Friday, May 18, 2012

KEPAK 2012

Assalamualaikum.. Hai.. Hai.. Semua..

Kini saya kembali lagi untuk menyerikan blog cik tuan tanah yang dah hampir hilang serinya.. Hehee.. Biasa la semenjak hilanganya internet di rumah, kini saya beralih arah kepada internet office.. Tapi bukan semudah yang disangka apabila kesibukkan di pejabat menjadikan terbantutnya niat murni untuk menambah cerita yang dah tak berapa nak panas ni.. 

Ok!! Berbalik kepada topik cerita ni.. korang rasa, korang tahu tak apa itu KEPAK?? Bukan kepak ayam, bukan kepak itik dan bukan kepak burung.. serius saya katakan ini kepak sangat diminati oleh semua orang.. Sebabnya????? Saya pun turut serta dalam KEPAK ni.. ok.. ok.. saya dah tak merapu lagi... KEPAK 2012 ni merupakan program Karnival Kerjaya Perniagaan Kemahiran a.k.a KEPAK yang dianjurkan bersama MARA.. Siapa yang tak kenal MARA tu, tak tahu la.. Hehehe.. 

Apa fungsi dan peranan saya dalam KEPAK ni??? Ok, baiklah.. saya ditugaskan oleh PMD Kluang untuk menjaga booth MARA.. Saya takde la nak serves sangat bab-bab menjaga booth ni sebab saya dah ada pengalaman berniaga di bazar dan karnival.. Cuma berbezanya, dulu saya berniaga dan menjual produk tapi kali ni saya memberi perkhidmatan mulut.. Kiranya memberi khidmat nasihat dan tempat orang ramai ingin tahu apa peranan MARA dalam membantu usahawan BUMIPUTERA SAHAJA ok.. Pengisian yang diberikan ialah dalam perniagaan, kerjaya, peluang pekerjaan dan pendidikan..


Di atas tu bukan gambar nak possing lebih-lebih atau control cun ke apa kan??? Cuma terasa perlukan gambar untuk menunjukkan saya bertugas di KEPAK sambil mempromosikan KEPAK dengan button yang besar tu... hehe.. Gambar di bawah ni pulak sepanjang bertugasnya saya dan rakan sepejuangan saya (budak praktikal a.k.a kawan sekos, seblok dan seuniversiti saya).. dan tak lupa juga bersama-sama staf MARA yang lain.. Terutamanya, PMD, PPMD dan PT.... 


Sempat la merayap ke pentas utama untuk performance free... hehe

PPMD sedang memberi khidmat nasihat, sila diam sebab suara beliau sangat merdu... hehehe...

Ni la PT kami... sedang berurusan bersama staf MARA negeri rasanya.. kak zila pun datang melawat dan belanja kami... syokk...

Pelbagai produk yang dijual kat KEPAK ni.. Rugi la sesiapa di Kluang tak mai sini.. Serius selain dapat pengalaman bersama usahawan dan agensi-agensi lain, saya turut dibelanja oleh individu persendirian tau.. dapat ice blanded 2 cawan dan pizza pah.. Tapi sebulat besar pizza pah tu dibelanja oleh usahawan di situ juga... kami habiskan semua, rezeki datang tak boleh menolak la katakan.. Hehehe.. Di bawah ni sempat la beberapa gambar yang diedit untuk tatapan readers bertuah saya... Sila nikmatinya.... 





 



Tak lupa juga kepada seorang gadis yang baik hati menjaga pintu di depan booth MARA ni.... hehehe... kesian saya tengok die...

comel kan guard ni.... hahaha

Banyak pengisian yang saya perolehi di KEPAK ni.. selain itu, ianya boleh dijadikan kerja luar office sepanjang saya praktikal di MARA Kluang ni... Apa-apa pun, program ni memang mendapat sambutan baik semua pihak dan memberikan impak positif kepada pengunjung... KEPAK akan datang di Muar, kalau tak silap saya la... hehehe... Adios.. 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law