi sendiri, memang berkurun la nak sampai Changwon ni.. maybe next time if ada contest lagi, akan join again.. actually aku pun join contest ni tapi tuah tak menyebelahi aku..



Seoul -> Busan - Day 6 Jinhae Original Downtown (Tour ke Changwon) Part 2

Assalamualaikum..

Last place yang kami pergi ke Jinhae Original Downtown.. Kiranya macam pekan kecil di Changwon.. kenapa ke sini? sebab seingat aku la pekan ni merupakan penempatan awal di Changwon.. part lain2 dah lupa.. sebab masuk juga museum tu cuma penerangan yang singkat menyebabkan aku terlupa banyak benda yang aku dengar.. Haha.. sorry guys.. takpe.. bole google ok..

nak ke Jinhae Museum tu kena naik cable car ok..

 
view from cable car..


masa sampai sini, my tour bagi snack ni.. sedap... berkongsi juga... 

terpegun tengok art ni..

I'm here!!!

Masuk dalam ni banyak sejarah yang korang bole dapat.. memandangkan masa kami terhad, makanya tour hanya bagi penerangan yang penting sahaja.. time tu ada juga kawan2 lain merayap di sekitar situ.. haha.. bukan tak nak dengar tapi nak explore lebih, kang nanti masa dah tamat, tak sempat nak melihat sekeliling museum ni..


barangan lama.. tak sempat nak membaca..

sejarah awal penempatan di sini..

ni la yang aku cakap, memasing sibuk ke sini..

Selepas penerangan siap, kami pun bersama tour naik ke puncak museum ni untuk melihat pemandangan keseluruhan Changwon city... Indah pemandangannya.. Rasa puas dan melihat alam semulajadi bersama dengan pembangunan di sini.. nampak la segala benda dari sini.. 

Cantik kan...

Sempat snap ni jer.. 

and again i like that art.. 

Jom turun!!!

Selepas turun tu, kami sambung perjalanan ke kawasan sekitar dengan hanya berjalan kaki.. santai-santai gitu.. tour membawa kami ke kawasan yang sudah lama dibina dan masih dijaga rapi sehingga kini.. 

Pintu gerbang..


kedai paling lama tapi sayang masa kami datang, kedai ni tutup pula..

Selepas tour tu, kami masih ada masa lebih kurang sejam untuk berjalan di sekitar town dan kembali ke bus untuk lunch.. so, aku dengan wawa pun berjalan la ke sana ke sini.. nak melihat apa yang best.. tempat yang menarik untuk ambil gambar... aktiviti bebas la katakan.. so, jom kita jalan...


arah mana yang harus dituju..


meh la ke cafe hamba untuk merasa secawan coffee


the art untuk bumbung bangunan dan pembuka botol wine

ni memang dah takde keje... haha.. suka naa nak bermain benda ni..

Melompat lebih tinggi even aku ni rendah..

Thanks K-Travel Bus for the tour.. i really enjoy every moment and place..

enjoy for every moment and memories there..
 
alololo... adik nak ke mana tu??

Perut pun dah mula nak berdansa sebab breakfast pagi tadi tak kenyang.. so, kita tunggu la untuk lunch.. ntah apa yang bakal kami makan pun tak tahu.. yang pasti kedai tu memang ada jual daging.. ok.. ke mana kita lepas ni???

Seoul -> Busan - Day 6 NFRDI Enviroment Eco-Park (Toue ke Changwon) Part 2

Assalamualaikum...

Meh la menyambung semula draf entri yang banyak tu... perjalan tour diteruskan lagi untuk hari terakhir di Changwon ni.. Pagi ni lepas breakfast, kami ke NFRDI Enviroment Eco-Park. Tempat ni merupakan taman dalam bandar.. banyak tumbuhan yang ditanam di sini dan semestinya tempat ni popular masa season cherry blossom dan autumn.. 



Kenapa ke sini? cuci mata melihat alam semulajadi la.. teroka sesuatu yang baru di sini.. bukan senang nak dapat pengalaman macam ni.. cuaca agak mendung tapi tak gerimis.. sejuk je..

my tour tengah menerangkan serba sedikit kawasan ni..


tak ingat pokok apa.. tapi cantik pemandangan..


aku paling suka tempat ni.. kalau season cherry blossom, confirm cantik..

siap ada tasik yang luas tu..

Berdasarkan apa yang tour bagitahu, kawasan tasik ni, biasanya dibuat pengambaran dalam korean drama.. aku tak sure drama apa memandangkan takde apa2 signboard pun.. tapi iyekan jer la.. serius duduk depan tasik waktu petang2 memang best.. sunyi sepi dan mendamaikan... masa kami ke sini pun ada juga ahjussi dengan ahjumma hiking pusing2 ke taman ni.. tu aktiviti biasa bagi mereka yang sudah berusia..





Di sini pun facilities complete.. don't worry ok..
 
pemandangan dari sini, time autumn memang cantik..



bila daun pokok tu bertukar warna, mesti lagi cantik..

Dah pusing seround sambil relaxkan minda dan ambil udara segar, kami pun bergerak ke destinasi terakhir sebelum pergi makan tenghari.. sebelum keluar tu, ahjumma dengan tour panggil kami untuk melihat pokok lada yang buah ladanya berbentuk bunga.. agak pelik juga.. hahaha.. memasing sibuk nak snap gambar juga.. 


macam bentuk jambu air pun ada..

Ke mana kita lepas ni????
© . | Blogger Template by Enny Law