Thursday, May 31, 2012

SEKOTAK MERAH & Pengembaraan Laksmana SUNAN

Assalamualaikum.....

Kenapa yer SEKOTAK PEN MERAH diperlukan??? Mesti la nak menanda buku murid/pelajar kan??? Hehehe.. Seriusnya, seorang guru telah MENUNTUT HADIAH pada saya... Kenapa saya??? Sebab saya kawan dia.. So, memandangkan hadiah tahun lepas tak diberikan lagi ditambah pula dengan sambutan Hari Guru, maka, dengan itu, saya seharusnya dituntut memberikan hadiah yer... Lagipun saya ni salah seorang bekas pelajar beliau.. Nak tak nak demi menjaga air muka, beli jer la hadiah tak seberapa ni... 

Nak dijadikan cerita la kan, saya ada terlepas ckp nak bagi kad hari jadi tapi hajat pulak tak kesampaian.. keseluruhan cerita menjadikan seorang cikgu nak hadiah SEKOTAK PEN MERAH, mungkin masa tu cikgu dah kehabisan pen merah kot..Senag kerja saya.. Dah tak payah nak fikir dan membuat pertimbangan nak beli hadiah apa... Bagus la cikgu ni memudahkan kerja saya.. Hehehe...  So, Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! di bawah la hadiahnya...

PEN MERAH PEN BIRU, CIKGU MARAH, SAYA TAK NAK KAWAN DENGAN CIKGU...


Tweet!!!!! Yang kat bawah ni bukan untuk cikgu saya tapi untuk saya... Eh, bukan hadiah la.. Ni saya beli ok... Novel terakhir PENGEMBARAAN SUNAN MUSAFIR @ LAKSMANA SUNAN.. Ia merupakan Trilogi dan novel triller tau.. Hehehe... Akhirnya sudah habis saya mengembara dalam novel ni.. Best dan Terbaik la daripada RAM.. Memang tak menghampakan para pembaca... Tapikan, akhirnya macam ada sambungan jer lagi... hehe... Tu pada padangan saya la setelah mengakhirinya... Ntah la... 



Wah!!! Siap ada tanda tangan lagi yer... Huhuu... Ok, saya tak berjumpa dengan RAM tapi hanya membuat tempahan awal sahaja.. Tu sebabnya dapat autograf ni... Setakat ni cuma ada 2 buah novel jer yang ada tanda tangan beliau... sadis sebab novel yang lain takde... Tak kisah la korang nak anggap saya ni gila novel ke apa ke.. yang penting saya ENJOY baca novel beliau.. walaupun kadang kala novelnya agak berat.. Bukan berat gram tapi berat dari segi pembacaan dan jalan cerita yang rumit sehinggakan saya sendiri boleh terpedaya... 

So, kepada sesiapa yang meminati novel hasil nukilan abang RAM ni, boleh la pakat ramai-ramai pi beli.. Rasanya dah keluar di pasaran tapi tak kan dapat yang ada autograf ok... Adios... 

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law