Wednesday, February 23, 2011

Kursus Protokol

Assalamualaikum...


Cerita ni pun macam dah basi juga la.. Huhuhu... Biasa la bila dah kat u ni, kesibukkan selalu mengatasi kesenangan hidup.. Huhuhu.. Last saturday saya bersama kawan saya pergi menghadiri kursus protokol. Lazimnya kursus ni akan diambik oleh semua mahasiswa/si universiti sebelum melangkah keluar dari menara gading ni.. Kursus ni akan memberi banyak input kepada kami, terutamanya dalam perkara penampilan diri, etika sosial dan tertib makanan sewaktu majlis-majlis rasmi.. Group kami seramai 10 orang... Cukup betul untuk oder 1 meja makan... Huhuhu.. 

Sebelum keberangkatan kami

Sempat nak snap cover tu

Gambar di bawah ni selepas berehat selama 45 minit di luar dewan.. Ni la tatatertib ketika makan semasa majlis rasmi... Macam-macam peraturan dan sigh yang diajar.. Ada juga perkara baru yang saya belajar, contohnya, minum air.. Kita tidak dibenarkan untuk minum sambil memegang gelas seperti minum wain... Tetapi caranya seperti gambar ni bawah.. *model SND BHD*

Macam ni la etika ketika meminum air

Yang ni step untuk makan roti dengan butter

Sedap sungguh air tersebut

Roti dengan butter tu saya masih boleh telan tapi soupnye.... Serius tekak saya tak bole masuk.. Maybe sebab tekak ni dah manja dengan sup biasa.. Tak main la soup2 ala barat... Hahaha..Chieken chop tu, licin saya makan... Kawan-kawan lain terkedek-kedek potong ayam, saya dengan senang lenang potong... Bukan nak bangga tapi riak sikit la... Huhuhu... Saya dah biasa makan chieken chop kot sebab tu dah mahir bab-bab memotong ni.. Pencuci mulutnya aiskrim.. I LIKE IT!!!! Laju je saya makan, takde maknanye nak bersopan santun... Lepas tu kenyang la perut ni, dah takde nak bunyi lagu jazz.. Mybe kenyang kejap ke kot... Jeng... Jeng...

Ni la menunya..



Sementara menunggu makanan di sediakan, kami diberi masa untuk berehat sambil mengambil angin di luar EDC.. Dengan bangganya kami pun berlari-lari anak untuk memilih tempat yang menarik... Seperti biasa kami akan menjadi model tersendiri... Hahaha.. Apabila sudah berada di luar dewan, perkataan 'PROTOKOL' sudah tiada dalam kamus hidup kami... Hehehe.. 










Pelbagai gaya telah saya persembahkan untuk tontonan readers... Huhuhu... Apa-apa pun, kursus ni memang best..Banyak input yang saya dapat belajar.. Lebih-lebih lagi bila ada kawan-kawan... Lebih meriah gitu.. Mood untuk menaip dah berkurangan akibat perut tidak sihat sepanjang hari ni... Adios... 

2 comments:

gaung said...

esok baru aku nak belajar berprotokol..tapi kan,baju xada. baju belang belang je ade..

sweet gurl said...

Ok la tu... tak payah la nk protokol sgt... mcm biasa pi kelas... hehehe.. kalo x percaya, pi tnye kat aizu..

© . | Blogger Template by Enny Law