Wednesday, February 23, 2011

Shopping satu troli

Assalamualaikum...


Entri yang sepatutnye dipublishkan last week telah tergendala.... Hahaha... Kasian kamu... Last week (Tuesday) kami berlima telah menjalankan satu aktiviti yang kurang sihat untuk diamalkan sewaktu musim duit tengah membuat tarian dalam wallet.. Tak kisah la kalau korang nak pilih tarian jazz, tradisional, rock kapak, ballet dan sebagainya mengikut berapa banyak RM korang dalam wallet tu.. Hahaha.. Cik Su, sila move.... 

Kami telah melangkah pergi dengan jayanya ke C-Mart, Changlun, Kedah untuk membeli barangan dapur rumah persiapan untuk presentation Spanish kami... Sambil menyelam minum air, so, kami pun rela hati terjah mencari mangsa-mangsa bahan masakkan dan keperluan kami yang semakin darurat di bilik... Hehehe... 


Kalau korang semua ingat, selasa lepas kan cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul,so ramai la yang turun padang ke C-Mart untuk berbelanja... Sampaikan nak ambik barang pun susah.. Belum cerita nak membayar barang-barang... Kalau anda hanya hendak membeli sebotol minuman, saya nasihatkan lebih baik beli di kedai runcit biasa... Sebabnya hanya kerana sebotol air, lebih kurang 20 minit kena tungggu giliran... Tu pun kalau orang depan anda tak banyak barang seperti kami...  Sebanyak mana barang kami???? Tadaaaa!!!!

Sila amati betul-betul, ada something di troli tu..
Menunggu dengan penuh kesabaran

Keceriaan di kala kesusahan itu penting

Apabila kepenatan menunggu giliran membayar sedang membuak-buak mahu ditemani dengan rest, kami pun buat la aktiviti yang sangat sihat.... Seperti biasa, model-model telah tersedia untul berbakti kepada mana-mana kamera yang bertuah... Hahaha.. Kasian kat kawan saya lagi seorang, hanya jadi juruphoto je.... Kesian... Kesian... KESIAN...
Possing paling the best..

Di sana ada kamera tersembunyi

Akhirnya, setelah lebih kurang 30 minit kami menunggu, sampai juga di kaunter pembayaran.. Fuhhh!!! Lega hati kami.. Dengan berbekalkan duit yang seciput, masih bole tampung perbelanjaan dapur kami... Seingat saya, kami je yang dah macam kanak-kanak rebina apabila asyik gelak dan bercerita je... Sampaikan segan dengan budak-budak matrik... Hahaha... Adios..

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law