Tuesday, November 15, 2016

Seoul -> Busan - Day 2 KBS Exhibition Hall

Assalamualaikum...

selepas penat bekejaran seperti dalam Running Man.. kami pun kembali semula ke KBS Exhibition Hall.. agak payah juga nak cari tempat ni memandangkan kami keluar ikut Yeouido Station.. Kalau ikut National Assembly lagi dekat..  Dalam kehujanan gigih berpatah balik tau..


Kali pertama juga sampai sini.. sebelum ni hanya pergi KBS Building sebab nak kejar tengok idol.. Mencari juga bangunan ni sebelah mana.. Bila dah nampak KBS punya besar kat bangunan baru la teruja nak datang..

Bersama bola kuning

'Love in Moonlight'
Bersama Raon... Kenapa aawak tinggi daripada saya?

With my love... hehehe

Masa fenomena DOTS, perkarangan KBS Exhibition Hall ni ada standee Captain Yoo Si Jin (Song Joong Ki).. ingatkan ada lagi.. hampeh.. tapi takpe, lagi best ada stadee Park Bo Gum.. Yelah drama ni kan memang tengah meletup tup tup kat korea dan Asia.. So, wajib la bergambar even ianya standee... takde di msia ok..

KBS On ni free je masuk tapi ada masanya..


Mulanya kami memang blur juga kat sini sebab setahu saya memang ada 1 hall open to public.. mencari juga di mana pintunya.. Rupa-rupanya di KBS On tu.. Apa ada dalamnya??? Meh la usha gambar di bawah..

Masih ada lagi fenomena Captain Yoo tu ok..

Hall masuk ni banyak poster drama, news, sport dan pelbagai la yang melambangkan penyiaran KBS ni..

latar belakang with my oppa... 

Meh la kita beralih ke tingkat atas, rasanya kena naik beberapa tingkat untuk ke Exhibition Hall sebenar.. Misi jelajah ok..

Minat lakonan appa 3 kembar ni..

Ok.. setelah berhempas pulas menaiki tangga, kami jumpa la hall ni.. panjang sebenarnya laluan.. korang just ikut anak panah je.. kat sini korang bole tengok setiap sudut penyiaran KBS.. ada ruangan drama, music, news, sport, variety show, dan macam-macam lagi la...
Terowong kecil...

Gara-gara dieorang berdua la nama Korea naik..

Ni poster drama under KBS..

2 Day 1 Night.. Variety show yang best..

Again... poster drama..

Ni sudut berita @ rancangan kanak-kanak..

pemberita baru nak up ni...

Ni pula sudut berita utama...


Ok la pergi sini.. kepada sesiapa yang suka kan drama dan apa sahaja entertainment berkenaan KBS, memang wajib ke sini.. Ada juga info yang korang bole dapat tapi memandangkan aku tak lama di sini, makanya semuanya aku tak baca... Hahaha.. maybe next time bole datang bawa kawan lain.. masa tu nanti baru bole baca banyak info.. OK.. ke mana kita lepas ni??? Perut dah lapar juga ni... 

Macam mana nak ke KBS Exhibition Hall
1. Subway: National Assembly Station, Exit 4. Keluar je exit 4, akan nampak signboard KBS main building. Jalan terus kemudian belok kanan untuk simpang kanan yang pertama. teruskan berjalan sehingga nampak bangunan 'Island Park' sebelah kiri dan belok kanan selepas bangunan tu.. Main building KBS akan nampak dari situ..

2. Subway: Yeouido Station, Exit 3. Bangunan KBS ni terletak lebih kurang 20 minit berjalan kaki selepas keluar dari station subway.. belok kanan dan jalan terus ke Yeouido Park.. Korang kena menyeberangi Yeouido Park untuk ke sini.. Yeouido park tu ada gelanggang basketball, korang kena cross jalan tu dan belok kiri.. Jalan sikit dan akan nampak bangunan KBS..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law