Monday, November 21, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 Gangnam K Star Road

Assalamualaikum..

Setelah berjumpa dengan Roy Kim, moh la kita berangkat jumpa doll group k idol yang laim ye..

Kami teruskan perjalanan ke Gangnam K-Star Road..  First time juga ke sini bagi aku tapi bukan bagi wawa..  Misi nak peluk doll Infinite jer... Haha.. Aku rasa ada dalam 18 doll dan kami mula buat kerja giler.. Setiap satu doll akan ambil gambar..


So, korang bole bayangkan kami bergilir-gilir ambil gambar sepanjang perjalanan tu.. Hahaha.. Bertukar camera menjadi kebiasaan bagi kami.. Tapi kami tak jumpa doll Gangnam yang pakai spek hitam tu.. Radar dia dah hilang mana ntah..

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Sebenarnya di sini tiada apa-apa pun.. Tapi bagi fans kpop, tempat ni adalah wajib pergi untuk kenangan korang.. Kiranya korang boleh pilih doll group idol korang di sini.. Tapi yang group idol baru-baru debut tu, maaf ye tiada.. semua yang doll ni, group legend era 2010 ke atas.. Hehehe.. 













Cik kak tu dah penat nak possing apa lagi..


Akhirnya!!!  My lovely Infinite Doll is here!!


 
Misi next trip kejar group ni..

Terjumpa pokok pelik... 

Pergi sini free je.. korang nak tangkap seberapa banyak gambar pun boleh.. nak buat gaya macam-macam pun bole tapi biarla yang tak mencemarkan nama baik negara kita ye.. sebab kita melancong ni, membawa nama negara kita juga tau..

video

Macam mana nak ke Gangnam K Star Road:
Subway: Apgujeong Rodeo Station, Exit 2.. Korang keluar je dari station, jalan terus sikit dah nampak line K Star Road ni... So, korang berjalan la sampai penghujung doll Block B.. Tamat di situ..

1 comment:

kurakuraygslow said...

Kalau dari #Exit 7 lagi dekat. Keluar je dari #Exit terus terpacak doll ni depan mata. Hihi :D

© . | Blogger Template by Enny Law