Saturday, November 6, 2010

Cabaran 1 Dalam 10 000

Assalamualaikum.....

Sekarang dah masuk bulan 11.. Wah cepatnye masa berlalu... Baiklah.. Baru berapa entri yang sempat saya terbitkan dalam blog tercinta saya ni??? Sila ke papan muka ye my readers... Hahaha.. Ntah la, saya pun tak ingat.. Mukadimah yang agak tidak berapa nak kelakar pulak.. Ok.. Fine.. Saya akan move ke hadapan.. GO..GO..GO.. Move.. Move...Move!!!!

Pada tarikh keramat 10.10.2010, saya telah menghadiri satu majlis yang cukup gilang gemilang bagaikan menghadiri majlis peranugerahan Bintang Popular... Serius saya cakap.. Bayangkan la saya berada dalam kalangan 10 000 orang.. Sila bayangkan dalam kadar yang segera... Ini la program 'JOM SILAT Cabaran Satu dalam 10 000 Silat Cekak Ustaz Hanafi'.. Anda semua terkejut ke yang saya ini seorang ahli silat cekak Hanafi? Kalau tak terkejut pun, buat-buat la terkejut.. Sejuk sikit hati saya.. Hahaha... Program ni memang best! Siap masuk dalam Malaysia Books of Records saya cakap sama anda... Mari saya story mory suasana perjalanan saya ketika berada di sana.. Iaitu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur..


Saya bergerak bertolak dari uum, lebih kurang jam 10 malam.. Tido??? Of couse la kat dalam bas... Ok, kalau dibilang ahli silat uum, takde la ramai mana.. So, dengan keputusan yang bijak dari President (dah mantan sekarang ni) kami pun menumpangkan ahli-ahli silat dari Polimas Jitra.. Ianya menjadikan hanya 38 orang kesemuanye termasuk kami.. Penuh 1 bas... Hehehe.. Tepat jam 5 pagi, kami pun sampai di Masjid Wilayah Persekutuan.. Saya tak tahu apa nama masjid tue..hehehe.. Sedar-sedar je dah sampai.. Padahal tak lena saya tido dalam bas.. Ok, selesai mandi dan solat subuh, lebih kurang jam 7.30 kami bertolak dari masjid dan menuju ke Hentian Pudu, untuk breakfast.. Dam tum,Dam tum ... Ting tong,Ting tong... Semua dah siap breakfast, JOM! Bertolak ke Dataran Merdeka untuk membuat rehasel bagi majlis petangnya..  

Pandangan dari helikopter!

Hanya satu gambar je yang ada sebelum majlis sebenar bermula sebabnya tak sempat nak ambik gambar..Huhuhu.. Saya akan sambung cerita kembali.. Semasa ber-rehasel, ada la sesekali gerimis turun.. Tapi kami tetap teruskan.. Kami mahukan majlis petang tersebut berjalan dengan lancar dan jayanye.. Kami semua dibahagikan mengikut negeri dan yang beruniform.. Saya mewakili Kedah dan tidak beruniform.. Sebab saya tidak beruniform?? Semester hadapan akan saya ceritakan ye.. Dan yang terbaiknya, saya dan my twin, Sue, dikelilingi pelajar-pelajar sekolah menengah.. Kami berdua terasa muda pulak.. Dah la kami berdua rendah dan comel-comel.. Lebih kurang sama je dengan pelajar sekolah menegah.. Turun ke lunch pulak la.. Lapar... Jom layannnnnn!!!

Lepas makan di sekitar Dataran Merdeka, ahli silat kami pun bertolak bergerak ke Masjid Negara, untuk menunaikan solat Zuhur serta bersiap untuk majlis rasmi dan sebenar-benarnya.. Sementara menunggu lagi beribu-ribu orang, kami pun sempat la berpossing sekejap... Jam 3 pagi... Eh.. chop.. chop.. pukul 3 petang la kami dah berkumpul semula untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi!!... Hehehe... Ok.. Kami tunggu, punya tunggu, punya tunggu.. Akhirnya setelah 1jam 15 minit, barulah majlis kami bermula.. Bukan salah kami tapi SALAH VVIP yang terhormat... ish..ish... Maaf, kata-kata saya agak kasar sikit.. Al-maklum la, tengah panas hati masa tu, dah la penat rehasel, lepas tue VVIP pulak datang lambat.. Time panas terik kami berjemur kat padang, nasib baik duduk bukan berdiri.. Lupakan kemarahan seketika... Mari View Koleksi gambar-gambar di bawah... 

Belakang Masjid Negara.. 

Tempat yang sama seperti gambar di atas..

Nie gambar paling cun

Sebelum program bermula..

Ramainya...

Nak mintak tolong....????

Bersiap sedia...

Adik-adik dari sekolah ...

Majlis berjalan dengan lancar.. Ada persembahan lading, persembahan tanpa senjata, persembahan bersenjata, persembahan mempertahankan bendera Malaysia dan banyak lagi la... Yang penting, semua persembahan memang terbaik... Sampaikan Zakiah Anas pun terpegun.. Sebabnya die jadi pengacara majlis kami... Hehehe.. Cuma saya ada rasa sedikit TERKILAN masa persembahan penutup, kami tak dapat buat yang terbaik... Penyebabnya, kami tak dengar pun yang dah mula persembahan penutup.. Tapi.. SEMUANYA BEST!!!!!! Seonok sangat... Majlis pun selesai jam 6.30 petang... Lepas bergambar semua.. Bermacam-macam possing.. Bas pun tiba... Kami pun teruskan perjalanan pulang ke Polimas Jitra dan UUM... 






Namun, kami berhenti rehat dan mandi di Hentian R&R .... Dah tak ingat.. sebab dah lama.. hahahaha... Sorry guys... Ini memang kenangan salah satu yang TERINDAH dalam kehidupan saya.. Tercatat lagi satu memori yang tak kan pernah saya lupakan.. Namun, Silat Cekak Ustaz Hanafi ada MISI yang lagi HEBAT pada 2015.. InsyaAllah.. NANTIKAN!!!!! Hidup Silat Cekak Ustaz Hanafi!!! 



P/S : Ada juga video persembahan kami di dalam youtube... Try la cari menggunakan keyword 'Jom silat 10.10.10' @ 'Cabaran 1 dlm 10k'... 

2 comments:

Unknown said...

macam ini la...smart sikit yg aku punyer..hahaha...tp kn..memg best,,,

sweet gurl said...

Ah... ko mmg berlagak..hahaha.. at least entri aku bnyk gambar drpd entri ko..hahaha.. Betul2.. Program ni mmg Best.. antara memori terindah dalam hidup aku...hehehe

© . | Blogger Template by Enny Law