Monday, November 21, 2016

Seoul -> Busan - Day 4 S.M Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment

Assalamualaikum..

Entri yang ni memang pendek ok.. sebab tempat ni dah kali ke 2 aku datang.. cuma tahun lepas, datang waktu malam..  Perjalanan diteruskkan ke beberapa syarikat besar idol kpop ni.. 

Kami ikut jalan melalui CUBE Entertaiment.. aku blur sikit sebab tak ingat jalan kalau dari Gangnam K Star Road ni.. wawa yang guide sebab dia dah lalu ikut situ.. 

Kami sempat pergi ke SM Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment.. Mulanya hajat nak ke CUBE Cafe yang tak jauh dari CUBE Entertaiment sebab wawa tak pernah masuk cafe tu lagi.. Aku pun bawa jer la seingat mana jalan yang aku tahu... Tup... Tup.. CUBE Entertaiment Building dah tak wujud di situ!!! Alamak!!

Agak hampa dan sadis juga la sebab tak tahu dan tak sempat nak up to date dengan entertaiment building  ni.. 

Masa aku datang, kosong jer.. macam tengah renovate bangunan ni..

Sini pun sunyi sepi juga.. Mana ntah idol semua pergi..

Masa kat sini excited ingat nak jumpa GOT7.. Hampa..

Berjalan-jalan ke hulur hilir nak cari bangunan cafe tu.. bila dah tahu CUBE Entertaiment & CUBE Cafe dah takde, terus search kat Google mana bangunan baru.. Rupa-rupanya dah berpindah ke Seongsu Station.. Dah la haus penat berjalan.. mencari CUBE Cafe dah berpindah pula.. Maka, misi seterusnya ke cafe yang mana kami masuk???? 

Macam Mana nak ke SM Entertaiment, JYP Entertaiment & FNC Entertaiment
Subway: Apgujeong Rodeo Station, Exit 2.. Ikut jalan dari Gangnamdoll Kpop tu ye.. Korang jalan terus melalui K-Star Road tu sehingga jumpa Citibank kat corner sbelah kiri korang dan jumpa Burberry di sebelah kanan korang.. Pastu, belok kiri dan jalan bersebelahan Citibank sehingga korang nampak bangunan Baskin Robbins tingkat 1 at Dosan-daero 89-gil. Cross jalan tu ke Baskin Robbins dan belok kiri.. Korang akan nampak bangunan lama CUBE Entertaiment..korang lepaskan ke bangunan lama tu dan di sebelah kiri ada jalan kecil, dan korang nampak Dunkin Donuts, seberang jalan je JYP Entertaiment.. Korang jalan terus lagi akan jumpa FNC Entertaiment.. melepasi FNC Entertaiment, korang jalan terus depan sikit dan belok ke kanan, korang akan jumpa SM Entertaiment.. 

Kalau masih tak faham direction aku, korang google je.. mesti ada punya direction in english ok.. don't worry.. semua di hujung jari jer..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law