Tuesday, November 22, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 Chokom Shop (Yeoseob BEAST sister shop) & Yang Good BBQ

Assalamualaikum...

Dah penat berjalan jauh.. kami sempat la rehat kejap kat subway station.. lepas tu kita ke cafe lagi ye... destinasi seterusnya ke Chokom Shop.. dulu dipanggil Chokom Cafe & Shop..Cafe ni dimiliki oleh kakak kepada Yeoseob BEAST.. Kali ke 2 aku datang dan si wawa kali pertama.. dia nak sangat jumpa kakak Yeoseob tu.. tapi aku dah pesan awal2.. kakak yeoseob ni takkan ambil gambar dengan orang.. 

Last year aku pergi malam.. so, jalan ke cafe ni agak kurang ingat.. dah buat research juga.. sekali dah sampai dan keluar station.. tersalah arah pula.. haha.. tu la berangan lagi masa lintas jalan.. kan dah salah masuk jalan.. Hahaha..

kali sempat ambil gambar.. 

Comel je tangga ni...

Pergi sini ada ceritanya.. aku ni terlupa nak up to date kat ig kakak yeoseob ni.. akibat daripada kecuaian aku, dah la membawa wawa yang first time ke cafe ni.. kesian dia.. sebenarnya sekarang  kakak yeoseob ni dah tak buka cafe.. kedai ni dah dijadikan kedai jual barangan.. so, cafe dah tak wujud.. dah takde minuman.. kebetulan masa aku pergi hari tu pun kedai dia masih dalam penambaikkan.. barang apa yang akak dia jual?? jom tengok gambar di bawah..

duduk relax kejap... ambil nafas.. jauh jalan ni..

ni la koleksi barangan yang dijual..





Memang comel2 barangan yang dijual tapi kami tak beli pun.. kami duduk situ lebih kurang 15 ~ 20 minit juga la.. nasib baik kakak dia dengan kawan kakak yeoseob ok jer even kami tak membeli apa2.. dah bagi kami rehatkan kaki pun dah ok.. Hehehe.. masa di sini la kami susun plan semula.. ke mana yang lebih dekat dan memang perut dah lapar.. haus pun 1 hal lagi.. so, bincang punya bincang, kami nak pergi makan dan terus balik hostel.. masa nak balik tu, sempat la say 'good bye' dengan kakak yeoseob ni.. still comel dan cantik macam aku jumpa tahun lepas.. tapi sekarang die dah letak note 'tak dibenarkan mengambil gambar bersama noona Yeoseob'.. so, sesiapa nak mai ke sini be prepare apa yang patut.. patut la aku google, kenapa la chokom cafe ni buka sekejap je.. buka pukul 2pm~7pm jer.. rupa2nya dah bertukar rupa...

Destinasi terakhir untuk hari ni, kami nak makan kat Yang Good BBQ restaurants.. restaurants ni popular dengan pelancong msia.. tahun lepas tak bekesempatan so, tahun ni kena la pergi kan.. kat sini daging lembu berstatus HALAL.. daging tu diimport dari Australia kalau tak silap aku.. cara dieorang serves customer, memang ada soju dan ramai warga tempatan makan di sini lebih2 lagi waktu dinner.. so, persekitaran ni memang culture korea style.. kalau rasa was-was, baik jangan mencuba..

 https://sites.google.com/site/1132701091v1/_/rsrc/1389683418772/halal-restaurant/Depan-yang-good-1024x682.jpg?height=266&width=400
culik dari pak Google

Perut dah lapar sampaikan lupa nak snap picture kat sign board tu.. lepas tu, masuk jer nampak penuh meja.. dan memang ada pelancong dari msia selain orang local.. so, kami terpaksa duduk dulu untuk tunggu giliran dan duduk di mana meja kosong... al-maklum la sampai sini dah dekat pukul 8 malam.. memang time orang dinner.. bertunggu lebih kurang 10 minit, dan akhirnya dapat meja..

 http://3.bp.blogspot.com/-qx5bRFeWgqc/VLrLDDZoOvI/AAAAAAAAFos/PtHWCjr9PHk/s1600/yang-good-2-682x1024.jpg
ni antara menunya..

Kami oder daging lembu 100g jer (22,000 won)  dan ambil untuk 1 orang makan sebab tengok orang sebelah makan daging tu macam banyak.. risau juga kalau tak habis.. event perut memang lapar tapi bila dah masuk angin, selera makan turut terjejas.. ditambah pula dengan harganya tu.. kalau makan ramai2 lagi best..

Aku suka konsep kedai ni.. panggang daging sendiri.. korean style gitu.. selfie memang tak bole dilupakan ye.. korang  just bayar duit makan daging jer.. side dish dengan air tu semuanya free... sedap dagingnya.. lembut.. bila dah habis rasa macam tak puas makan tapi perut dah penuh dengan air, makanya dah takde ruangan nak sumbat lagi.. ok la, next time pergi korea, bole try lagi kan..
 
korean style BBQ..

Macam Mana nak ke Yang Good BBQ:
Subway: Yeoksam Station, Exit 6.. Korang jalan terus sehingga penghujung blok deretan bangunan tersebut, ada KFC di sebelah kiri anda. bila sampai dekat persimpangan jalan tu, belok koro dan terus jalan. sehingga sampai ke simpang pertama yang bole belok kanan, ambil jalan ni. jalan terus hingga sampai ke lorong pertama sebelah kiri.. belok kiri ke jalan Nonhyeon-ro 95-gil.. beberapa langkah dari situ dah bole nampak sign board Yang Good BBQ..

Macam Mana nak ke Chokom Shop:
Subway: Hoegi Station, Exit 1.. Jlan terus selepas keluar station. teruskan jalan terus sehingga jumpa T-Junction dan teruskan jalan terus. Korang perlu jalan terus dan tunggu trafic light untuk cross jalan.. teruskan jalan tu sehingga jumpa 7-eleven. korang akan melepasi Cafe Bane dan terus lagi jalan.. korang akan melalui 5-dollar shop dan jalan terus sehingga korang melepasi It's Skin shop.. tunggu kat depan traffic light sebab korang kena cros jalan tu.. lepas cros jalan tu, belok kiri.. jalan ke depan sikit, korang akan jumpa Chokom Shop ni..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law