Saturday, October 16, 2010

Cinta & dot dot dot

Assalamualaikum semua readers saya.... 

Ape khabar? Tetiba rasa bersemangat pulak nak buat entri baru time petang-petang yang cukup mendamaikan apabila roomate meninggalkan saya kesorangan... Dia pergi mana??? Ntah la roomate saya nie, dah biasa meninggalkan saya untuk beberapa hari bukan tahun la.. Mungkin time macam nie, student ramai yang mengambil peluang nak mebaringkan diri diatas katil yang semestinye empuk.. Saya pulak sedang bergerak aktif menaip entri sebabnya idea untuk menaip tetiba muncul di fikiran... Tue la situasi yang saya cari sejak dua menjak nie... Hehehe


Pada pandangan saya la, CINTA itu membawa maksud yang universel... Hidup kat dunia nie sangat memerlukan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan kehidupan lebih harmoni.. Pada 5/10/2010 yang lepas, saya telah menghadiri satu ceramah motivasi.. Sbenarnya tak plan pun nak pergi tetapi disebabkan kawan saya ajak and tiket pun mash ada lagi, so, saya pun curi la masa cuti dengan program tersebut. Penceramahnya adalah DR FAZLEY YAACOB atau lebih dikenali dengan abang asmara... "Asmara ini yang hanyutkan kita, asmara ini yang ........."... Hahaha... Lupa lirik... Tapi saya suka dengan lagu beliau yang bertajuk 'Bila April' dan 'Superheromu'... Best kedua-dua lagu tue..Topic yang dikupaskan adalah mengenai Kerjaya, Cinta, Akademik dan Masa.. 4 topic yang general serta yang biasa kita alami masalah..




Saya sangat tertarik dengan cara dan gaya beliau memberi ceramah motivasi.. Motivasi beliau lebih berkonsepkan santai dan mesra bersama mahasiswa.. Beliau pun sudah biasa dengan mahasiswa/mahasiswi di dalam program Bicara Siswa sendiri.. Semasa beliau memberi ceramah tersebut, beliau tidak terlalu memfokuskan kepada cinta terhadap pasangan kerana beliau tahu setiap mahasiswa pernah mengalami perasaan bercinta sama ada sedang bercinta, akan bercinta, untuk mencintai, mencari cinta, untuk dicintai, sedang jatuh cinta, ataupun baru putus cinta.. Ianya lebih memfokuskan kepada Cinta kita terhadap ibu bapa serta ilmu.. Disamping itu juga, ia banyak menekankan tentang hala tuju diri untuk meningkatkan prestasi diri pada masa hadapan setelah bergelar Mahasiswa yang mempunyai segulung ijazah dan mempunyai modal insan yang berkualiti.. 





Beliau juga berpesan kepada semua mahasiswa bahawa penggunaan Bahasa Inggeris amat penting pada masa kini.. Terutamanya semasa menghadiri interview.. Komunikasi dengan para juri turut diambil kira di saat-saat akhir.. Ini bermaksud, setelah diinterview, kita sebagai mahasiswa yang ingin bekerja lebih banyak bertanya soalan.. Ini akan memberikan kesan yang positif terhadap juri untuk mengambil kita bekerja di sesebuah company tersebut.. Bercinta di dalam campus tidak salah tetapi ianya harus diseimbangkan dengan perhubungan antara kawan-kawan dan keluarga serta bijak mengatur masa belajar.. Memang tidak dinafikan bahawa apabila kita bercinta di dalam campus, kita akan menjadi lebih bersemangat kerana adanya insan tersayang yang selalu menyokong kita selain daripada keluarga dan kawan-kawan, tetapi ianya harus la berpada-pada.. Jangan sampai diri sendiri yang merana akibat putus cinta.. 

Ewah.... Skema sungguh penyusunan ayat saya.. Seperti memberi ceramah kepada readers pulak.. Hehehe... Ianya cuma ulasan saya ketika menghadiri Motivasi Santai Bersama Dr Fazley.. Terus terang saya katakan beliau merupakan salah seorang ikon yang saya suka contohi.. Beliau turut berkongsi pengalaman hidup bersama keluarga beliau yang sangat susah ketika beliau kecil.. Dan sekarang beliau sudah pun berjaya mencapai cita-cita dan target hidupnya.. Umur beliau baru mencecah 30 tahun tetapi sudah mempunyai PHD dalam bidang perniagaan serta pengguaman.. Beliau turut berkecimpung dalam dunia perniagaan yang telah menghasilkan produk sendiri, sudah 15 tahun berada dalam dunia sebagai penceramah bebas serta seorang pegawai exclusive di PWTC, yang sudah biasa menemu duga mahasiswa untuk bekerja di mana-mana company dan juga seorang penyanyi serta pelakon.. Beliau juga seorang lelaki yang kacak.. Hehehe.. 




Rasanya dah banyak yang 'bermotivasi'.. Kini tiba saya mengundurkan diri.. :)



P/s Dr Fazley : Jika tidak tahu sebarang maksud suatu perkataan Bahasa Inggeris, Belilah BESTA... :)

2 comments:

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

wahh!
sy minat sgt kt die!
bile ae sy nka hadiri ceramh die!
mcm best je
teruja2!

btw..
do folow me k..

www.owlkieranaa.blogspot.com

tq~

sweet pink gurl @ Suhaili said...

Huhuhu.... Sama la kite.. InsyaAllah... akan tiba la waktunye.. Nanti try la cari2 peluang untuk menghadiri apa2 ceramah motivasi beliau.... Dr Fazley bersamaku...Ewah2..

Ok... I will folllow u.. Tapi dah follow my blog ke? Huhuhu.. TQ also and welcome...

© . | Blogger Template by Enny Law