Thursday, November 25, 2010

Tata hias Kediaman IMPIAN part 1

Assalamualaikum..


Saya tak pasti dah berapa entri untuk santapan blog saya pada 2 hari yang lepas.. Akibat tekanan yang cukup parah ke atas diri saya, maka dengan rela hati  saya break up seketika dengan slide kesukaan saya.. Dan terus ke halaman blog tercinta... Alamak!! Dah berapa lame la saya tak update blog?? Persoalan yang sudah basi dalam diri saya.. Huhuhu.. So, dalam keadaan saya yang ntah macam apa, nak kata orang, kehidupan rutin tak normal, nak kata burung hantu, selalu tido awal, nak kata orang gila, still otak, minda, batin dan fizikal masih bergerak secara hyperaktif... Lama-lama saya menjadi tak berapa mahir ketika berkata-kata akibat duduk depan lappy secara paksa tapi mata dan tangan serta pemikiran ligat ke arah bertentangan lappy... Bukan hal di luar tabie... Bukan.. Maksud tersiratnya, menyebukkan diri dengan study secara berlebihan daripada biasa.. Menjadikan ianya luar biasa.. Saya dah mula ke arah kata-kata tidak berfaedah tanpa wujudnya sebarang kadar bunga.. Huhu... Lebih kurang macam nie la rumah idaman saya.. Hehehe.. Tapi mampukah??



Baiklah, terus ke title.. Dalam duduk paksa untuk study, secara sengaja, tak sengaja saya terfikir akan rumah idaman yang diimpikan oleh saya dan bakal suami saya.. Peduli apa kalau suami saya tak suka dengan gaya penampilan rumah saya, yang penting ianya nampak sempurna di mata saya... Hahaha.. Malang sungguh siapa yang jadi bakal suami saya.. Tema yang menambat hati saya ialah kediaman Ala-ala Inggeris.. Yup.. Saya suka kan suasana dalaman yang putih ditambah dengan warna bunga kecik-kecik yang comel dan terang.. 

Gambar di bawah hanya untuk ruang tamu... Cantik dan kemas kan.. 

Wednesday, November 24, 2010

Perkahwinan

Assalamualaikum..


Sebelum ni saya ada membuat update kat status 'mukabuku' saya.. Mengenai perrkahwinan.. Kawan kakak saya, merangkap macam kakak angkat kepada saya, telah melangsungkan perkahwinan sejurus saya sampai di bumi sintok.. Tapi apakan daya, saya tidak dapat menghadirkan diri ke rumah kak salwa.. Bukan setakat perkahwinan kak salwa, malah kawan sekelas saya ketika form 5 pun membuat mahjlis pada 21hb november, bersamaan sehari selepas kepulangan saya.. Waaaaaaaaaaaaaa!!!!!! Sedih sebab tak dapat pergi.. Dah la rumah kawan saya tu berdekatan dengan rumah saya.. 

Ok.. Baiklah.. Mari kite mengeview gambar perkahwinan Kak Salwa..

Kad undangan perkahwinan kak salwa.. Cover???? Lost... 

Pasangan yang secocok... Kak salwa dan suaminya..

Sangat comel muka debaran pengatin...

Jawapan Muktamad

Assalamualaikum..

Ok.. Fine... Saya dah dapat jawapan muktamad dari kesedihan saya.. Setelah semalaman saya bersedih, kini.. Hari ini saya terus bersedih dan mengeluarkan air mata yang sangat berharga... Ramai orang kata (orang kata, bukan saya nak tekan butang lif and naik sendiri), saya seorang yang tabah, sabar dan kuat semangat.. Tapi realitinya, sekuat dan setabah mana pun diri saya, saya tetap manusia biasa yang sukar untuk menahan kesedian.. Apatah lagi ianya membabitkan masa depan saya.. 

Dah takde jalan lain or jalan alternanif untuk dilalui.. Saya harus teruskan perjuangan yang hampir ke penghujung untuk semester ini.. Dan saya juga terpaksa akur serta redha dengan ujian yang diberikan olehNya.. Saya sedar yang saya bukan seorang budak yang dilahirkan untuk jadi pandai dan boleh membanggakan keluarga serta diri sendiri.. Tapi saya telah cuba untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik setelah apa yang berlaku sepanjang kehidupan saya.. 

Kini semangat untuk menghadapi dan menduduki final exam, sudah semakin kurang akibat dugaan tersebut.. Saya sedar yang masa semakin singkat, tapi apa kan daya saya, apabila tetiba dugaan datang kepada kita dalam situasi yang kritikal... Saya hanya bole buat yang terbaik untuk subjek tersebut walaupun saya tahu yang harapan dan cahaya untuk __________ adalah sangat tipis bak sehelai daun kering yang melayang ditiup angain bayu.. 

Bukan saya keseorangan dengan dugaan ini.. Apa-apa pun, saya kena tingkatkan lagi program ketabahan saya untuk menghadapi hari-hari mendatang.. Mungkin pada orang lain, dugaan saya tidak la sebesar mana, tapi ianya memberi impact yang kurang baik ke atas pointer saya.. Bak kata pepatah dahulu kala, 'Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya'.. Saya harus bangkit dengan pengajaran yang saya perolehi dan mencari sesuatu yang baru... 


Sekarang time tutup laptop... Study... Tinggal 3 hari je lagi menjelang final exam paper pertama.. Orang lain dah 2 or 3 paper lepas, saya satu paper pun belum lepas lagi... Sebelum tu, mai minum secawan milo panas... Adios...

Tuesday, November 23, 2010

Owner Bersedih...

Assalamualaikum...



Ketika saya menaip entri ini, hati saya sangat sedih.. Ingin sekali menitiskan air mata... Saya mendapat satu berita buruk... Bukan saya sahaja yang sedang bersedih, kawan-kawan saya juga.. Perasaan ketika ni, bercampur baur.. Sedih+kecewa+risau+tak puas hati = Tak tergambar sedih dan pilu hati ni.. Hanya Tuhan yang tahu.. Apa sebab saya sedih??? Salah satu subjek carymark saya begitu RENDAH.. Memang nampak sangat yang saya akan GAGAL dalam subjek tersebut.. Dalam sejarah saya belajar di uum, tue la carymark yang PALING RENDAH.. Yang tak pernah saya dapat sebelum ni.. Tak tahu la di mana silap assgemnt kami... Kawan dari group lain bole pulak dapat markah yang boleh lepas subjek nie.. Saya tak mahu REPEAT subjek tu... TAK MAHU!!! Esok saya dan kawan-kawan akan berjumpa dengan lecture tersebut untuk mendapatkan penjelasan dan kalau kena buat back up assgmnt, saya sanggup buat untuk melepaskan subjek ni.... 


Apabila musim final exam TIBA......

Assalamualaikum... 

Alhamdulilah.. Saya selamat sampai ke hutan Sintok.. Perasaan???? Amat TIDAK GEMBIRA... Sebab perlu melalui final exam dulu... Seperti semester-semester yang lepas.. Hehehe... 

Sepanjang cuti yang berbaki 9 hari akibat banjir, saya sangat happy berada di rumah.. huhu.. Yang paling best sekali adalah KEPULANGAN saya ke rumahku, syurgaku.. Kepulangan yang TIDAK DIKETAHUI SESIAPA pun dalam ahli keluarga saya.. Senang bunyi "SUPRISE"!!!!! Wow... Semua ahli keluarga saya TERKEJUT!! 



Lebih kurang muka terkejut macam muka baby tu..Hahaha.. Oppss!! Terlebih sudah... Semua ahli keluarga saya percaya yang saya balik 15hb.. Tup..Tup.. Tok...Tok..Ring..Ring... Saya membunyikan lonceng rumah.. Tadaaaaaaaaaa!! Mereka terkejut sebab saya memiliki cincin permata! Hahaha.. Dieorang terkejuz sebab balik tak bagitahu... Nasib baik bas ke rumah saya memang betul-betul depan rumah.. So, tak payah la nak bersusah payah mengangkut segala beg dan berjalan kaki seperti orang yang tiada tujuan.. Hehehe...

Terkandas atau Mengkandaskan diri sendiri????

Assalamualaikum.... 

Hati tengah meronta-ronta mahu PULANG!!!!!! Tue la yang dikatakan hati saya.. Baiklah,saya telah TERKANDAS atau dengan kata lain, menyembunyikan diri SERTA MERTA di bumi Sintok.. Pada tanggal 3 november yang lalu, laluan keluar dari UUM telah diTUTUP.. Ini bermakna bukan mudah untuk mahasisawa/si keluar melarikan diri mereka daripada bencana alam BANJIR..

Ramai mahasiswa/si yang kelam kabut mencari tiket baru untuk pulang ke kampung halaman tercinta masing-masing... Sebabnya, tak tahan nak duduk lama kat dalam hutan.. Mana taknya, final exam telah ditunda selepas raya haji.. Menjadikan cuti study week panjang setelah diplus dengan cuti KECEMASAN... Hehehe... Saya???? Hahahaha... Rilex je masa tu... Tak fikir pun nak tukar tiket atau cari tiket baru.. (Padahal dalam hati dah @#*$%! kat pengurusan uum sebab final exam ditunda)... Geram + panas hati juga.. Tapi nak buat macam mana, Tuhan nak memberi ujian kepada hambaNya... 
Semasa budak-budak sibukkan diri mengemas segala baju yang hendak dibawa pulang.. Buku??? Langsung tak bawak.. Majoritinya la.. Hehehe.. Dieorang terpaksa pergi ke Sahab Perdana (busten Alor Setar), dengan menggunakan laluan alternatif... Menyumbangkan banyak belanja kerana melalui jalan yang jauh.. Dah la tambang kereta sapu ke Kuala Perlis untuk sebuah kereta RM100.. Baiklah, saya tak sanggup untuk berbuat demikian kerana duit ptptn dah hampir kering.. Al maklum la, saya ni bukanya anak Dato', sesuka hati nak mintak mak bapak duit.. Saya budak baik.. Cuma time terdesak je, dengan muka temboknya pergi meminta.. Hahaha.. Kembali ke perjalanan semula.. Lepas sampai ke Kuala Perlis, dieorang perlu ambik bas ke Sahab.. Tambang
ke sana  RM10 seorang.. Total sekarang??? Sila kira yea readers.. hehehe.. Bak

Saturday, November 6, 2010

Cabaran 1 Dalam 10 000

Assalamualaikum.....

Sekarang dah masuk bulan 11.. Wah cepatnye masa berlalu... Baiklah.. Baru berapa entri yang sempat saya terbitkan dalam blog tercinta saya ni??? Sila ke papan muka ye my readers... Hahaha.. Ntah la, saya pun tak ingat.. Mukadimah yang agak tidak berapa nak kelakar pulak.. Ok.. Fine.. Saya akan move ke hadapan.. GO..GO..GO.. Move.. Move...Move!!!!

Pada tarikh keramat 10.10.2010, saya telah menghadiri satu majlis yang cukup gilang gemilang bagaikan menghadiri majlis peranugerahan Bintang Popular... Serius saya cakap.. Bayangkan la saya berada dalam kalangan 10 000 orang.. Sila bayangkan dalam kadar yang segera... Ini la program 'JOM SILAT Cabaran Satu dalam 10 000 Silat Cekak Ustaz Hanafi'.. Anda semua terkejut ke yang saya ini seorang ahli silat cekak Hanafi? Kalau tak terkejut pun, buat-buat la terkejut.. Sejuk sikit hati saya.. Hahaha... Program ni memang best! Siap masuk dalam Malaysia Books of Records saya cakap sama anda... Mari saya story mory suasana perjalanan saya ketika berada di sana.. Iaitu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur..


Saya bergerak bertolak dari uum, lebih kurang jam 10 malam.. Tido??? Of couse la kat dalam bas... Ok, kalau dibilang ahli silat uum, takde la ramai mana.. So, dengan keputusan yang bijak dari President (dah mantan sekarang ni) kami pun menumpangkan ahli-ahli silat dari Polimas Jitra.. Ianya menjadikan hanya 38 orang kesemuanye termasuk kami.. Penuh 1 bas... Hehehe.. Tepat jam 5 pagi, kami pun sampai di Masjid Wilayah Persekutuan.. Saya tak tahu apa nama masjid tue..hehehe.. Sedar-sedar je dah sampai.. Padahal tak lena saya tido dalam bas.. Ok, selesai mandi dan solat subuh, lebih kurang jam 7.30 kami bertolak dari masjid dan menuju ke Hentian Pudu, untuk breakfast.. Dam tum,Dam tum ... Ting tong,Ting tong... Semua dah siap breakfast, JOM! Bertolak ke Dataran Merdeka untuk membuat rehasel bagi majlis petangnya..  

Pandangan dari helikopter!

Hanya satu gambar je yang ada sebelum majlis sebenar bermula sebabnya tak sempat nak ambik gambar..Huhuhu.. Saya akan sambung cerita kembali.. Semasa ber-rehasel, ada la sesekali gerimis turun.. Tapi kami tetap teruskan.. Kami mahukan majlis petang tersebut berjalan dengan lancar dan jayanye.. Kami semua dibahagikan mengikut negeri dan yang beruniform.. Saya mewakili Kedah dan tidak beruniform.. Sebab saya tidak beruniform?? Semester hadapan akan saya ceritakan ye.. Dan yang terbaiknya, saya dan my twin, Sue, dikelilingi pelajar-pelajar sekolah menengah.. Kami berdua terasa muda pulak.. Dah la kami berdua rendah dan comel-comel.. Lebih kurang sama je dengan pelajar sekolah menegah.. Turun ke lunch pulak la.. Lapar... Jom layannnnnn!!!

Lepas makan di sekitar Dataran Merdeka, ahli silat kami pun bertolak bergerak ke Masjid Negara, untuk menunaikan solat Zuhur serta bersiap untuk majlis rasmi dan sebenar-benarnya.. Sementara menunggu lagi beribu-ribu orang, kami pun sempat la berpossing sekejap... Jam 3 pagi... Eh.. chop.. chop.. pukul 3 petang la kami dah berkumpul semula untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi!!... Hehehe... Ok.. Kami tunggu, punya tunggu, punya tunggu.. Akhirnya setelah 1jam 15 minit, barulah majlis kami bermula.. Bukan salah kami tapi SALAH VVIP yang terhormat... ish..ish... Maaf, kata-kata saya agak kasar sikit.. Al-maklum la, tengah panas hati masa tu, dah la penat rehasel, lepas tue VVIP pulak datang lambat.. Time panas terik kami berjemur kat padang, nasib baik duduk bukan berdiri.. Lupakan kemarahan seketika... Mari View Koleksi gambar-gambar di bawah... 

Belakang Masjid Negara.. 

Tempat yang sama seperti gambar di atas..

Nie gambar paling cun

Sebelum program bermula..

Ramainya...

Nak mintak tolong....????

Bersiap sedia...

Adik-adik dari sekolah ...

Majlis berjalan dengan lancar.. Ada persembahan lading, persembahan tanpa senjata, persembahan bersenjata, persembahan mempertahankan bendera Malaysia dan banyak lagi la... Yang penting, semua persembahan memang terbaik... Sampaikan Zakiah Anas pun terpegun.. Sebabnya die jadi pengacara majlis kami... Hehehe.. Cuma saya ada rasa sedikit TERKILAN masa persembahan penutup, kami tak dapat buat yang terbaik... Penyebabnya, kami tak dengar pun yang dah mula persembahan penutup.. Tapi.. SEMUANYA BEST!!!!!! Seonok sangat... Majlis pun selesai jam 6.30 petang... Lepas bergambar semua.. Bermacam-macam possing.. Bas pun tiba... Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Polimas Jitra dan UUM... 






Namun, kami berhenti rehat dan mandi di Hentian R&R .... Dah tak ingat.. sebab dah lama.. hahahaha... Sorry guys... Ini memang kenangan salah satu yang TERINDAH dalam kehidupan saya.. Tercatat lagi satu memori yang tak kan pernah saya lupakan.. Namun, Silat Cekak Ustaz Hanafi ada MISI yang lagi HEBAT pada 2015.. InsyaAllah.. NANTIKAN!!!!! Hidup Silat Cekak Ustaz Hanafi!!! 



P/S : Ada juga video persembahan kami di dalam youtube... Try la cari menggunakan keyword 'Jom silat 10.10.10' @ 'Cabaran 1 dlm 10k'... 
© . | Blogger Template by Enny Law