Saturday, February 12, 2011

Perkahwinan Pihak Lelaki

Assalamualaikum..


Salam 1 Malaysia my readers.. Entri sebelum ni ada cerita pasal abang saya kahwin kan?? Sila baca DI SINI dan DI SINUN untuk keterangan lebih lanjut.. Setelah merehatkan diri selama 1 hari di rumah, saya pun mula la menyebuk kan diri dengan segala persiapan perkahwinan abang saya.. Kali ni bertempat di rumah mak ayah saya.. Majlisnya ringkas je.. Cuma sibuk mempacking segala berkat untuk para tetamu dan mengemas rumah serta merewang makanan.. Tang merewang makanan yang saya suka.. Makan!!

Pagi jumaat, 4/2, mak andam dah mai rumah, menyiapkan pelamin.. Ada cerita kelakar kat sini.. Kan abang long saya dulu kawin simple je.. Wat kenduri biasa je.. Takde pelamin segala.. Tup.. Tup.. Mak saya kalau bole, nak tengok abang long dan kak ipar saya sanding sekali... Hahaha.. Tergelak saya dibuatnya.. Apa lagi, abang long saya pun berkata 'TIDAK'.. Dia mana suka bab-bab bersanding ni.. So, musnah la harapan mak saya.. Abang long saya pun dah berkahwin hampir 12 tahun kot.. Tetiba suruh bersanding pulak.. Lawak betul la.. Hehehe..



Sabtu malam ahad, mak saya hanya buat majlis berzanzi je.. Al-maklum la, rumah pengatin lelaki takde la semeriah rumah pengantin perempuan.. Alhamdulialh, semua berjalan lancar.. Sampaikan saya takde keje nak dibuat..Tapi tugas say pada ketika itu, hanya bagi cenderhati kepada tetamu.. Tak sempat la nak snap gambar sebab duduk dalam bilik je... Hahaha..

Takde keje.. Bilik akak pun dah jadi stor..

Alhamdulilah.. 6/2, hari majlis berjalan lancar juga.. Saya ditugaskan untuk menjadi 'banker' = menjaga segala duit sumbangan para tetamu.. Bahaya kerja ni, bila-bila masa je saya bole dirompak dan dituduh mencuri... Tapi amanah tetap amanah.. Gambar pun tak banyak yang dapat snap.. Sadis sebab tak bole pergi mana-mana, duduk kat sisi mak and abah saya je.. T____T.. 

Keceriaan seorang BANKER... :) DUIT... DUIT


Tapi ada kekurang juga majlis ni, kesian kat akak saya.. Kami tak beli kek tapi menggunakan pulut kuning untuk agenda memotong kek ke memotong pulut kuning.. Yang akak saya geram, orang yang datang rewang (kaum ibu di dapur) hanya menyiapkan gubahan untuk makan berdamai je.. Bukannya dieorang nak hantar ke meja dan menghiasnya... Terpaksa la kakak saya as anak tuan rumah yang kena buat.. Tak patut kan?? Dah masam muka akak saya masa tu.. Saya pulak tak bole menolong, sebab dah bertugas.. Sedara mara??? Tak kan la nak suruh sedara mara.. Mereka kan tetamu.. Pangkat lagi besar daripada orang yang merewang.. Lepas tu, kuih dan kerepek yang sepatutnya untuk sedara mara, orang yang datang merewang tak bagi... Apa kes dengan mak cik-mak cik ni... Kami tuan rumah, tahu la kami nak bagi kat sapa.. Geram tau... Jom layan gambar abang saya ni.. Nak pergi hilangkan geram jap..

  Pengatin baru sampai dlm jam 2.45 pm

Ni la silat pengantin... Bole tahan bunga-bunga silatnya.. Huhu

Mari bersanding... Bestnya..

Terserlah la kebahagiaan pasangan pengatin tak baru ni..

Masa bersanding, kami keluarga pihak lelaki tak sempat nak bergambar atad pelamin.. Semua busy, lebih lagi mak dan abah saya.. Tetamu dah bagi duit, kena la sentiasa ada di anjung rumah.. Tetamu yang datang ramai (buat tangan kanan bertindih di atas tangan kiri).. Sedara mara lagi ramai dari kawan  abah saya di kampung.. Orang rewang pun cakap, yang sedara mara saya memang ramai yang datang.. Sampaikan habis majlis pun ada yang masih datang.. Agenda memeotong pulut kuning tak sempat saya nak snap, sebab dah kepenatan dengan menjaga duit yang berkoyan-koyan.. Sadis jap la.. T______T.. Dah tu, takde sapa pulak nak menggantikan tempat saya.. 

Possing baik la abang dan kak ipar saya ni..

Bertambah maju gaya abang saya ni bila bergambar..

TQ kpd My BFF sebab datang walaupun dah sesat ntah ke mana je.. Huhu

Muka penat menjaga duit dan plan nak merompak diri sendiri..

Kakak ipar pun psssing terbaik la... Huhu

Lepas majlis, kami pun buat keje yang tiada manfaat..

Walaupun hati berpanas seketika semasa majlis berlangsung, kami sekeluarga tetap bersyukur semuanya ok.. Cuma lepas majlis, mak saya pulak K.O.. Mak saya kena gastrik sebab tak makan 1 hari ditambah minum air nenas.. Memang cepat la gastrik datang.. Mak saya terus pi hospital ditemani abah dan abang saya.. And then, kami pun mula bertugas kembali dengan mengemas kini rumah yang sememangnya banyak sampah sarap.. Adios.. 

2 comments:

© . | Blogger Template by Enny Law