Thursday, September 6, 2012

Kini Menjelma Kembali!!

Assalamualaikum...

Hai.. Baru sekarang cik tuan tanah nak update blog yang dah bersesawang dia ni kan... Entry kali ni tak nak berbasah basi dengan alasan yang entah apa-apa jer yang akan saya keluarkan.. Hehehe... *Sempat nak gelak-gelak lagi*... Sila buat muka garang sikit wahai readers tersayang... Peace!!!

Macam-macam cerita yang harus dikongsikan dalam tanah yang bersesawangan ni tapi tu la, lepas habis praktikal, sibuk memanjang dengan dating "Cik Report"... Memang tak menang tangan la nak menaip banyak-banyak masa tu.. Habis jari jemari saya yang comel macam tuannya ni membengkak tak tentu pasal.. akhirnya selesai report praktikal dan mula la berjimba-jimba tanpa memikirkan hal dan masalah yang sememangnya tidak penting lagi buat masa itu... OK!! Ayat sudah tungkang langkang... 

Apa jadi selepas itu???? Ok!! Saya pun dengan muka slamber cari la kerja yang sememangnya ada kekosongan walau di mana jua berada.. Paling saya tak berminat dengan jawatan yang ada syarat macam ni "rakyat negeri ........ akan diberi keutamaan"... Fine! Terus tutup new tab tu... Huhuhu... Bukannya berlagak cuma harapan tu amat amat amat tipis.. Risiko yang ni la yang saya tak sanggup nak tanggung.. So, saya pun mula la memprint resume dengan kuantiti yang banyak supaya tidak membebankan cik tuan tanah untuk pergi CC sambil tercari-cari CC yang ada printer berwarna... *Ntah apa la yang saya membebel ni kan??*... Setelah selesai isi segala maklumat yang diperlukan, saya pun dengan muka yang memang tak malu, naik la office MARA Daerah Kluang... Hahaha... Mereka pasti teruja dan menerima kedatangan saya dengan hati yang terbuka.. 

OK!! Panjang juga ni, padahal cerita tak habis lagi ni.. letih la bila dah lama tak update entry ni.. Huhuhu.. Eh!! Dah nak balik kerja la... Sambung esok bole tak????? Huhuhu.. Marah si readers saya ni kang.. Habis blog terus takde yang bertandang... Sadis jap ok.. 

Esok yer saya sambung.. Serius la... Ni nak balik..
*SELAMAT HARU RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN*... (Masih tak terlambat lagi kan????)... Adios...

No comments:

© . | Blogger Template by Enny Law