Friday, November 25, 2016

Seoul -> Busan - Day 5 Tour K Travel Bus Ke Changwon Part 1

Assalamualaikum..

Pagi ni kami ada program 2 hari 1 malam bersama tour.. Sebenarnya hampir tak jadi tour ni sebab pemenang kontes adalah wawa.. aku hanya menumpang jer.. ingatkan dapat 2 tiket ke KPOP World Festival, rupa-rupanya 1 pemenang untuk 1 tiket.. Aku dengan wawa hampir-hampir nak batalkan ikut tour ni memandangkan takde tempat untuk aku.. sebab nama aku takde dalam senarai pemenang.. malam tu agak berfikir juga la.. tapi mungkin tuah menyebelahi kami, belum sempat wa nak bagitahu dia nak cancel ikut tour, agent tour tu bagitahu, aku bole follow dan ada tiket concert lebih.. so, kalau dah macam tu, kami ikut planning asal la..

Sebenarnya berat hati nak pergi tour ni sebab aku nak sangat tengok performance Infinite kat Sale Fiesta Music Bank tapi clash dengan KPOP World Festival.. date yang sama iaitu 30 September.. Hancur bekercai... harap la ada keajaiban lagi untuk aku berpeluang berjumpa depan mata dengan Infinite ni.. teruskan berharap ye..

Ni la jadual perjalanan kami selama 2 Hari 1 Malam..

Welfie dulu bah..

Kami gerak awal pagi la.. lebih kurang pukul 8.. memandangkan nak sampai Changwon menaiki bas ni lebih kurang 5 jam, sempat la zzzzz sepanjang jalan.. dah la hujan jer.. sedap tido sampaikan rasa tak bole tido.. hahaha... terlebih tido adalah jadinya.. Sampai Changwon City lebih kurang pukul 2 petang.. kami berhenti makan dulu sebelum menjalankan aktiviti yang disediakan.. Lapar dah perut ni.. breakfast dieorang memang ada provide tapi kami tak bole makan sebab sandwich daging & ayam je..

Ni la restaurants for lunch break..

menu lunch.. aku cuma tak sentuh isi ayam dengan telur tu jer..

mesti la welfie dulu sebelum makan..

Lapar... Lapar..Lapar..

Mesti korang ada tertanya-tanya kan, "Halal ke?" "Tak risau ke makanan yang dimasak tu mungkin ada campuran alcohol atau wine masakan?".. Sebelum ni, memang wawa ada bagitahu agent yang kami tak bole makan daging dan ayam.. Mana la nak cari restaurants Halal kat Changwon ni.. ntah-ntah memang takde.. So, apa yang kami bole buat, yakin yang makanan kami makan takde unsur benda haram.. Ni pun pengalaman bila korang pergi tour di luar negara dalam kumpulan yang bukan bangsa ko sendiri.. 

Apa-apa pun, kami makan hanya sayuran dan makanan laut sahaja.. yang nampak macam daging ayam atau lembu, memang kami takkan sentuh.. nasihat aku kalau korang nak merasa makanan original negara luar, pastikan korang yakin dan jangan sesekali was-was.. bila dah sekali rasa was-was, korang tak payah la masuk kedai tu untuk makan ye.. tapi kalau dah travel jauh-jauh, tak rasa makanan original negara tu.. pada aku sangat rugi.. sebab korang takkan dapat merasa makanan ni semua kat negara sendiri.. dan setiap kedai makanan mesti akan rasa lain cara masakan walaupun menunya sama.. 

Panjang juga aku membebel.. ok.. jom ke destinasi seterusnya....

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law