Monday, November 21, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 CUBE Entertaiment & 20 Space Cafe (CUBE Cafe)

Assalamualaikum...

Lega dah tekak.. teruskan perjalanan.. Bila dapat tahu pagi tadi yang CUBE Entertaiment dah berpindah dan kami pun dah tahu kat station mana, apa lagi.. melangkah jauh la kami pergi.. Hahaha.. Sanggup bekejar ke sini.. Yelah, kena tahu la juga kat mana bangunan baru.. next time dah tak menggelabah bila bawa orang lain pula.. Ceh, macam dah ada next trip jer..

Pada aku, bangunan CUBE Entertaiment yang baru ni senang nak jumpa.. dah la dekat dengan station.. pastu sebelah jalan je.. cumanya keadaan sekeliling tu macam pekan.. maksud aku bukan macam kat area bangunan besar-besar..  Bertambah la koleksi gambar CUBE Entertaiment yang baru.. Hehehe

Ni la CUBE Entertaiment building..

Ni 20 Space Cafe *gantikan CUBE Cafe*..

Untuk pengetahuan anda, CUBE Cafe dah takde tapi digantikan dengan nama baru iaitu 20 Space.. apa sebab tukar nama??? Aku tak tahu.. Ingat aku ni PA CUBE Entertaiment ke?? Hahaha.. Cafe ni 1 bangunan dengan CUBE Entertaiment.. cuma cafe pintu sebelah dan open untuk public.. CUBE Entertaiment bukan OPEN untuk PUBLIC ye.. 

Nak tahu juga macam mana konsep cafe baru ni kan... Lebih cantik or simple jer??? Jom scroll ke bawah...

word "CUBE" tak pernah tinggal..

Official punya barang BTOB.. Mahal cik kak...

ni pun barang official BEAST... 


Ada 1 sudut kecil kat sebelah kanan untuk ruangan barang official BTOB dan BEAST ni.. aku jengah je tengok harga.. tapi dah bole agak la mesti mahal kan... Hahaha.. So, kami pun terus oder nak minum apa dan tengok apa yang ada.. memandangkan dah tengahari, kami pun ambil keputusan nak beli cake dalam botol sekali untuk alas perut..

Pantulan cahaya dari atas cafe..

Ni wawa yang snap... masa dia nak ambil oder..


Cafe ni lebih besar ruanganya dan nampak lebih elegant..

New York Chese + Green Tea (kalau tak silap) + Sweet Potato Latte

Menu utama kat cafe ni adalah coffee (4,000 - 6,500 won) tapi ada juga beberapa minuman tea (~5,000 won), fruit ade, yoghurt smoothie, milkshake (5,800 won) dan sebagainya.. Cafe ni pun ada serves Daquoise (1,800 won) dan Bottle Cake (4,500 won) untuk desert..

Masa tengah duduk lepak makan dan minum, kami ternampak beberapa budak ni.. cara penampilan macam idol tapi susah nak cam sebab muka bertutup mask dengan pakai cap.. tapi ada la seorang tu tak cover muka.. kami tetap tak cam.. macam group baru debut.. dalam pada tu, sempat la snap picture and take vidoe.. mana tahu memang group idol baru..

Si wawa ni la send gambar tu kat kawan dia, sekali kawan dia cakap group bakal debut tak lama lagi.. nama group adalah PENTAGON (sekarang dah debut dengan lagu Gorilla).. Ok.. kebetulan tuah kami lagi sekali... hehe..

dapat snap dari belakang..

sorang tu la tak pakai mask and cap, tapi aku tak cam muka..

Nak juga lepak lama-lama kat sini.. mana tahu terjumpa BTOB atau BEAST kan... tapi nak buat macam mana, ada lagi cafe yang kena pergi.. esok pula dah travel dengan tour.. takut masa tak terluang pula.. Hehe.. Selesai jer tengok beberapa ahli group PENTAGON tu masuk CUBE building semula, kami pun bergerak keluar ke destinasi seterusnya..

Macam mana nak ke CUBE Entertaiment & 20 Space Cafe
Subway: Seongsu Station, Exit 1.. Keluar jer dari exit, korang jalan jer terus lebih kurang 5 minit.. korang akan nampak CUBE Entertaiment building di sebelah kanan korang.. dekat jer kan dengan station..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law