Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Friday, May 18, 2012

KEPAK 2012

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Semua..

Kini saya kembali lagi untuk menyerikan blog cik tuan tanah yang dah hampir hilang serinya.. Hehee.. Biasa la semenjak hilanganya internet di rumah, kini saya beralih arah kepada internet office.. Tapi bukan semudah yang disangka apabila kesibukkan di pejabat menjadikan terbantutnya niat murni untuk menambah cerita yang dah tak berapa nak panas ni.. 

Ok!! Berbalik kepada topik cerita ni.. korang rasa, korang tahu tak apa itu KEPAK?? Bukan kepak ayam, bukan kepak itik dan bukan kepak burung.. serius saya katakan ini kepak sangat diminati oleh semua orang.. Sebabnya????? Saya pun turut serta dalam KEPAK ni.. ok.. ok.. saya dah tak merapu lagi... KEPAK 2012 ni merupakan program Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran a.k.a KEPAK yang dianjurkan bersama MARA.. Siapa yang tak kenal MARA tu, tak tahu la.. Hehehe.. 

Apa fungsi dan peranan saya dalam KEPAK ni??? Ok, baiklah.. saya ditugaskan oleh PMD Kluang untuk menjaga booth MARA.. Saya takde la nak serves sangat bab-bab menjaga booth ni sebab saya dah ada pengalaman berniaga di bazar dan karnival.. Cuma berbezanya, dulu saya berniaga dan menjual produk tapi kali ni saya memberi perkhidmatan mulut.. Kiranya memberi khidmat nasihat dan tempat orang ramai ingin tahu apa peranan MARA dalam membantu usahawan BUMIPUTERA SAHAJA ok.. Pengisian yang diberikan ialah dalam perniagaan, kerjaya, peluang pekerjaan dan pendidikan..


Di atas tu bukan gambar nak possing lebih-lebih atau control cun ke apa kan??? Cuma terasa perlukan gambar untuk menunjukkan saya bertugas di KEPAK sambil mempromosikan KEPAK dengan button yang besar tu... hehe.. Gambar di bawah ni pulak sepanjang bertugasnya saya dan rakan sepejuangan saya (budak praktikal a.k.a kawan sekos, seblok dan seuniversiti saya).. dan tak lupa juga bersama-sama staf MARA yang lain.. Terutamanya, PMD, PPMD dan PT.... 


Sunday, October 23, 2011

FASA 3

Assalamualaikum.... Hai semua..
Wah... Hari ni saya bersemangat pulak nak mengupdate blog kesayangan ni kan.. Yang ni punye citer agak terbaru juga.... Last week punye... Hehe.. Kepada readers yang dah baca SINI dan SINUN... Baru la korang semua akan faham kenapa title ni berfasa-fasa segala alam.. 

Ganas tak pic ni??? Hahaha

Alhamdulilah... Saya berjaya melalui ketiga-tiga fasa ni dengan tenang dan sabar, walaupun cabaran yang ditempuhi pun boleh tahan berat juga... Hehehe.. Fasa 3 ni hanya membuat laporan dan mempersembahankannya di hadapan para juri yang bijaksana... Hehehe.. Proses membuat laporan tu takde la memakan masa yang lama.. kami diberi selama 9 hari untuk menyiapkannya.. Dan pada hari terakhir program iaitu 19/10/2011, kami telah berkumpul di CeDi.. Laporan dihantar awal pada 17/10/2011.. Pada 19hb tu, kena present la readers sayang... Hehehe.. Segala macam perasaan ada pada diri saya.. Nasib baik la group saya kena present yg ke 3.. Kat tengah2... Takde la risau sangat.. Sampaikan kawan sekumpulan cakap muka saya, macam takde perasaan je... Hahaha... Saya cover cool la beb..  Meh jengah pic group kami present.. Muka saya takde sebab masa turn saya, saya tak reti duduk diam.. Last2 kawan saya rakam part tu.. Hehehe


Fasa 2

Assalamualaikum... 

Saya datang kembali untuk berkhidmat kepada blog kesayangan ni.. Hehehe.. Blog kesayangan la sangat kan sampaikan sanggup menduakan blog ni... Hahaha... Jeng.. Jeng... Kalau readers nak tahu, ce carik 1 lagi blog saya tu.. Tapi blog tu tak berapa nak hyperaktif sebab dia masih baby lagi... Hahaha.. Terus tajuk kesinambungan entri yang lepas.. Sila klik SINI.... 

Fasa 2 ni merupakan cabaran the best la untuk program ni.. Kami kena berniaga or dengan kata manja, menjual di Pesta Konvo UUM yang ke 24.. Pergh!!!! Saya tak takut, tak gementar dengan berniaga ni sebab dah pernah buat TAPI yang membuat saya naik bulu segala bulu roma adalah berniaga produk KESIHATAN.. Sebelum fasa 2 bermula, kami pergi taklimat pemilihan produk bersama usahawan-usahawan yang terlibat.. Punya la bertuah, president group kami mencabut undi produk kesihatan.. PRODUK KESIHATAN WA CAKAP SAMA LU DER.. Pergh!!!! Group kami dah risau semacam je tapi mula relax je.. Nak cover tu dari cepat melatah, bak kata wartawan gossip artis ni... Hehehe...

Nak tahu tak produk kesihatan macam mana???? Ok, nama perniagaan je dah buat saya berasa ape punye perniagaan ni... Classsic betul namanya..  Perniagaan Qurba Sdn Bhd... Anda pernah mendengarnya???? First time tahu pasal produk kesihatan ni.. Lepas menginterview usahawan berjaya tu, balik bilik terus saya study produk dan latar belakang company ni.. Kalau korang nak tahu, Jom terjah kat QURBA SDN BHD.. Malas nak citer panjang2.. 

Produk yang terdapat di gerai kami

Tuesday, October 18, 2011

FASA 1

Assalamualaikum semua...

Wah.... Lama betuk saya tak update entri... Hehehe.. Busy la katakan.. Ni pun curi masa study untuk update blog kesayangan yang dah bersesawang penuh habuk ntah apa2 dari mana2 ntah... Hehe... Terus ke story yang saya nak mory ni...

21-23/9/2011 yang lepas, saya join program Cabaran Rakan Niaga Keusahawanan.. Or lebih glamour dengan panggilan manja "Business Challenge".. Hehe... Program ni buat di Tasoh Lake Resort and Retreat, Perlis.. Program ni sebenarnya ada 3 fasa tau... Pergh!!! Penat kot nak tunggu sampai fasa 3, tapi disebabkan diri saya ni suka kan cabaran dan ingin menjadi usahawan, segala program nak join.. 

Dalam Fasa 1 ni, kami diberikan bengkel selama 3 hari 2 malam.. macam-macam aktiviti yang saya tempuhi.. Kebanyakkan aktivinya adalah aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal yang sangat tinggi.. Walaupun saya tak berapa nak tinggi... Huhuhu.. Aktiviti sebegini memang tak sah kalau tak dipecahkan kepada beberapa kumpulan.. Nasib badan tak baik.. Choi!!! Saya tak dapat 1 group dengan my best friends... Terpaksa la terkontang kanting keseorang dalam aktiviti kumpulan... Akhirnya saya kena nyatakan yang kumpulan saya pun BEST!!!! Hidup EKSPERESSURE!!!! Huhuhu... Apa la aktiviti yang saya asyik sebut-sebut tu kan??? Meh terjah ke roll di bawah.... 

Merangkak ala baby yang masih tak pandai berjalan....

Penjualan robot... Mai beli.... 2 RM 1... 

Monday, March 21, 2011

Kehilangan Title

Assalamualaikum..


Entri kali ni memang langsung dah takde idea nak bagi tajuk apa.. Mybe sebab kepala merangkap otak saya dah tersekat sikit dengan pembentukkan ayat assgmnt kot.. Huhu.. Ditambah pulak dengan tak tahu nak story mory apa untuk entri kali ni tapi tangan laju je menaip apa je yang terlintas difikiran... Hehe.. Jangan marah ye readers ku...

Pagi tadi saya punye kelas cuma ada 1 je sebab kelas lagi 1 tu BATAL.. Dengan semangat waja dan berjalan riang gembira nak pi daftar pratikum/pratikal.. Nasib baik time saya dan kawan-kawan saya sampai, dah tak ramai student.. Ok, pilihan tempat pratikum saya di Johor Bharu dan Batu Pahat.. Saya dah malas nak keluar jauh-jauh tapi ianya belum tentu lagi saya dapat dalam negeri Johor.. Harap-harap dapat la kat Johor.. Dah penat nak merantau jauh-jauh, tu belum fikir lagi kang kalau jodoh dapat orang luar negeri, macam mana pulak nak handle kan??? Huhu.. Nama pon daftar, tak sampai 5 minit dah siap..

Saya S.A.Y.A.N.G UUM

Wednesday, February 23, 2011

Kursus Protokol

Assalamualaikum...


Cerita ni pun macam dah basi juga la.. Huhuhu... Biasa la bila dah kat u ni, kesibukkan selalu mengatasi kesenangan hidup.. Huhuhu.. Last saturday saya bersama kawan saya pergi menghadiri kursus protokol. Lazimnya kursus ni akan diambik oleh semua mahasiswa/si universiti sebelum melangkah keluar dari menara gading ni.. Kursus ni akan memberi banyak input kepada kami, terutamanya dalam perkara penampilan diri, etika sosial dan tertib makanan sewaktu majlis-majlis rasmi.. Group kami seramai 10 orang... Cukup betul untuk oder 1 meja makan... Huhuhu.. 

Sebelum keberangkatan kami

Sempat nak snap cover tu

Gambar di bawah ni selepas berehat selama 45 minit di luar dewan.. Ni la tatatertib ketika makan semasa majlis rasmi... Macam-macam peraturan dan sigh yang diajar.. Ada juga perkara baru yang saya belajar, contohnya, minum air.. Kita tidak dibenarkan untuk minum sambil memegang gelas seperti minum wain... Tetapi caranya seperti gambar ni bawah.. *model SND BHD*

Macam ni la etika ketika meminum air

Yang ni step untuk makan roti dengan butter

Sedap sungguh air tersebut

Roti dengan butter tu saya masih boleh telan tapi soupnye.... Serius tekak saya tak bole masuk.. Maybe sebab tekak ni dah manja dengan sup biasa.. Tak main la soup2 ala barat... Hahaha..Chieken chop tu, licin saya makan... Kawan-kawan lain terkedek-kedek potong ayam, saya dengan senang lenang potong... Bukan nak bangga tapi riak sikit la... Huhuhu... Saya dah biasa makan chieken chop kot sebab tu dah mahir bab-bab memotong ni.. Pencuci mulutnya aiskrim.. I LIKE IT!!!! Laju je saya makan, takde maknanye nak bersopan santun... Lepas tu kenyang la perut ni, dah takde nak bunyi lagu jazz.. Mybe kenyang kejap ke kot... Jeng... Jeng...

Ni la menunya..



Sementara menunggu makanan di sediakan, kami diberi masa untuk berehat sambil mengambil angin di luar EDC.. Dengan bangganya kami pun berlari-lari anak untuk memilih tempat yang menarik... Seperti biasa kami akan menjadi model tersendiri... Hahaha.. Apabila sudah berada di luar dewan, perkataan 'PROTOKOL' sudah tiada dalam kamus hidup kami... Hehehe.. 










Pelbagai gaya telah saya persembahkan untuk tontonan readers... Huhuhu... Apa-apa pun, kursus ni memang best..Banyak input yang saya dapat belajar.. Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan... Lebih meriah gitu.. Mood untuk menaip dah berkurangan akibat perut tidak sihat sepanjang hari ni... Adios... 
© . | Blogger Template by Enny Law