Wednesday, February 23, 2011

Kursus Protokol

Assalamualaikum...


Cerita ni pun macam dah basi juga la.. Huhuhu... Biasa la bila dah kat u ni, kesibukkan selalu mengatasi kesenangan hidup.. Huhuhu.. Last saturday saya bersama kawan saya pergi menghadiri kursus protokol. Lazimnya kursus ni akan diambik oleh semua mahasiswa/si universiti sebelum melangkah keluar dari menara gading ni.. Kursus ni akan memberi banyak input kepada kami, terutamanya dalam perkara penampilan diri, etika sosial dan tertib makanan sewaktu majlis-majlis rasmi.. Group kami seramai 10 orang... Cukup betul untuk oder 1 meja makan... Huhuhu.. 

Sebelum keberangkatan kami

Sempat nak snap cover tu

Gambar di bawah ni selepas berehat selama 45 minit di luar dewan.. Ni la tatatertib ketika makan semasa majlis rasmi... Macam-macam peraturan dan sigh yang diajar.. Ada juga perkara baru yang saya belajar, contohnya, minum air.. Kita tidak dibenarkan untuk minum sambil memegang gelas seperti minum wain... Tetapi caranya seperti gambar ni bawah.. *model SND BHD*

Macam ni la etika ketika meminum air

Yang ni step untuk makan roti dengan butter

Sedap sungguh air tersebut

Roti dengan butter tu saya masih boleh telan tapi soupnye.... Serius tekak saya tak bole masuk.. Maybe sebab tekak ni dah manja dengan sup biasa.. Tak main la soup2 ala barat... Hahaha..Chieken chop tu, licin saya makan... Kawan-kawan lain terkedek-kedek potong ayam, saya dengan senang lenang potong... Bukan nak bangga tapi riak sikit la... Huhuhu... Saya dah biasa makan chieken chop kot sebab tu dah mahir bab-bab memotong ni.. Pencuci mulutnya aiskrim.. I LIKE IT!!!! Laju je saya makan, takde maknanye nak bersopan santun... Lepas tu kenyang la perut ni, dah takde nak bunyi lagu jazz.. Mybe kenyang kejap ke kot... Jeng... Jeng...

Ni la menunya..



Sementara menunggu makanan di sediakan, kami diberi masa untuk berehat sambil mengambil angin di luar EDC.. Dengan bangganya kami pun berlari-lari anak untuk memilih tempat yang menarik... Seperti biasa kami akan menjadi model tersendiri... Hahaha.. Apabila sudah berada di luar dewan, perkataan 'PROTOKOL' sudah tiada dalam kamus hidup kami... Hehehe.. 










Pelbagai gaya telah saya persembahkan untuk tontonan readers... Huhuhu... Apa-apa pun, kursus ni memang best..Banyak input yang saya dapat belajar.. Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan... Lebih meriah gitu.. Mood untuk menaip dah berkurangan akibat perut tidak sihat sepanjang hari ni... Adios... 

Hari yang ditunggu-tunggu

Assalammualaikum...


Entri sebelum ni ada saya menyebut pasal menghafal skrip filem presentation untuk kelas Spanish kan??? (Kepada readers yang ada terbaca la).. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.... Dup... Dap... Dup... Dap... Jantung kami menggegarkan perasaan dan diri sendiri.. Kebetulan kami ni tak pernah presentation buat masakan, first time beb... Segala bahan-bahan telah tersedia untuk dipersembahkan tapi sebelum tu, kami dah buat praktis supaya kurang sikit kesilapan teknikal nanti... 

Sedap kan????

Malam tu memang kami pukul habis salad ala sepanyol ni.. Al-maklum la, saya ni agak jakon sikit dengan benda-benda baru... Hahaha... Setibanya masa yang ditunggu-tunggu, ketua kami pun pergi membuat undian secara adil bagi memilih tempat giliran persembahan.. Bukan setakat masak, nyanyian dan tarian pun ada... Cuma kami tak sangka la ada 4 kumpulan yang memasak, so pagi tersebut bertuah la perut lecture dan kami dengan pelbagai makanan... Hehehe... Tapi tak banyak yang dapat saya snap.. Jantung berdebar, keadaan pun tak selesa, tetiba takut word yang dihafal telah hilang dalam kekabusan...

Group ni menyanyi 

Memasak roti susu

Masak roti juga.. Tapi tak ingat roti apa

Group dieorang menyanyi tapi pic tu gegar, ganti pic yang ni je la..

Akhirnya, sampai juga giliran kami membuat demo untuk memasak... Antara bahan yang diperlukan ialah salad, kubis, lobak merah, timun, tomato, epal hijau, dan epal merah... Kami sesuaikan dengan ketimuran sikit, so tambahan bahan adalah kentang rebus dan telur rebus... 


Apabila semua bahan dah dimasukkan ke dalam kolam renang besen sederahan besar, kita kena gaul dan kacaukan dengan mayonis Lady Choice... Gaulkan sehingga sebati... 


Setelah semuanya sebati dengan rasa yang secukupnya..Maka, terhidang la Salad ala Sepanyol kami... 

Ni la hasil kerja keras kami..

Walaupun tak semua kumpulan dapat membuat persembahan pada pagi indah tersebut, terpaksa ditunda.. Tapi kami happy sebab dah lepas dengan jayanya.. Harap-harap la dapat full mark 5%... Amin.... Kumpulan yang menari tak dapat snap sebab tak bawak kamera untuk hari kelas berikutnya... Adios..

P/S : Sesiapa nak membuat tempahan, sila isi borang ye... Kata-kata terakhir dari penaja, "Buat apa beli kalau boleh buat sendiri".... 

Shopping satu troli

Assalamualaikum...


Entri yang sepatutnye dipublishkan last week telah tergendala.... Hahaha... Kasian kamu... Last week (Tuesday) kami berlima telah menjalankan satu aktiviti yang kurang sihat untuk diamalkan sewaktu musim duit tengah membuat tarian dalam wallet.. Tak kisah la kalau korang nak pilih tarian jazz, tradisional, rock kapak, ballet dan sebagainya mengikut berapa banyak RM korang dalam wallet tu.. Hahaha.. Cik Su, sila move.... 

Kami telah melangkah pergi dengan jayanya ke C-Mart, Changlun, Kedah untuk membeli barangan dapur rumah persiapan untuk presentation Spanish kami... Sambil menyelam minum air, so, kami pun rela hati terjah mencari mangsa-mangsa bahan masakkan dan keperluan kami yang semakin darurat di bilik... Hehehe... 


Kalau korang semua ingat, selasa lepas kan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul,so ramai la yang turun padang ke C-Mart untuk berbelanja... Sampaikan nak ambik barang pun susah.. Belum cerita nak membayar barang-barang... Kalau anda hanya hendak membeli sebotol minuman, saya nasihatkan lebih baik beli di kedai runcit biasa... Sebabnya hanya kerana sebotol air, lebih kurang 20 minit kena tungggu giliran... Tu pun kalau orang depan anda tak banyak barang seperti kami...  Sebanyak mana barang kami???? Tadaaaa!!!!

Sila amati betul-betul, ada something di troli tu..

Tuesday, February 15, 2011

Sedar la diri tu sikit

Assalamualaikum..


Apa khabar blogger sekalian?? Korang sihat tak?? Saya tak berapa nak sihat.. Sebabnya, entri kali ni akan berbau kemarahan+kegeraman+menyampah = hati sangat sakit... Korang semua mesti agak terkejut sikit kan??? Sebelum ni jarang sekali saya meluahkan kegeraman saya di blog.. Tapi kali ni, saya betul-betul tak suka dengan perbuatan someone ni..

Nak tahu sebabnya???? Lihat di gambar kat bawah ni...


Ni sah BUKAN FACEBOOK SAYA! Orang yang tak sedar diri ni menggunakan picture saya di akaun fbnya.. 

Saturday, February 12, 2011

Happy Birthday Puteri Mira

Assamualaikum.. 


Happy bithday to my little niece yang berumur 7 tahun.. Happy birhday to Puteri Nuramira Isabella bt Kamalsah.. Si cilik yang periang dan manja ni dah besar rupanye.. Lahir pada 8/2/2004.. Seorang mak cik yang baik tidak mahu membelikan hadiah kepadanya berbentuk material tetapi kasih sayang yang terbaik untuk mira.. Huhuhu.. 


Possing terbaik!

Amira ni anak kesayangan abang long saya.. Sebab tu kami sambut ulang tahun kelahirannya dengan parti makan bersama keluarga tercinta.. Yang kelakarnya, dia sempat lagi merajuk dan menangis sebelum kitaorang wat birthday party untuknya.. Papanya tak layan kerenah dia yang suruh beli kek, sebab tu melalak ditambah dengan amaran keras dari abang long saya supaya TIDAK membenarkan amira ke dapur.. Hahaha.. Kasian de lo... Meh view beberapa gambar yang sempat saya snap..

Ni la keknya.. Comel doremon tu..

Kahwin lagi

Assalamualaikum...


Buenas tardes everyone.. !Hola!.. Dalam kesibukkan saya sedang melatih diri untuk bercakap dalam bahasa spanish, tetiba diri terpanggil untuk menaip entri.. sebelum ni dah banyak entri pasal kahwin, kali ni pun sama... Wink...wink.. Tak sempat nak masukkan cerita yang ni dalam entri lain.. Nanti tak syok.. 

Tanggal 5/2 yang lepas, saya sememangnya sibuk dengan agenda tersendiri terutamanya agenda majlis kahwin abang saya.. Tapi tak dilupakan kawan saya, Juliza Jum or nama kampung glamour dia, manja, telah melangsungkan perkahwinan.. Majlis dia saya dapat pergi walaupun sekejap je.. Dah petang pulak tu saya datang, time dia tengah wat agenda memotong kek.. Saya ingatkan tak sempat nak salam and jumpa face to face dengan dia, tapi alhamdulillah.. Dapat juga bersalam dengan dia.. Kata orang nak ambik berkat pengantin.. Hahaha.. Saya pergi pun bersama mak and abah saya.. Takde kawan yang nak diajak, so bawak la sekali mak abah.. nampak sikit yang saya ni anak manja.. Haha.. 


Suap ju, jangan tak suap.. Romantika betul..

Tahniah ya ju, walaupun saya takde bagi apa-apa hadiah kecuali menyumbang sedikit wang, tapi saya sentiasa doakan kebahagiaan rumahtangga ang berkekalan ke akhir hayat.. Cepat-cepat dapat anak tau.. Hehehe... Bile pulak turn aku ea???? 
Tiada motif...

Dah.. dah.. nak pi sambung hafal skrip.. Pakar pemakanan akan menjelma tidak lama lagi.. Adios...

Perkahwinan Pihak Lelaki

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia my readers.. Entri sebelum ni ada cerita pasal abang saya kahwin kan?? Sila baca DI SINI dan DI SINUN untuk keterangan lebih lanjut.. Setelah merehatkan diri selama 1 hari di rumah, saya pun mula la menyebuk kan diri dengan segala persiapan perkahwinan abang saya.. Kali ni bertempat di rumah mak ayah saya.. Majlisnya ringkas je.. Cuma sibuk mempacking segala berkat untuk para tetamu dan mengemas rumah serta merewang makanan.. Tang merewang makanan yang saya suka.. Makan!!

Pagi jumaat, 4/2, mak andam dah mai rumah, menyiapkan pelamin.. Ada cerita kelakar kat sini.. Kan abang long saya dulu kawin simple je.. Wat kenduri biasa je.. Takde pelamin segala.. Tup.. Tup.. Mak saya kalau bole, nak tengok abang long dan kak ipar saya sanding sekali... Hahaha.. Tergelak saya dibuatnya.. Apa lagi, abang long saya pun berkata 'TIDAK'.. Dia mana suka bab-bab bersanding ni.. So, musnah la harapan mak saya.. Abang long saya pun dah berkahwin hampir 12 tahun kot.. Tetiba suruh bersanding pulak.. Lawak betul la.. Hehehe..



Sabtu malam ahad, mak saya hanya buat majlis berzanzi je.. Al-maklum la, rumah pengatin lelaki takde la semeriah rumah pengantin perempuan.. Alhamdulialh, semua berjalan lancar.. Sampaikan saya takde keje nak dibuat..Tapi tugas say pada ketika itu, hanya bagi cenderhati kepada tetamu.. Tak sempat la nak snap gambar sebab duduk dalam bilik je... Hahaha..

Takde keje.. Bilik akak pun dah jadi stor..

Perkahwinan Armin & Yani

Assalamualaikum...

Morning semua... Wah....Sudah lama rasanya tak update blog dengan isu-isu semasa kehidupan saya... Sadis seketika... Hehe.. Minta maaf ye, kadang kala kesibukkan melanda diri, ditambahkan pulak dengan kekeringan susunan ayat sampaikan banyak entri yang tertinggal dan tak diedit lagi... Huhu... Ok, su kena move sekarang sebelum mengarut lebih lama lagi.. Push!!

29/01/2011 yang lalu, kawan sekampung+ 1 sekolah rendah+ 1 sekolah menengah  dari form 1 until form 6, dia KAHWIN! Alhamdulillah... Dah lepas kawan saya seorang ni.. Saya tak dapat pergi ke majlis tu.. Maaf ye yani.. Kebetulan ptptn tak masuk, tiket saya dah beli 1hb 2, so, kiranya membazir la kalau saya beli tiket lain kan?? Memang rasa macam kecewa juga la, sebab kawan yang dah lama kenal, bila dia kawin, saya pulak tak datang... Sadis lagi la.. Tapi kawan baik yani, merangkap kawan saya juga ada di sana.. At least dapat juga la saya melihat foto-foto dia kawin.. Sila skroll ke bawah..


Elly dan yani (best friend ni)

Dan husband dia pulak kawan kami juga.. Umur sebaya la katakan.. Husband dia dulu-dulu time kanak-kanak rebina (sekolah rendah), suka sangat mengejek nama bapak orang.. Ish, memang nakal la.. Tapi itu semua dulu kan armin??? Hehe.. Muka ang sama je mcm kanak-kanak dulu, tak berubah pun.. Macam takde seri la masa nak kawin... Huhu.. Saya bercanda je, jangan marah la pengatin baru.. 


Malam berinai.. Pasangan yang memang padan
© . | Blogger Template by Enny Law